Tuesday, January 31, 2012

Hari terakhir dalam bulan Januari 2012

Hari nie hari terakhir dalam bulan Januari 2012 bersamaan 31 Januari 2012. Ish sekejap aje masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah abis bulan. Next week cuti panjang lagi. X pe la sementara dapat bercuti2an nie, cuti je la..lepas dah ngak ada cuti sudah.
 

"Kadangkala wanita menangis bukan kerana dia lemah, akan tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk dirinya sendiri. Apabila dia sudah puas menangis, dia akan pulihkan sendiri hatinya tanpa bantuan orang lain dan mungkin dia berusaha untuk tidak menangis lagi untuk perkara yang sama. Menangislah andai itu boleh membuat dirimu lega agar hari esok dirimu lebih tabah". -petik dari FB

Dalam hidup nie kene la ada dugaan. Sekurang2nya dugaan itu akan menjadikan kita lebih matang, lebih berdikari dan pandai nak membuat keputusan. Contohnya macam bawak kereta la. Setengah orang takut nor nak bawak kereta kat bandaraya Kuala Lumpur nun...tapi Acik Alyn redah aje. Bukannya ape kalau sesat lain kali kita dah tahu dah tempat tu.

Dulu Acik Alyn memang penakut, bukan setakat penakut sikit2 tapi penakut yang banyak2 pye tapi sebab nak sopink dan nak bawak brg byk2 sanggup bawak kereta redah kat KL. Sampai g Bukit Bintang pun sanggup bawak kereta jugak. X pe la bayar parking mahal2 janji malas nak naik public transport. Bukannya berlagak tapi kekadang dalam public transport tu ramai sangat orang luar. Kekadang rasa bukan doq kat Malaysia dah.

May b dah puas kot dulu masa keje kat KL naik public transport. Dari USJ naik bus pagi2 lagik, pas tu naik putra lrt pulak kat KL Sentral. Pas tu naik bus pulak sampai la kat office. Kalau balik kerja pulak kadang2 naik komuter sampai Subang Jaya. Itu semua akan jadik kenangan yang terindah. Sekurang2nya Acik Alyn ada jugak kenangan naik public transport bertahun2 masa keje kat Mindef dulu.

Post a Comment