Wednesday, February 29, 2012

Dari sepapan ke persahabatan

Miss them already. Terima kasih kerana sudi menjadi salah seorang sahabat yang terbaik dalam hidup akak. Terima kasih banyak2. Semoga persahabatan kita ini akan kekal selamanya..opssss..x sabar nak tunggu 'orang tu' dan 'orang tu' naik pelamin.----- 'orang tu' merujuk kepada double A----

Bermula di sini
:
:
:
:
:
:
:
V
terus ke bawah nie :)






Wordless Wednesday

Tuesday, February 28, 2012

ABC

Hari minggu tu teringin nak makan ABC yang super duper femes kat Shah Alam nie. Maka dengan rela hati men'drive' menuju ke Shah Alam mau makan ABC tu. Tapi kan ABC dia dah kecik aaaaa...dah x menggunung macam dulu dah. May be nak cover kos bahan tu semua tu dengan harga yang lama.

Bulan Februari akan berakhir...yeeeehaaaa.

Rabu, Khamis dan Jumaat je lagik

Tup...tup tinggal 3 hari saja lagi Acik Alyn akan berada di cc kawan2 di Sepital Serdang. Kerja2 dah pass over kat Shikin cuma ada sikit2 aje lagik yg kne settlekan sebelum hari Jumaat nie. Isnin Acik Alyn akan melaporkan diri di PKD Maran. Macam mana la keadaan kat tempat baru nanti? Walaupun dah tau kat sana buat kerja apa, tapi still lagi blur2...he...he. Kat sana nanti kene buat HRMIS..nasib baik la memang ada pengalaman buat sume tu masa kat Mindef dulu. Semoga pengalaman lalu dapat membantu. Nota-nota lama pun dah dapat di cari. Nasib baik la x buang..sekurang2nya ia akan banyak membantu nanti.
  cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya...
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi sekiranya kita benar-benar mencintainya setulus hati...
 Acik Alyn suka betul baca kisah2 orang kat FB  Puan Suzana Ghazali...macam2...sekurang-kurangnya ia akan membina semangat diri supaya sentiasa tabah, berdoa dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri. Contoh macam nie la 
-----Bila mendengar ujian orang lain, ramai yg bersuara; ujian aku lg teruk! Betulkah? Mana lebih teruk apabila sbg isteri, anda diuji dgn suami yg berhasrat nak kawin lg berbanding ujian kematian suami? Payah nak jawab kan? Teruk atau lebih teruk tak perlu timbul, sebab anda memakai kasut yg sesuai dgn saiz anda. Anda tak mgkin selesa jika memakai kasut org lain biar saiznya sama. Janji Allah pasti: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." - surah Al-Baqarah ayat 286. Usah memperlekehkan ujian org lain malah takjub dgn ketabahannya kerana jika anda diuji yg sama, anda juga pasti mampu menanganinya jika anda percayai hikmah takdir-Nya------
Setiap sesuatu yang terjadi mesti ada hikmah sebaliknyakan. Kalau mula2 pahit mesti akan manis juga akhirnya kan...kan..kan.
Janji Allah pasti: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." - surah Al-Baqarah ayat 286

:)

semoga dipermudahkan segalanya.... Hanya ini yang mampu :)

Monday, February 27, 2012

Selamat Hari Isnin

Sunday, February 26, 2012

Biru pun cantik jugak

Walaupun x cukup korum kerana pada senarai asalnya orang di Unit Pengurusan yang menghantar nama untuk menyertai program ini ala-ala ramai, kami teruskan jugak. Merasalah berjalan sambil berselawat mengelilingi satu Hospital....jauh jugak tu. Berpeluh2 jugak terutamanya tang naik bukit berhampiran ED Department. Lepas tu setelah berselawat beramai-ramai, program diteruskan di Auditorium. Di mulakan dengan ucapan aluan2an, lepas tu ada bacaan Al-Quran berserta dengan terjemahan Surah Al-hujurat, lepas tu persembahan nasyid dari anak-anak kakitangan hospital dan di akhiri  dengan ceramah dari Ustaz Nik Mohd Sukiman dari ILIM. 


Berakhir lah program tersebut dengan makan tengahari yang 'superb' from kitchen krew hospital. Memang sedap habis.

 Amie, Ieja n Me dalam blue karer tapi kite suka pepel more n more
 Keliling sepital
 Mengah naik bukit kat ED Department....ngeeeeeee
Lunch hari tu...meme' superb'. Makan banyak Acik Alyn tau sampai lupa dah nak diet...
---------------------------------------------------

Sekadar renungan
 

"Ingαtlah bαhαwα αpα yang kitα rαsα terbαik itu belum pαsti
menjαnjikαn yang terbαik untuk kitα.

Ðαn setiap yang menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα. Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh yang terbαik untuk kitα.

Ðαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα. Kitα tidαk mαmpu
mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl
kemudi pelαyαrαn kitα".

"Biarlah DIA yang menjaga hati ini..dan sehingga tiba masa..
DIA menghalalkan hati ini untuk berkongsi cinta dengan dia yang dipilih-NYA.."

Nota betis:
-Semalam petang dah p tengok properties tu....yakin nak ambik. Semoga dipermudahkan segalanya. Kalau ada rezeki lebih lagi di masa akan datang, insaayallah, akan menambahkan lagi. 
-Ya Allah lorongkanlah jalan yang benar untuk aku terus mendampingiMu dunia dan akhirat.

Saturday, February 25, 2012

Maulidurrasul di Hospital Serdang

Al-hamdullilah majlis Maulidurrasul kat Sepital telah berjalan denga lancarnya. Ini merupakan aktiviti terakhir yang Acik Alyn hadiri di Sepital Serdang. Lepas nie ke PKD Maran la pulak kita. +sambung nanti la ek

Friday, February 24, 2012

Untuk peringatan diri sendiri

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"



KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."



KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

Cerita cerita Jumaat saya

Salam hari Jumaat


Rutin harian seperti biasa. Semakin nak pergi 'posting' makin banyak pulak kejenya. Tadi mendengar luahan hati kawan2 yg kene buat something yang bukan kerja....... Entah la. Tadi baru dapat buat 300 pcs aje banda alah tu...Ada lagi 2K nak buat lagi. Sempat ke kita nak buat sebelum Selasa nie....Kita cuba ya kawan2.

Esok ada sambutan Maulidurasul kat Sepital. Tadi telah menyiapkan mungge manggar untuk dibawa esok. Mungkin inilah aktiviti terakhir yang Acik Alyn akan sertai sebelum p 'posting'.


Nota Betis:
-3 hari dah dan saya telah berjaya...Insayaalah Allah akan tolong saya.

Thursday, February 23, 2012

Mulakan hidup baru di tempat jatuh lagi di kenang

Dalam masa seminggu lagi, Acik Alyn akan memulakan hidup baru. Akan bertemu kawan2 baru, suasana kerja yang baru yang paling best dapat dekat dengan mak dan abah. Bukannya x sedih nak meninggalkan kawan2 kat sini tapi mungkin Allah dah tentukan rezeki Acik Alyn kat tempat lain jugak. Setiap sesuatu yang terjadi itu mesti ada hikmahnya kan. Allah dah aturkan yang terbaik untuk Acik Alyn. Korang nanti jangan nangis tau...kita ambik gambar banyak2 ek.


Sekarang kan senang, dunia di hujung jari. Dalam Facebook kita berjumpa juga. Korang kan rajin skodeng blog nie :)

Dari semalam mood kerja Acik Alyn dah sampai ke laut dah. Tapi akan cuba sedaya upaya untuk meninggalkan segala ilmu2 yang ada...he...he termasuklah ilmu membela diri. Shikin, next week buat full ek keja akak.

Rindu dengan Adam. Hari2 ibu telefon kat kampung. Next week ibu balik ye sayang, boleh la ibu gomol2 Adam puas2. Anak ibu kan dah pandai merangkak 1 umah nenek. Dah pandai naik tangga dah....ala rindunya ibu kat Adam.

Nota Betis:
-ingin melupakan semuanya. Biarlah apa nak jadi pun. Semoga Allah akan memberikan petunjuk ke jalan yang benar. X payah la nak cakap besar kerana aku cukup menyampah mendengar ucapanmu itu. Sakit hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Doaku, satu hari nanti kebenaran akan terbukti. Masa tu jgn la ko terlewat nak meminta maaf dengan aku dan juga bertaubat dengan Allah. X payah la nak bermulut manis depan orang dan membuat cerita-cerita yang macam2 tentang aku....biarlah..aku akan senyum sahaja dan melihat dengan TENANG sejauh mana ko nak melangkah. Selagi ko boleh melangkah, melangkah lah, dunia ini umpama roda. Andainya hari ini ko rasakan ko berada di atas, esok lusa sapa tahu ko akan ke bawah. Aku takut ko terus ke kubur sahaja tanpa sempat bertaubat. Ko kata aku jahat, tapi ko sendiri tahu sapa antara ko dan aku yang jahat. Betulkan ucapan aku kat ko...kalau lah betul aku nie jahat, ko lagi jahat dari aku. Semoga ko dapat la apa yang kau cari di dunia ini. Cukuplah macam2 yang dah ko buat kat aku...aku masih boleh terima lagi dan bersedia memaafkan ko. Tapi seandainya satu hari nanti kemaafan ini sudah tidak mampu nak ku berikan....entahlah. #Mood menunggu saat kebenaran akan terbukti dan Allah membalas segala apa yang ko buat kat aku. Tapi sejahat2 aku (bak kata ko aku nie jahat sangat)....aku masih mampu nak mendoakan ko dunia dan akhirat. Setiap x solat aku tak pernah lupa nak mendoakan supaya Allah memberikan yang terbaik untuk hidup ko. Jahat lagi ke aku sampai tahap macam tu aku mendoakan ko.....

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday

Tak pernah ada masalah tanpa penyelesaian. Tak mungkin ada kepayahan tanpa kemudahan di akhirnya. Menepati ayat 5-6 surah al-Insyirah/as-Syarh: "Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan." Dua ayat diulang sbg janj pasti dr Allah buat hamba yg redha! Percayalah! (",)



Tuesday, February 21, 2012

Jangan menunggu

Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..

Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..

Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..

Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..

Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..

Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..

Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..

Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah…bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..

Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..

Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..

Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah.


Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa..

Renung-renungkan..


Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA..
SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan..
BELAJARLAH memaafkan walau dirimu terLuKa..
BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN..
HIDUPLAH dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN..
BERPEGANGLAH kepada ALLah walau DIA tidak KELIHATAN…

copy di sini

Terbaik

Mee bandung hasil masakan si dia...memang terbaik. Luv it, abang. Walaupun x sama rasa dengan arwah abah pye mee bandung, tapi terubatlah rindu di hati nak makan.

Monday, February 20, 2012

Saya pun pandai marah tau!!!!!!!!!

 X pe buat sye cam nie. Semoga Allah membalasnya......sye sabar aje dan sye :). Allah maha mengetahui segala-galanya. Amin.
 Tolonglah jangan jadik seperti kacang lupakan kulit......bila sudah berada di atas langit sudah lupa tanah yang anda pijak hari2 tu. Selagi sye dapat menahan kesabaran sye, anda terbanglah hingga ke langit ketujuh pun....x pe, tapi seandainya satu hari nanti kesabaran ini sudah tidak dpt dibendung, maafkanlah sye.....anda akan jatuh ke tanah yg anda telah lupakan i2. Ingatlah Allah maha berkuasa atas segala2nya.#mood MARAH sgt2
++selalunya Acik Alyn marah nangis2 tapi kali nie Acik Alyn marah tanpa keluarkan air mata.....biarlah orang buat kita, janji kita buat je baik dengan orang tu. Semoga Allah akan memberikan petunjuk kat 'anda' tu satu hari nanti. Harap2 masa tu 'anda' akan sedar dan tidak terlewat untuk memulakan segala2nya++ Selagi diberikan kemampuan Acik Alyn akan doa dan sabar banyak2++

Berkelah berdua-duaan

Semalam bersamaan dengan hari Ahad, Acik Alyn masak nasi ayam dan buat puding cocktail. Maka dengan rela hati menapau semuanya dan berkelah dengan si dia di tasik kat Subang Jaya. Seronok pulak menengok si dia sampai menambah 2-3 X, sedap ekkkk Lyn masak abang?....

Semalam adalah sessi luahan perasaan. Walau apapun Acik Alyn akan tetap menyokong apa yang akan abang buat untuk kebaikan. Kene la usaha lebih sikit baru lah boleh dapat kejayaan dan kekayaan tapi tak payah la kaya sangat cukuplah sekadar cukup makan dan pakai sahaja. Amin.

 Simple menu...nasi ayam+puding cocktail+Air oren
 Muka si tukang masak
Tasik kat Subang Jaya, belakang SJMC....cantik jugak view kat sana.



Sunday, February 19, 2012

Buah hati pengarang jantung ku


Antara tudung bawal dan shawl

Sape kata pakai tudung bawal ketinggalan zaman...rasanya tudung bawal sesuai dipakai sepanjang zaman. Tu la..cuma leceh sikit la nak gosok. Acik Alyn still lagik bertudung bawal apabila ke office dan pakai shawl pabila berada di luar umah aka jalan2. Setiap orang x sama kan...Kalau tudung yang agak mahal Acik Alyn suka pakai tudung Fareeda, bukannya apa design dia lain dari yang lain.




Saturday, February 18, 2012

Harap settle sebelum waktunya

Semakin mau posting, semakin banyak la plak keje kat office. Biasa la tu, bulan depan lagik banyak keje. Minggu depan misi nak mengajor orang yang akan menggantikan tempat aka mengambil alih sume kerja yang akan Acik Alyn tinggalkan. Ada lebih kurang 2 minggu aje lagik yang tinggal untuk menyetelkan sume keje2 yg ada. Harap2 sempat la nak settlekan semuanya.

Pas tu nanti sessi menghulur tangan memohon maaf kat sume orang...hu..hu. Confirm mengalir pye air mata Acik Alyn nie, maklumlah Acik Alyn nie kan cenggeng. Cepat sangat nak mengalirkan air mata. Marah pun menangis tau. Oh my office mate, nanti jangan buat jamuan untuk Acik Alyn yek tapi hadiah Acik Alyn mau. X moo la nak berucap bagai kat depan Pengarah...malu..he...he.

Ala kalau Acik Alyn x de kat Unit Pentadbiran tu sunyi sekejap aje..entah2 pengganti Acik Alyn lagi havoc dari Acik Alyn, sapa yang tau. harap2 korang x lupa la kat akak korang yang sorang nie....oppppss Facebook kan ade.



Nota Betis:
-Aku ikhlas yek...jgn ragu2.
-Rindu Adam la sgt2.

Ibu sayang anak ibu




Friday, February 17, 2012

Saya sudah kurus

Kurus......Acik Alyn sudah kurus. X sabar nak menunggu angka 5* kg. May b dalam 2 week lagi kot. Semoga tercapai. My MIL siap cakap ' Ya Allah kurusnya ko sekarang nie, dah macam Deq La dah. mesti baju tikah dah muat'. Apa daaa.....banyak lagi lemak2 yang kene di buang. Semoga Acik Alyn kurus secara sihat.

Rindu nya kat my lil Adam....

Jale@Sunway

Oleh kerana ada orang nak blanje makan tutti frutti kat Sunway maka dengan gagahnya membawa Adam ke sana. Apalagi budak kecik tu terliur jugak nak mamam tutti frutti. Ibu nye bagi la sket2. Hasilnya balik dari Sunway malam tu, my lil Adam dah boleh merangkak secara laju2.....he...he. Sayang anak ibu sangat2.



Thursday, February 16, 2012

Sisa2 yang ada

Hari nie masuk kerja semula setelah melaporkan diri di JKN Pahang semalam. Al-hamdullilah Acik Alyn akan ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Maran. X kisah la di mana2 pun, asalkan pandai bawak diri mesti OK kan. Semoga di tempat baru nanti Acik Alyn akan bekerja dengan lebih cemerlang lagi.


Sekarang nie masa nak settlekan semua kerja2 yang tertunggak walaupun banyak kerja yang menanti. Fuh...memasing terkejut bila tahu Acik Alyn akan posting dan diaorang semuanya mengeluh susah la nak kerja dengan orang lain nanti sebab diaorang kata kerja ngan Acik Alyn nie senang aje. Bagi Acik Alyn kalau sesuatu perkara tu boleh dipermudahkan eloklah dipermudahkan, jadik orang yang berurusan dengan kita senang, hati kita yang nak buat kerja tu pun senang jugak, jadik sama2 senang. ada 2 minggu aje untuk selesaikan semuanya. Acik Alyn akan mula bekerja di PKD Maran mulai 5 Mac 2012. 


Setelah 12 tahun merantau di Kuala Lumpur, akhirnya Acik Alyn akan meninggalkan suka duka di Kuala Lumpur nie. Tapi mana tau di masa akan datang Acik Alyn akan kembali. Member Acik Alyn kat IKN pun dah reserved 1 tempat untuk Acik Alyn kat sana 2013 nanti. Berdoa dipermudahkan untuk plan yang seterusnya. Semoga cepat la memperolehinya. Amin.

Nanti kene nform semua supplier tentang posting Acik Alyn...sekarang x boleh nak bagitau lagi sebab pengganti masih x confirm. Kesian pulak kalau Shikin kene buat semua kerja Acik Alyn + kerja dia tu. Dah la kerja Acik Alyn nie perlu tahap kesabaran yang agak tinggi jugak walaupun kekadang Acik Alyn pun jadik orang yang x sabar.  




Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday

♥♥♥

Tuesday, February 14, 2012

Perubahan

Jika kita gunakan saat ini utk kenang perkara lalu dan rasa dendam dan marah bersedialah untk hilang ketenangan dan hidup menjadi mangsa kepada tindakan orang lain. Bila kita percaya kita bertanggung jawab atas hasil kehidupan kita, kita tenang kerana kita tahu kita boleh ubah diri kita. Kalau kita rasa orang lain yang bertanggung jawab dan selagi kita tak dapat ubah mereka hidup kita tak akan berubah, bayangkan kehidupan kita bergantung pada tindakan dan penghargaan manusia lain. Alangkah rugi umur kita yg sedikit. Masa habis dgn sakit hati dan dendam dan dalam usia muda bermacam penyakit , eg. Mirgarine, ulcer, back pain,. Bukan dunia dan orang ramai yang membuat kita tidak gembira tapi cara kita proses apa yg blaku menentukan kehidupan kita. Sama fikirkan------from Prof Muhaya

Gambar hiasan semata2 


Nota Betis:
-Akan terus mencuba untuk membawa ke arah kebaikan dan perangi kemungkaran

Sedang melalui saat2 yg sukar

Entahlah sukar digambarkan perasaan Acik Alyn ketika ini. Acik Alyn hanya berserah segala2nya kepada Allah sahaja. Semoga hijrah Acik Alyn ini merupakan keputusan yang terbaik yang Acik Alyn buat di dalam hidup ini. Walaupun doa itu diiringi dengan lelehan air mata setiap hari namun ianya tidak akan berakhir begitu sahaja sehinggalah satu saatnya nanti. Semoga doa dan kesabaran Acik Alyn terus mengiringi langkah ini sampai bila2. Amin.


Sejak akhir2 ini Acik Alyn asyik sedih saja kan....namun Acik Alyn berusaha untuk menyembunyikan semuanya. Mungkin sudah tertulis semuanya untuk Acik Alyn. Allah dah tentukan jalan yang terbaik untuk Acik Alyn. Harapan Acik Alyn agar semua impian Acik Alyn akan tercapai walau di mana pun Acik Alyn berada.

Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Inilah penawar untuk hati apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam hidup. Hakikatnya, telah banyak kali sesuatu yang baik telah kita nikmati walaupun pada mulanya itu tidak kita ingini terjadi. Dan itulah yang akan terus terjadi hari ini, esok dan hingga akhir nanti...

Mulai Mac 2012, Acik Alyn akan memulakan hidup baru di Kuantan. Dengan di kelilingi kawan2 baru dan suasana kerja yang baru. Tinggallah sayang tinggallah pujaan......

Monday, February 13, 2012

Gembira dan kesedihan

Hari ini Acik Alyn di landa dengan 2 situasi iaitu gembira dalam kesedihan dan kesedihan dalam kegembiraan. Masyaallah. Syukur dengan nikmat kegembiraan itu walaupun ianya hanya kegembiraan di dalam kesedihan. Walaupun sekelumit kegembiraan yang ada namun syukran. Telah ada perubahan. 

Walaupun masih ada kesedihan, namun Acik Alyn akan sentiasa berdoa dan berusaha untuk itu. Harap Allah akan mendengar rintihan Acik Alyn. Tiada dengan yang lain Acik Alyn berserah kecuali dengan Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi. 

X pe jika kita lakukan dengan keikhlasan, insayallah akan ada hasilnya. Bak kata adikdaku 'kebaikan akan dibalas dengan kebaikan'. Jangan putus asa sahaja.

Sunday, February 12, 2012

Susah nak cakap

Selasa nie akan balik ke Kuantan sebab hari Rabu bersamaan 15 Februari 2012, Acik Alyn akan melaporkan diri di JKN Pahang. Hari Jumaat hari tu dah bercakap dengan staff kat sana. Kemungkinan besar akan ditempatkan di Kuantan tapi tak pasti di mana lagi. Harap2 bukan la di tempatkan di hospital. Pening dah dengan bau ubat..he....he. Juga harap2 dah x buat admin lagik. Dah 10 tahun buat admin. Memang la kalau buat admin bermacam perkara kita akan tahu bermula dari A sampai la ke Z. X kisah lah janji ada kerja yang halal. Kerja apa pun x pe la asalkan pandai bawak diri.


Sebenarnya hati nie...urmmmm entahlah. Posting order tu cepat sangat dapat. Ingatkan dalam bulan Jun dapat. May be rezeki Acik Alyn di kampung pulak. Bolehlah Acik Alyn tengok2kan my mak n abah kat sana. Harap2 sinar kehidupan akan bersinar2 dengan gemerlapan kat sana...ewah. Setiap sesuatu tu terjadi, Allah dah rancangkan yang terbaik untuk umatnya. 

Terima kasih Kak Ida atas nasihat Kak Ida masa kita jumpa Jumaat hari tu. Akan Acik Alyn usahakan sebaik yang mungkin. Betul kata Kak Ida tu. Acik Alyn berterima kasih kat Kak Ida kerana sudi mendoakan Acik Alyn. Insayallah ada masa nanti kita akan berjumpa lagik dengan perkhabaran yang menggembirakan. Insayallah dan tolong doakan Acik Alyn yek. Kita kene usaha kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek2 depan kita.

Harap2 semua perancangan Acik Alyn akan menjadi. Semoga dipermudahkan segalanya. Hanya doa dan kesabaran yang mengiringi Acik Alyn selama ini. Terima kasih kepada yang menyokong walaupun korang tahu mana yang betul dan mana yang salah. Tetapi tu la yang salah tidak akan diteruskan dengan salah, kene ditepuk untuk disedarkan. Seandainya Allah memberi kesempatan kepada Acik Alyn untuk membetulkannya, al-hamdullilah syukur sangat2. Janganlah diberi kesesatan yang berpanjangan. Sesungguhnya Acik Alyn tidak sanggup untuk melihatnya dengan mata ini. 

Sememangnya Acik Alyn dah give up tapi setelah difikir2 dan ditelek2, Acik Alyn tidak boleh macam tu. Pada siapa lagi nak diharapkan kerana orang lain mana mungkin dapat menolong. X pe doa seorang ibu akan mengiringi langkah ini. Tak boleh guna plan A, Acik Alyn guna plan B, begitulah seterusnya. Acik Alyn tidak akan putus asa sehinggalah saatnya yang tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Ya Allah, bantulah hambamu ini mencari jalanmu walaupun dalam keadaan ranjau berliku. Sesungguhnya tanpa pertolonganMu, aku tak mampu.

Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau (Allah) beri Nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan orang-orang yang sesat. (Al-Fatihah / Pembukaan : 6-7 )

*Tunjukkan kami ke jalan yang lurus untuk mengejar akhiratmu*Tunjukkanlah kepadaku yang salah itu salah dan benarkan aku membenarkan yang benar*


“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu memang ada kemudahan.”
(Al-Insirah,94 :6.)

Nota Betis:
buat yg terbaik. Itu janjiku....
Bila nak buat sesuatu, lihat apa hasil kita mahu dan lakukan seolah akan dapat hasilnya. Ini cara baik nak disiplinkan diri
 
 
 

Saturday, February 11, 2012

Kenal hati budi

KUALA LUMPUR: Wanita seharusnya mengambil tempoh berfikir, menyelidik dan mengenali terlebih dulu bakal suami dan keluarganya sebelum memutuskan berkahwin bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa golongan yang suka mengambil kesempatan.

Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Pertubuhan Ikram Malaysia, Faridah Maludin berkata, wanita tidak seharusnya mudah jatuh cinta, percaya atau mengambil jalan mudah menerima saja seseorang itu mengisi kekosongan hati.

Beliau berkata, Islam sudah menyediakan panduan berkahwin iaitu dengan bertunang yang membabitkan urusan kedua-dua keluarga, bagi memberi peluang saling berkenalan.


“Selalunya masalah timbul daripada perkahwinan yang kita namakan sebagai terdesak atau kahwin berisiko kerana wanita tidak berfikir panjang semata-mata ingin bersuami.

“Wanita perlu menetapkan matlamat dalam memilih bakal suami daripada ciri digariskan Islam seperti agama dan keturunannya supaya perkahwinan dibina mampu memberikan ketenangan,” katanya ketika dihubungi semalam.


Faridah berkata, ada kalangan wanita terlalu mudah mengambil keputusan berkahwin sedangkan mereka tidak pernah berjumpa pun keluarga bakal suami terutama yang mahu bersuamikan lelaki warga asing.



Katanya, ada juga yang berkenalan singkat melalui laman sembang Internet terus membuat keputusan berkahwin apabila lelaki itu datang ke negara ini kononnya menunjukkan keikhlasan sedangkan akhirnya wanita tertipu.

“Perkahwinan seumpama ini selalunya tidak bertahan lama. Oleh itu, wanita perlu melalui fasa seperti ditetapkan Islam iaitu majlis bertunang yang membabitkan keluarga supaya dapat berkenalan dengan lebih lanjut.

“Tidak perlu terburu-buru atau terdesak berkahwin sebaliknya wanita perlu ambil masa, selidik dan berhati-hati sama ada terhadap lelaki warga tempatan atau asing,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang peniaga wanita tempatan dikenali sebagai Hayati, 47, berkahwin dengan lelaki warga Pakistan, tanpa menyedari suaminya itu mempunyai niat tersembunyi mahu mengikis hartanya dan mempermudahkan diberi taraf pemastautin tetap (PR).


Wanita itu menderita selepas dipaksa menggugurkan kandungan.


Petikan dari sini

Friday, February 10, 2012

Motivasi untuk myself

:: jgn bersedih, jika tiada seorang pun yg membantu anda..
:: jgn bersedih, jika ada yg telah menyakiti anda..
:: jgn bersedih, jika ada yg telah menghina anda..
:: jgn bersedih, jika anda di timpa masalah & musibah..
:: jgn bersedih, jika anda rasa kesunyian..
:: jgn bersedih, jika orang yg anda sayang telah tinggalkan anda..
:: jgn bersedih, jika sesuatu perkara membuat anda rasa gelisah..

~ Allah telah berfirman dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya... la tahzan, sentiasa ingatlah akan pencipta kita selalu... 



Al-hamdullilah syukur diberi kekuatan untuk melakukan ini. Saya mahu yg terbaik. Semoga segalanya akan membuahkan hasil dan Allah akan merahmati segalanya. Di harap saya sentiasa di bawah lindunganNya selalu ♥♥. Bersabar dan tunggulah hasilnya....

Akan berusaha sedaya yg mungkin....doa akan sentiasa mengiringi. Terima kasih family yg sentiasa berada di belakang saya ketika saya senyum dan menangis. Semoga Allah akan sentiasa mengiringi saya dengan rahmatnya di setiap langkahku ♥♥ — at Lotus Apartment.


Andainya satu hari nanti apa yang aku rancangkan dan impikan tidak berjaya sekurang2nya doaku akan dimakbulkan oleh Allah. Itu pun aku sudah cukup bersyukur. Sampai masa itu aku akan redha seredha2nya.....harapan aku cuma satu ----semoga dia sentiasa di landasan yang benar dan betul-------



Abah belanja makan

Terima kasih abah kerana belanja kami makan...katanya duit BR1M tu...he...he



Thursday, February 9, 2012

Terkujat sangat2

Hari ini dalam sejarah. Acik Alyn amat terkujat dan tidak menyangka bahawa pertukaran Acik Alyn ke Pahang lulus dalam masa yang terdekat. Memang terkejut jugak sebabnya rasa macam tak bersedia lagik.

Tetapi setelah ditimbang-tara, difikirkan maka keputusan telah diambik secara jelas dan muktamad-----Acik Alyn akan terima keputusan posting ke Kuantan dengan rela hati berkuatkuasa 15 Februari 2012.-----Selepas nie Acik Alyn akan jadik warga Kuantan la pulak. Sedih jugak la nak say good bye kat kawan2 di Hospital Serdang namun apakan daya. Patah tumbuh akan hilang bergantikan. Kurang la orang yang bermulut bising dan bersuara lantang di Bahagian Pengurusan Hospital Serdang lepas nie. Tolong jangan rindu saya ek, nanti saya tak senang duduk...he...he


Belum berpisah lagik air mata dah kuar. Macam mana nak tunggu sampai hari akhir ek....sedih wooooo. X pe kene tabahkan hati. Masa kat Mindef pun dah keje bertahun2, sekejap je ingat office lama, lepas tu dah OK. Mungkin semua nie ada hikmah sebaliknya. Allah sudah menjanjikan yang terbaik untuk umatnya. Doakan Acik Alyn mendapat apa yang terbaik di dalam hidup ini.


Lepas nie dekat dengan mak ayah. Lega sikit dapat tengok2kan diaorang kerana adik-beradik yang lain semuanya jauh.

Wednesday, February 8, 2012

Jauh perjalanan luas pemandangan

Sempena cuti Maulidur Rasul+Thaipusam baru nie tadi, Acik Alyn menghabiskan masa cuti di Segamat. Ke rumah Cik Nina Debab la. Walaupun perjalanan mengambil masa yang agak lama kerana jem kat Highway plus, akhirnya kami selamat sampai ke sana. Mak ngan abah pun turun Segamat jugak.


Nota Betis:
-Usaha itu perlu kan.....x payah la nak tunggu kejayaan datang bergolek tanpa usaha.

Mamam kat IKEA

Kalau ke IKEA x sah kalau x makan meatball dan Daim. Memang sedap sesangat la dan menambahkan lagi kg di badan nie. Hari tu ada orang nak p beli prezent untuk member dya kawin, tu yang sampai ke IKEA tu. Dah la jem gila jalan masa tu. Nasib baik la budak kecik tu x meragam :)


Nota Betis:
-Akan berusaha sedaya yg mungkin....doa akan sentiasa mengiringi. Terima kasih family yg sentiasa berada di belakang saya ketika saya senyum dan menangis. Semoga Allah akan sentiasa mengiringi saya dengan rahmatnya di setiap langkahku ♥♥

Wordless Wednesday

Sunday, February 5, 2012

Salam Malidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Salam Maulidur Rasul untuk semua.

Saturday, February 4, 2012

Bekerja dengan sampah sarap

TP(Pengurusan) telah mengisytiharkan dan mewajibkan pada hari Jumaat bersamaan dengan hari semalam sebagai hari 5S. Siap dya panggil Acik Alyn n bagitau "Kalau ko nak makan sedap, ko order la yang best2". Maka Acik Alyn pun "baik Boss".

Maka pada hari Jumaat semalam macam2 S la yang keluar. Tak ketinggalan jugak la Acik Alyn nie. Setelah di 5S banyak betul kertas2 yakni borang2 lama yang telah digunakan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 yang telah selamat di B kan. Tak de maknanya nak S - S kan, kesudahanya Acik Alyn B kan aje. Kosong sikit almari sebelah Acik Alyn tu. Lega sikit pandangan mata. Tapi banyak lagi yang kene buat. Nak deko cantik2 kat meja tu, biarlah semangat sikit nak datang kerja hari...oupssss. Nak membalut kotak2 yang ada kat partion dengan kertas2 yang comel....mesti OK kan.


Kesimpulannya selama nie Acik Alyn banyak bekerja dengan sampah sarap.