Tuesday, January 31, 2012

Cinta Muka Buku

Akhir2 ini banyak betul cerita mengenai cinta Muka Buku aka Cinta FACEBOOK di mana2. Ada yang bahagia dan ada jugak yang merana. 

Sebagai perempuan sanggupkah anda menyerahkan harga diri anda kepada orang yang baru dikenali. Astagfirullahil Azim.......sekarang nie dunia dah dunia akhir zaman, macam2 hal. Achik Alyn sentiasa berdoa agar dijauhkanlah semua itu dari family Acik Alyn. 

Janganlah kita salah gunakan teknologi yang ada. Kalau kita gunakan dengan cara yang betul, banyak manafaatnya. Macam Acik Alyn dengan berFACEBOOK, Acik Alyn dapat jumpa balik dengan kawan2 sekolah Acik Alyn yang dah bertahun2 x jumpa. 

Wahai perempuan2 yang bermuka cantik, sayangilah maruah anda. Bayangkanlah kalaulah kita baru kenal lelaki tu contohnya dalam tempoh 4 bulan. Pas tu buat janji temu.....tup..tup entah macam mana terus serah maruah. Fikirlah sedalam2nya.Walaupun diri tu dah rosak sebelum nie, janganlah ulangi lagi untuk yang kesekian kalinya. Janganlah fikir tentang diri kita aje, fikirlah tentang perasaan mak bapak  yang mempunyai anak macam tu.

Kekadang terfikir jugak, orang yang x de anak bertahun2...... berusaha dan berikhtiar dengan macam2 cara, makan macam2 ubat tapi tak ade rezeki jugak tetapi orang yang melakukan dosa tu senang aje dapat. Mungkin itu semua kebesaran yang Allah nak tunjukkan kepada umatnya. Wallahualam.

Post a Comment