Monday, January 30, 2012

Isnin oh Isnin

Ermmmm......pepagi lagi dah mad monday. Teruk betul sampaikan Acik Alyn post status kat FB -----My mad Monday...mencik------. Entah la niat kat hati 'aku nak gembira kat tempat kerja, aku nak mencari rezeki lillahi Taala tapi tu la. X pe la nak buat macam mana menda dah jadik maka sesungguhnya Acik Alyn memang kene adjust apa yang patut. 

Waduh mungkin kah telingaku ini sudah tidak mendengar ataupun memang sist. tu dah bagitau Acik Alyn. Tapi memang Acik Alyn x pasti betul ke x sist. tu cakap. Puas dah review tapi tiada jawapan. Apa yang jadik memang kene adjust. Macam mana la nak buat.....hmmmm...kene fikirkan caranya yang terbaik. Dah la 1st time berurusan dengan sist. tu. Memang sakit sungguh bila perkara begini terjadi di pagi Isnin yang mulia ini. 


Pas tu pulak bukak email ada something yg SAKIT la jugak. Please la kata dah ISO jadik kene la ikut peraturan. Kalau boss yang x ikut peraturan macam mana ibarat ketam mengajar anaknya berjalan luruskan. Dah jadik KULI nie macam nie la.....Nak buat salah kalau x buat lagi la salah. Banyak lagik perkara yang x settle.....buat slow2 x pe buat sikit2 lama2 jadik bukit....he...he.

Nota Betis:

Berusahalah dan jangalah menyerah kalah. Halangan ringatangan bukan masalah. Seperti pohon yang tumbuh, semakin tumbuh apabila semakin banyak angin yang menerjah. Begitu juga kita...apabila nak ke depan makan semakin banyak la rintangan yang menghadang. Ingat yek.....saya tak akan menyerah kalah dengan begitu mudah. Biarlah dengan apa cara sekalipun saya akan berusaha untuk mendapatkannya dan saya rasakan ianya yang terbaik untuk digapai. Kata orang batu pun akan lekuk apabila hari2 di siram dengan airkan...Semoga apa yang saya impikan akan tercapai kerana saya tahu ada orang yang mendoakan untuk ke arah itu. Harapan orang x baik kalau x tunaikan. Saya akan terus mencuba....Allah kan sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar. Saya sentiasa berdoa untuk itu.
 
Post a Comment