Tuesday, January 31, 2012

Mengidam

Dah 2-3 hari asyik teringat nak buat cekodok ikan bilis yang dimakan bersama sambal sardin. Waduh terasa keenakannya. Maka tadi balik kerja terus terjah dapur....godek2 apa yang patut maka terhasillah cekodok ikan bilis + sambal sardin. Nasib baik my lil Adam tido tadi. Lepas la hajat Acik Alyn. Lepas nie x de la asyik teringat2 aje.


Nota Betis:
-Erm...dya tanya awak percaya ke? Maka saya kata kalau awak cakap apa2 mesti la saya percaya. Dah tu x kan la saya x percaya pulak....
-Rasa2 x kot.
-Mintak2 la batu itu akan berlekuk apabila hari2 air jatuh ke atasnya. Amat berharap. 
-Semoga Allah mendengar setiap doa saya.

Cinta Muka Buku

Akhir2 ini banyak betul cerita mengenai cinta Muka Buku aka Cinta FACEBOOK di mana2. Ada yang bahagia dan ada jugak yang merana. 

Sebagai perempuan sanggupkah anda menyerahkan harga diri anda kepada orang yang baru dikenali. Astagfirullahil Azim.......sekarang nie dunia dah dunia akhir zaman, macam2 hal. Achik Alyn sentiasa berdoa agar dijauhkanlah semua itu dari family Acik Alyn. 

Janganlah kita salah gunakan teknologi yang ada. Kalau kita gunakan dengan cara yang betul, banyak manafaatnya. Macam Acik Alyn dengan berFACEBOOK, Acik Alyn dapat jumpa balik dengan kawan2 sekolah Acik Alyn yang dah bertahun2 x jumpa. 

Wahai perempuan2 yang bermuka cantik, sayangilah maruah anda. Bayangkanlah kalaulah kita baru kenal lelaki tu contohnya dalam tempoh 4 bulan. Pas tu buat janji temu.....tup..tup entah macam mana terus serah maruah. Fikirlah sedalam2nya.Walaupun diri tu dah rosak sebelum nie, janganlah ulangi lagi untuk yang kesekian kalinya. Janganlah fikir tentang diri kita aje, fikirlah tentang perasaan mak bapak  yang mempunyai anak macam tu.

Kekadang terfikir jugak, orang yang x de anak bertahun2...... berusaha dan berikhtiar dengan macam2 cara, makan macam2 ubat tapi tak ade rezeki jugak tetapi orang yang melakukan dosa tu senang aje dapat. Mungkin itu semua kebesaran yang Allah nak tunjukkan kepada umatnya. Wallahualam.

Hari terakhir dalam bulan Januari 2012

Hari nie hari terakhir dalam bulan Januari 2012 bersamaan 31 Januari 2012. Ish sekejap aje masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah abis bulan. Next week cuti panjang lagi. X pe la sementara dapat bercuti2an nie, cuti je la..lepas dah ngak ada cuti sudah.
 

"Kadangkala wanita menangis bukan kerana dia lemah, akan tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk dirinya sendiri. Apabila dia sudah puas menangis, dia akan pulihkan sendiri hatinya tanpa bantuan orang lain dan mungkin dia berusaha untuk tidak menangis lagi untuk perkara yang sama. Menangislah andai itu boleh membuat dirimu lega agar hari esok dirimu lebih tabah". -petik dari FB

Dalam hidup nie kene la ada dugaan. Sekurang2nya dugaan itu akan menjadikan kita lebih matang, lebih berdikari dan pandai nak membuat keputusan. Contohnya macam bawak kereta la. Setengah orang takut nor nak bawak kereta kat bandaraya Kuala Lumpur nun...tapi Acik Alyn redah aje. Bukannya ape kalau sesat lain kali kita dah tahu dah tempat tu.

Dulu Acik Alyn memang penakut, bukan setakat penakut sikit2 tapi penakut yang banyak2 pye tapi sebab nak sopink dan nak bawak brg byk2 sanggup bawak kereta redah kat KL. Sampai g Bukit Bintang pun sanggup bawak kereta jugak. X pe la bayar parking mahal2 janji malas nak naik public transport. Bukannya berlagak tapi kekadang dalam public transport tu ramai sangat orang luar. Kekadang rasa bukan doq kat Malaysia dah.

May b dah puas kot dulu masa keje kat KL naik public transport. Dari USJ naik bus pagi2 lagik, pas tu naik putra lrt pulak kat KL Sentral. Pas tu naik bus pulak sampai la kat office. Kalau balik kerja pulak kadang2 naik komuter sampai Subang Jaya. Itu semua akan jadik kenangan yang terindah. Sekurang2nya Acik Alyn ada jugak kenangan naik public transport bertahun2 masa keje kat Mindef dulu.

Monday, January 30, 2012

Isnin oh Isnin

Ermmmm......pepagi lagi dah mad monday. Teruk betul sampaikan Acik Alyn post status kat FB -----My mad Monday...mencik------. Entah la niat kat hati 'aku nak gembira kat tempat kerja, aku nak mencari rezeki lillahi Taala tapi tu la. X pe la nak buat macam mana menda dah jadik maka sesungguhnya Acik Alyn memang kene adjust apa yang patut. 

Waduh mungkin kah telingaku ini sudah tidak mendengar ataupun memang sist. tu dah bagitau Acik Alyn. Tapi memang Acik Alyn x pasti betul ke x sist. tu cakap. Puas dah review tapi tiada jawapan. Apa yang jadik memang kene adjust. Macam mana la nak buat.....hmmmm...kene fikirkan caranya yang terbaik. Dah la 1st time berurusan dengan sist. tu. Memang sakit sungguh bila perkara begini terjadi di pagi Isnin yang mulia ini. 


Pas tu pulak bukak email ada something yg SAKIT la jugak. Please la kata dah ISO jadik kene la ikut peraturan. Kalau boss yang x ikut peraturan macam mana ibarat ketam mengajar anaknya berjalan luruskan. Dah jadik KULI nie macam nie la.....Nak buat salah kalau x buat lagi la salah. Banyak lagik perkara yang x settle.....buat slow2 x pe buat sikit2 lama2 jadik bukit....he...he.

Nota Betis:

Berusahalah dan jangalah menyerah kalah. Halangan ringatangan bukan masalah. Seperti pohon yang tumbuh, semakin tumbuh apabila semakin banyak angin yang menerjah. Begitu juga kita...apabila nak ke depan makan semakin banyak la rintangan yang menghadang. Ingat yek.....saya tak akan menyerah kalah dengan begitu mudah. Biarlah dengan apa cara sekalipun saya akan berusaha untuk mendapatkannya dan saya rasakan ianya yang terbaik untuk digapai. Kata orang batu pun akan lekuk apabila hari2 di siram dengan airkan...Semoga apa yang saya impikan akan tercapai kerana saya tahu ada orang yang mendoakan untuk ke arah itu. Harapan orang x baik kalau x tunaikan. Saya akan terus mencuba....Allah kan sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar. Saya sentiasa berdoa untuk itu.
 

Sunday, January 29, 2012

mamam pizza

#Selamat Pagi Ahad


2 hari lepas ada orang tingin nak makan pizza, maka memalam tu pergi la ke pizza yang berhampiran untuk menjamu selera. Asal nye nak ode by phone aje....tapi macam x best je. Last2 tu yang pergi 2...
My lil tu Acik Alyn dudukan dya kat baby chair. Tak de maknenya dya nak diam....x sabar nak tunggu dya berjalan dan sebut ibu..ngeeeeee

Dari semalam my lil Adam asyik merengek aje....budak nak tumbuh gigi cenggitu la.

Friday, January 27, 2012

Demi sebuah bahagia

Acik  Alyn suka ngan artikel nie


Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.

Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah.

Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada.


PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.

Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?

Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.

Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.
Namanya "Ingat 2 Lupa 2″

INGAT 1


Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.
Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.
Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1


Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

"Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!" kata si sombong.

"Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku", ungkit si dia.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.
Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.


Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.
Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu... kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.
Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2


Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.


Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF

Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?
Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.
"Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku"

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.
Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.
Maafkan aku, hamba yang berdosa.
Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
-Artikel iluvislam.com

 Acik Alyn nie dah kurus sgt2 ke? Ramai pulak yang menegur. 

Nota Betis: 


Kalau difikirkan x mampu rasanya nak memaafkan namun x pe la, mungkin ini adalah dugaan yang perlu ditempuhi untuk menjadi insan yang terbaik dalam hidup dan sentiasa mengingati Allah. Namun doa ini akan sentiasa mengiringi agar Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat.
Allah mengetahui segala2nya. Allah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah dan semoga satu hari nanti akan terbukti siapa yang benar dan siapa yang salah.

Cerita sadis di hari Jumaat

Hari nie lagi sadis. Sume orang x de. Diaorang MC....dan kesudahanya tinggal Acik Alyn sorang2 kat office. Waduh x terkejar rasanya. Sekurang2nya Acik Alyn bangga dengan diri sendiri, mampu buat seadanya walaupun penatnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Thursday, January 26, 2012

Cik Lyn n Nina Debab

Pepagi lagi tadik kat office tinggal Acik Alyn n Eja aje...hu..hu, semua orang bercuti dan sambung cuti. Kami terpaksa cover kerja banyak orang. Korang kene banjer kami berdua tau. Telefon lak asyik berbunyi2an aje. Kalau Acik Alyn kerja kat KL next2 week lagi la cuti banyak Hari Wilayah+Maulidur Rasul+Thaipusam. Tapi apakan daya Acik Alyn dah x jadik warga Wilayah Persekutuan lagik maka cutinya Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa sahaja. Dah plan dah time 2 nak ke Jay Bee. Mau melihat anak buah yang 3 orang 2.


Cuti Tahun baru Cina ari tu Acik Alyn telah menemani adik Acik Alyn ke ECM kerana ada orang mengidam nak makan donut Big Apple. Sehubungan dengan itu, terpaksa si isteri membelikan untuk suaminya di Segamat. Makan la puas2....

My lil Adam terpaksa la tinggal ngan nenek dya kat umah. Kalau x jenuh jugak la Acik Alyn nak mendukungnya. Budak kecik tu dah x moo doq kat stroller. Cuma bawak Nina debab aje.....






Nota Betis:
-Nasib baik

Wednesday, January 25, 2012

5 hari bercuti

Al-hamdullilah Acik Alyn dah selamat sampai ke kota batu, kembali untuk bertugas demi mencari rezeki yang halal.  5 hari bercuti. Kat kampung asyik makan je, sib baik la tadi Acik Alyn timbang kg x naik. Maklum la kalau kat kampung mak asyik masak aje. Macam2 menunya...kalau nak diet cofirm x leh nye...

Wordless Wednesday

Tuesday, January 24, 2012

Ish budak nie

Budak kecik nie dah banyak songeh tol.....Dah pandai angkat2 bontot nak merangkak. Kalau ketawa usah cakap la memang mengekek2. Geram betol ibu tengok. Nasib la Adam selalu kene gomol ngan ibu. Luv u my dear.

Monday, January 23, 2012

Teluk Cempedak

Semalam menghabiskan masa ngan berjale2 kat Teluk Cempedak. Ramai betul orang kat sana maklumlah cuti umum, panjang pulak tu. Tapi Acik Alyn suka Teluk Cempedak yang dulu2.....sekarang nie dia dah tambak kat pantai tu, dah x cung.


Sunday, January 22, 2012

Nasi Lemak mak kita

Best2....pagi2 lagik mak dah masak nasi lemak. Memang special......


Saturday, January 21, 2012

Syukran sangat2

Kadang kala melihat hidup orang lain susah terasa kesian sangat....al-hamdullilah Acik Alyn mampu untuk menyara hidup, punya kerja tetap, punya gaji bulan2, mampu la nak beli barang2 yang disukai. Masih punya orang2 yang menyayangi diri ini dan mengambil berat tentang hidup. Syukur sangat2. Sentiasa berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan dan beribadat kepadaNya. Walaupun x semua perkara yang kita harapkan dan impikan terjadi dalam hidup kita namun sekurang2nya Allah telah berikan yang terbaik untuk hidup Acik Alyn.

Semoga tahun 2012 nie akan dapat la mencapai satu azam tu....mintak2 murah rezeki untuk tujuan itu. 


Sampai jugak

Setelah mengharungi jem yang berejam2 akhirnya Acik Alyn sampai jugak ke destinasi yang dituju. Al-hamdullilah.

Friday, January 20, 2012

100 keyboard shortcuts 4 windows

CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)
SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
CTRL+A (Select all)
F3 key (Search for a file or a folder)
ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
ALT+TAB (Switch between the open items)
ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)
RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
F5 key (Update the active window)
BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)
SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)


Dialog Box Keyboard Shortcuts

CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
TAB (Move forward through the options)
SHIFT+TAB (Move backward through the options)
ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
ENTER (Perform the command for the active option or button)
SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
F1 key (Display Help)
F4 key (Display the items in the active list)
BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)


Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

Windows Logo (Display or hide the Start menu)
Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
Windows Logo+D (Display the desktop)
Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
Windows Logo+E (Open My Computer)
Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
Windows Logo+U (Open Utility Manager)


Accessibility Keyboard Shortcuts

Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
Windows Logo +U (Open Utility Manager)


Windows Explorer Keyboard Shortcuts

END (Display the bottom of the active window)
HOME (Display the top of the active window)
NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)


Shortcut Keys for Character Map

After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
UP ARROW (Move up one row)
DOWN ARROW (Move down one row)
PAGE UP (Move up one screen at a time)
PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
HOME (Move to the beginning of the line)
END (Move to the end of the line)
CTRL+HOME (Move to the first character)
CTRL+END (Move to the last character)
SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)


Microsoft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts

CTRL+O (Open a saved console)
CTRL+N (Open a new console)
CTRL+S (Save the open console)
CTRL+M (Add or remove a console item)
CTRL+W (Open a new window)
F5 key (Update the content of all console windows)
ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
ALT+F4 (Close the console)
ALT+A (Display the Action menu)
ALT+V (Display the View menu)
ALT+F (Display the File menu)
ALT+O (Display the Favorites menu)


MMC Console Window Keyboard Shortcuts

CTRL+P (Print the current page or active pane)
ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
F5 key (Update the content of all console windows)
CTRL+F10 (Maximize the active console window)
CTRL+F5 (Restore the active console window)
ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)


Remote Desktop Connection Navigation

CTRL+ALT+END (Open the m*cro$oft Windows NT Security dialog box)
ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
ALT+HOME (Display the Start menu)
CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
ALT+DELETE (Display the Windows menu)
CTRL+ALT+Minus sign (-) (Placea snapshot of the active window in the client on the Terminal serverclipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREENon a local computer.)
CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal serverclipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINTSCREEN on a local computer.)


Microsoft Internet Explorer Navigation

CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
CTRL+E (Open the Search bar)
CTRL+F (Start the Find utility)
CTRL+H (Open the History bar)
CTRL+I (Open the Favorites bar)
CTRL+L (Open the Open dialog box)
CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
CTRL+P (Open the Print dialog box)
CTRL+R (Update the current Web page)
CTRL+W (Close the current window)

Suka dengar

Salam Pagi Jumaat. Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Esok cuti, esoknya pun cuti, esoknya dan esoknya pun cuti...he.....he. Ke kampung la kita *____*

Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

u cannot change d past but u can make your present full of joy by learning from your mistakes done in past.......

Thursday, January 19, 2012

Mengenang kisah lalu-part TWo

Ini adalah kesinambungan daripada -mengenang kisah lalu-part ONe hari tu. 

Rindu ngan kawan2 lama sebenarnya. Senang crita la rindu kat zaman muda belia dulu2 masa keje kat Jalan Padang Tembak. 









:)

Hari nie Acik Alyn banyak makan....hu...hu. Dari pagi sampai lunch asyik makan-makan-makan aje. Petang plak membantai makan limau. Tolong nak diet lagi nie..... :). 


Sekejap aje dah Khamis. Next week dah start cuti panjang. Sukanye x payah nak susah nak datang office. Walaupun hari2 membayangkan hari2 yang dilalui dengan fantasi yang begitu indah untuk mewujudkan mood yang baik....padahal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi x kisah la apa nak jadik pun, asalkan rezeki yang diperolehi halal. Biarlah orang tu dengan dunia dia yang entah apa2 tah. #Mood still bengang lagik.




Inilah penyeri hidup Acik Alyn......Adam with love

Monday, January 16, 2012

Lovely my Isnin

Dah siap bagi my lil Adam mamam puree. Acik Alyn buat pisang+kurma aje. Suka hati dia mamam. Nie dia tgh bergumbira. Senang hati ibu nak berblogging dan berFB ye sayang.

Saja je buat tajuk lovely  my Isnin..pada hakikatnya...hu..hu. Acik Alyn x faham sangat dengan my big boss yg still solo molo sampai sekarang tu. Jawatan tinggi tapi hasilnya.....fikiran macam tahap kerani2 cokia macam Acik Alyn nie ha. Bengang la jugak.

Kekadang benda yang simple-mimple pun kalau dapat kat dia jadik susah la ya amat. Macam tadi nak buat senarai kehadiran mesyuarat antara UPM dan HSDG tapi nak asing2, pas 2 suh my officemate bagitau kat ahli mesyuarat tu supaya tulis asing2...Hadoi la. Buat je la satu listing, pas tu isi aje department kan senang. X payah la nak suh buat keje2 yang membodohkan diri sendiri.


Tadi pun pasal meeting tu Kak Sandra tel Acik Alyn tanya pasal meeting apa...yang paling kelakarnya my big boss suh Kak Sandra call sapa2 yang x datang lagik....Memang Acik Alyn gelak habis sebabnya mana la Kak Sandra tu nak tau sapa yang x datang lagi sebab Kak Sandra kan doq kat Unit khidmat Pelanggan nun jauh di sana. Hadoi la....


Semua permohonan pelekat kenderaan Acik Alyn dah siapkan cuma tinggal nak suh staff datang ambik aje. Lega rasanya. 2 hari cuti Sabtu Ahad Acik Alyn pulun buat semuanya. Memang berfolder2 la. Acik Alyn dah siap pun asingkan ikut department. Lega sangat2. Lepas nie akan bermula la kerja seperti biasa bz like bee kerana peruntukan dah ada. Hurrmmmm...akan tidak terlayan kerenah itu orang yang memang suka MAKAN....huwaaaa



Nota Betis:
-Akhirnya saya senyum jugak....saya risau awak tau. Lain x jangan buat saya cenggitu ekkkkk.


Berjimba @ Mydin Mall

Lepas p kenduri semalam terus je Acik Alyn p Mydin Mall. Sopink sikit. Beli barang2 untuk my lil Adam la. Pas tu terus makan lagik. Bukannya x kenyang makan kenduri tapi teringin nak makan sizzling mee tu.....x abis pun. Di tambah ngan ABC special lagik. Tapi x sama ngan ABC kat Shah Alam sambil pk bila nak p makan ABC kat sne lak..he....he

Sunday, January 15, 2012

p Bukit Jalil

Tengahari tadi Acik Alyn p ke kenduri kawin officemate kat Bukit Jalil. Selalu lalu lalang je kat Bukit Jalil tu, x pernah lak nak masuk kat dalam. Rupe2nya macam2 ada #mood jakun sekejap.

Selamat Pengantin Baru untuk Ina dan Roy. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. 

Pelamin sangat cantik. x sempat nak berphotog tadi sebab ramai sangat orang kat situ.

Apabila ibu dan anak x sihat

My lil Adam x sihat demam, batuk dan selsema....Acik Alyn pun sama. Acik Alyn dah pergi kat Klinik Warga...tekak dah luka, badan panas. Dapat la pakej 5 jenis ubat2an. Nasib baik ada yang membantu jagakan my lil. Hari Jumaat malam, Acik Alyn x boleh nak bangun, terasa dunia nie berpusing2. Memang dugaan betul. Nie pun rasa masih di awangan2an lagi. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk Acik Alyn sekeluarga.

satu pengalaman yang berharga dalam hidup

Thursday, January 12, 2012

Dugaan

Dugaan betul bila my lil Adam x sihat. Tadi dah bawak my lil pergi klinik lagi sebab dah batuk la pulak. Nasib baik x meragam jumpa doktor tadik. 


Ibu sayang Adam sampai bila2. Adamlah penawar hati lara ibu.


Nota betis:
-Semoga Allah kuatkan iman dan kesabaran ibu bagi membesarkanmu sayang.

Data oooooh data

Hari nie Acik Alyn dah sibuk untuk memasukkan data semua2 permohonan ke dalam sistem yang Acik Alyn buat sendiri 2 tahun lepas. Walaupun terpaksa merangkak buat sendiri namun akhirnya Acik Alyn berjaya mwujudkan data itu untuk kegunaan Acik Alyn. 

Tapi baru nie my big boss suruh IT department yang buatkan pangkalan data untuk Acik Alyn. Ikut la...janji x menyusahkan Acik Alyn. Acik Alyn teruskan dulu key in dalam data yang telah Acik Alyn buat nie.


Nota Betis:
-Tolong jangan duga saya yek.
-Akan berusaha hingga ke akhir garisan.

Wednesday, January 11, 2012

susahnya nak cari sahabat sejati

Di sekeliling kita ada ramai orang, macam2 rupa bentuk, macam2 perangai dan macam2 la. Yang paling x tahan tu depan kita baik gle tapi belakang kite masayallah hanya Allah sahaja yang tahu.Tak semua orang boleh jadik sahabat yang baik, jadi pendengar yang baik dan memberikan nasihat yang terbaik dalam hidup kita.
Kiranya x semua perkara kita boleh share. 

Susah dah sekarang nie nak mencari sahabat yang 'sejati', sanggup susah senang dengan kita. Kadang-kadang sahabatlah yang  akan jadik gunting dalam lipatan. Mintak dijauhkan la dari hidup Acik Alyn orang2 yang macam tu.

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini

PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi

Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman

Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah

Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita


gambar hiasan semata2

Nota Betis:
-TQ belikan saya nasi ayam tadi. Budi baik dikenang jua.
-masih mengharapkan sesuatu.
 

Rindu berblogging

Dah 4 hari Acik Alyn tidak menulis kat blog kesayangan Acik Alyn nie. Bukan M besar2 tapi masa yang tidak mengizinkan....fuh alasan semata2. Sebenarnya tenet lembap gle sampai nak uplod gambo pun x leh.


My lil Adam dah 2 hari x sihat. Hari nie Acik Alyn terpaksa ambil EL sebab malam tadi menjaga my lil yang tidak sihat itu. Dugaan betol sampai 1 malam Acik Alyn x tido. Merasa la apa yang mak kita rasakan masa jaga kita kecik2 dulu kan. Oleh itu ingat jasa mak bapak sampai ble2. Acik Alyn sayang family Acik Alyn sangat2.

Al-hamdullilah hari nie my lil Adam dah sihat. 



Friday, January 6, 2012

Friday Day saya

Pagi tadi pepagi lagik dah ada Perhimpunan pagi kat Sepital. Kene le pegi....Kalau x g isu lak sebab orang len x pegi x pe, orang x pasan tapi kalau 'kami'orang x g mesti de yang pasan...hu..hu. Teringat perutusan tuan pengarah pagi tadi yang menyatakan ' hidup ni umpama naik basikal. Kalau kita berhenti mengayuh maka kita akan jatuh'. Sungguh mendalam. Semoga terus mengayuh untuk mengharungi suka duka tahun 2012. Good bye 2011. Biarlah kenangan itu semua akan menjadi sejarah yang akan dijadikan pengajaran dan teladan yang begitu bermakna dalam hidup. Bertabahlah kamu menghadapi segalanya.


Pas tu, dapat mesej plak ada meeting. Maka cepat2 la breakfast sebab ada meeting lak ngan Timbalan Pengarah. Biasalah macam2 isu yang kuar. It's OK. Dah nama pun Unit Pentadbiran...nak buat guana. Belaka kena buat. TP nak buat pool untuk orang2 yang berproblem. Aci x Acik Alyn offer diri jadik orang yang first doq kat ctu....ha...ha. Sapa yang nak bikin keje Acik Alyn.



Minggu pelekat kenderaan x habis lagis. Sampaikan bawak balik keje tu kat umah. Semoga my lil Adam jadik budak baik esok, maka dapatlah ibu dia nie buat keje 'sekolah' ngan aman. Tau dah kalau budget dah dapat, bertambah la bz Acik Alyn. Semoga Acik Alyn akan dapat bekerja dengan cemerlang dalam tahun 2012 walaupun hasil kerja Acik Alyn itu dinilai dengan cara tidak sepatutnya. Acik Alyn x pernah membawa 'personal matter' dalam kerja Acik Alyn. Walaupun ada masalah tapi pandai2 la adjust. Takkan nak citer kat sume orang masalah kita kerana tidak semua orang akan memahami apa yang kita alami. Please la. Bergurau tu agak2 la sebab Acik Alyn pun ada perasaan. Jangan la main hentam keromo aje. Hati pompuan nie sensitip dan sensetap tau.

Hari nie lunch makan+minum epal hijau+garam dan minum air teh ais aje. Bukannya diet tapi sungguh x de selera. Maka akan cepat la mencapai target kot. Harap diet dengan cara yang sihat. X moo sakit2, susah nanti. Sapa yang nak gomol2 my lil Adam...he...he

HIGHLIGHT-------> Esok mak abah Acik Alyn mau datang. Mesti diaorang dah rindu kat my lil Adam.




 Gambar yang tidak ada kene mengena dengan cerita di atas.

Nota Betis:
-Dia dah OK. TQ sebab faham saya ek.
-Kembali seperti biasa. Saya like lorrrr.
--Semoga ada sinar dalam tahun 2012

Thursday, January 5, 2012

hari ke 5 dalam bulan Januari 2012

Still bz lagik kat office. Mood berblogging pun entah ke mana tah. Ble balik umah je fuh terasa kepenatannya. 

Sekarang my lil Adam dah ada di sisi. Life pun dah berubah. Pepagi dah bangun awal dah standby untuk hantar my lil Adam ke umah ibu dia. Tapi pagi tadi bikin haru betul....Acik Alyn careless sgt. Botol susu Adam leh tertinggal kat umah. Esok kena double check pastikan semuanya lengkap baru jalan. X de la nak buat kerja 2X.

Petang balik keje dah g ambik my lil Adam kat umah ibu. Nasib baik x de la jauh sangat. Baik2 ye sayang duduk umah ibu tu.

Bila tengok muka anak nie hilang semua kepenatan dan juga kesedihan...hu...hu. Rasa nak gembira aje.

Nota betis:
-Nape cam nie? Terasa ngan saya ke? Saya ada silap ke?
-Confius sangat.
-X macam selalu.

Wednesday, January 4, 2012

Banyak keje

Hari nie hari first Acik Alyn bekerja dalam tahun 2012. Fuh memang banyak sangat2 keje sampai nak termuntah. Minggu nie memang penuh dugaan la....bukannya pe memproses permohonan pelekat kenderaan bagi tahun 2012/2013. Dari pagi asyik tunduk je sampai lunch pun makan nasi putih+ikan goreng ja. Sampaikan member cakap 'saya tengok pun x lalu nak makan'. Makan sket je pun..kurang selera. 

Acik Alyn x diet pun. Breakfast dan lunch melantak jugak cme dinner aje x makan. Timbang hari tu dah turun lagi 2 kg. Suka Acik Alyn. Tambahan pulak budak tecik Acik Alyn dah doq ngan Acik Alyn. Asyik nak main golek2 aje. Bertambah la kurus ibu nie sayang...itu yang Acik Alyn nak tu....ngeeeee

Al-hamdullilah my lil Adam telah berjaya duduk kat umah ibu aka pengasuh untuk hari yang pertama. Harap2 ok.

Memula Acik Alyn nak antar my lil Adam kat wifey member Acik Alyn. Last minute dia mintak deposit pulak. Ya Allah macam nak sewa umah pulak. Dah la mintak 1 month pulak tu..ish...ish. Acik Alyn beriya la nak tolong dia..last2 dia buat Acik Alyn cam nie. Sendiri mau fikir la. Tapi rezeki Acik Alyn jugak..terus dapat pengasuh lain last minutes. Semoga Allah sentiasa bersama Acik Alyn. Syukur sangat2. Dipermudahkan segala-galanya.

 Hari nie bersamaan 04 Januari besday orang di atas nie...he...he

Hapi birthday abang. Semoga dengan pertambahan setahun lagi umur nie akan lebih mematangkan abang dalam segala hal. Lyn juga sentiasa doakan hidup abang sentiasa diberkati Allah. Terimalah hadiah dari Lyn semalam sebagai tanda ingatan. Semoga ianya akan memberi manafaat dalam hidup abang. Ingat kata Lyn nie dan Lyn selalu bagitau kat abang yang Lyn nak tunggu abang di syurga.♥♥.Lyn sentiasa berdoa untuk itu. Hve a great dinner semalam with abang n Adam. Rasa bahagia sangat. Terima kasih jugak kerana sudi melayan kerenah Lyn yang macam2 nie.

Tuesday, January 3, 2012

Aku ingin menangis

Entahlah sejak semalam mood Acik Alyn memang ke laut sesangat. Rasa sedih hanya Allah sahaja yang tahu. Nak menangis, menangis dan menangis. 
Ya Allah tabahkan hati ku ini............

Sunday, January 1, 2012

01 Januari 2012

Syukur al-hamdullilah Allah masih kurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang hingga ke saat ini. Semoga tahun 2012 akan menjadikan Acik Alyn lebih matang dari segala segi. Umur pun dah makin bertambah....huwaaaa. Tak pe kene senyum sokmo2 untuk mengekalkan awet muda itu.

My lil Adam dah 6 bulan. Dah boleh mamam. Nanti ibu buat stok puree ek....doakan ibu Adam nie rajin2 selalu. 



Pakai apron Kak Nina pye pink karer lagik...ngeeee

Nota betis:
-TQ kerana sudi melayan karenah saya ini.
-Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kita.