Monday, December 31, 2012

Good Bye 2012

Hari terakhir dalam tahun 2013. Selamat tinggal suka-duka. Semoga tahun mendatang akan lebih lebih baik dari sebelumnya. TQ my chenta hati, my little sikenit n my family kerana sentiasa berada di sisi ketika saya bersedih dan bergumbira. Saya kuat kerana kamu. ♥ u all. #status my FB
 

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday

#tinggal sket aje lagik nie

Friday, December 21, 2012

I ♥ Friday


Thursday, December 20, 2012

2day 20122012

Assallamualaikum

Cantik sungguh tarikh hari ini. Like sesangat. 

Sebenarnya hari nie begitu bersemangat nak habiskan key in data dalam SMPP tapi line x ok la pulak. dah cuba try test banyak kali tapi tak boleh..pas tu mula aaar. Dah plan baik pye nak settle key in sume dalam  masa 4 hari nie. Fuh kena buat plan lain la pulak lepas nie.

Acik Alyn double triple gembira hari nie. #mood ingin lompat sampai ke bintang.

Share gambar my sikenit je la






Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, December 18, 2012

MAHA 2012

Assallamualaikum

Walaupun tak dapat nak menjelajahi keseluruhan MAHA macam 2 tahun yang lalu, namun ini adalah bukti Acik Alyn pergi jugak ke MAHA 2012 walaupun x puas berjalan. Dengan membawak 2 orang sikenit fuhhhh....memang dugaan yang maha hebat :).

X pe la jumpa lagi di MAHA 2014 dengan 2 orang sikenit nie dah besar.





Peberet sepanjang zaman-Ayam Bakar Wong Solo

Assallamualaikum

Hari nie hari gaji plus bonus #beronok2. Syukran di atas rezeki yang ada. 

Nie nak cerita pasal tempat makan yang paling kesukaan Acik Alyn dan family sepanjang zaman. Entahlah kenapa memang satu kemestian nak pergi makan kat sini. Restoran Wong Solo samaada di Bangi, Shah Alam ataupun Kampung Baru. Paling suka pergi kat Bandar Baru Bangi la. Kalau dulu masa keje kat HSDG memang setiap bulan tu pergi 4-5 kali....he..he.

Paling menjadi trade mark adalah kesedapan sambalnya. Memang melatop!!!Menu pilihan Acik Alyn semestinya Set Ayam Bakar dan Es buah.Bayangkan sampai tahap member uplod gambo kat FB, mesti hati gedik2 nk g makan kat sne....

Terima kasih la kawan2 yang memahami Acik Alyn terutamanya Kak L sebab selalu jadik tukang teman. Jangan tanya Acik Alyn nak makan kat mana...memang jawapannya adalah Jom Wong Solo...he..he


Monday, December 17, 2012

Jalan-Jalan-Makan-Makan

Assallamualaikum

Selamat petang. Kat sini hujan lebat gle. Al-hamdullilah syukur di atas nikmat yang Allah berikan. Terajin update lagi. Bukannye nak habiskan stok2 cerita yang terbengkalai nie. Year depan, cerita baru dah. Tak moo update cerita basi...ngeeeeee.

Nie cerita pada minggu-minggu yang berlalu. Membawa anak buah+anak sendiri jalan-jalan. #padahal kene buli ngan anak buah sendiri yang terover banyak cakap.

Sebenarnya bawak diaorang jalan-jalan dan makan-makan kat Taman Gelora dan Tanjung Api je pun. Tapi yang penting mereka gembira.
 Me n Adam
 Amil yang banyak mulut sesangat.
Tengok la tu berlari ke tengah. Ada sorang lagik kakak dia tapi nan ado la pulak dalam gambo. Terjerit-jerit la kita nie memanggil dia. Siap cakap kenapa Cik Lyn tak cakap nak pegi pantai...kalau tak boleh bawak baju. Nak mandi. Itu pun basah dah seluar separuh. Budak-Budak!!!
 Yang kenit ni pun sama. Ala-ala havoc bila jumpa pantai.
 Pas tu pegi makan kat Tanjung Api. Memula nak makan kat Taman Gelora tapi sumenya dah yilek dah. Tu yang pergi sampai ke Tanjung Api. Not bad la.
 Ibu pun nak berposing ala-ala maut la jugak...ngeeee
Sabar menunggu makanan with my double-chin. Sekarang dah sapu FELINA tau..he....he. Nak kurus dan nak cantik jugak.

Nota Betis:
Chenta Hati.....try my best with my  ♥.

My sikenit MAQ

Assallamualaikum

Selamat pagi Isnin. Cuaca kat Pahang sekarang nie musim hujan...fuh memang sedap kalau tarik selimut. Pepagi lagi hari ni ada perhimpunan bulanan kat office. Dah berakhir dah perhimpunan untuk tahun nie. Jumpa year depan la pulak.

Cerita banyak tapikan tengah malas nak transfer gambar kat lappy..dush..dush. Akhir tahun semua mood jatuh merundum. Tak pe la update slow n slowly.  Tapi kan ada satu perkara yang sekarang nie Acik Alyn amat bersungguh-sungguh. menghabiskan part by part novel I LOVE U STUPID. Acik Alyn amat menghayati watak Iris dan Firman Ebrahim itu. Uish..sungguh lomantik sesangat. Tinggal lagi 302 mukasurat daripada 1389 mukasurat kesemuanya. Gigih, gigih dan gigih. 

My sikenit dah berumur 17 bulan. Suka sangat melayan karenah sikenit nie. Dah pandai bercakap sikit2. Kalau tanya anggota badan tu, al-hamdullilah dah pandai tunjuk situ sini dah. Semoga menjadi anak yang soleh ya sayang ibu.





Nota betis:
Cukuplah Allah ada dan dia sentiasa ada untukku.


Friday, December 14, 2012

I ♥ Friday


Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, December 11, 2012

Benda free jangan ditolak

Salam

Kesinambungan episod lepas. BFF my adik aka ibu angkat anak buah Acik Alyn mahu membelanjakan kami sekeluarga di Senibong kat Permas Jaya. Kiranya doq makan sambil melihat suasana malam hingga tembus ke Seberang Tambak sana. Bak kata anak buah "kita makan atas air tau Cik Lyn".

Acik Alyn tak tahulah diaorang ambik set apa tapi makanan yang sampai memang banyak gle la. Sampai 'seeh' nak habiskan. Terima kasih Eja, lain kali leh belanja lagi.














Monday, December 10, 2012

Ingat tu.....


Friday, December 7, 2012

I ♥ Friday


Thursday, December 6, 2012

Share...share n share

Salam

Artikel nie Acik Alyn ambik dari blog Farah Lee di atas tajuk kebergantunganku... Semoga jadi panduan :)

Assalamualaikum wbt. Lama kan saya menyepi.? Hehee.. Sepi saya membawa satu soalan.

Ce teka apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang dari kita..?

.
.
.
.
.
.
.


Saya pernah mengajukan soalan yang sama kepada suami saya. Jawab beliau, “Sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita sayang tu milik kita.”

“Bingo.! Betul betul betul.. Tu salah satu hikmahnya. Tapi harini Farah nak fokuskan bahawa hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah”, balas saya dalam perbualan kami di sebuah kedai makan tempoh hari.

  
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’

  
Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita sering bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada ayah kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan baik kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kita. Kita nak shopping kita minta suami belanja kita (#eh)

Hikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung uols”.

Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha Mendengar itu adalah Dia. Manusia ni sebagai medium je. Kalau betul kita hanya bergantung pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. Sebab kita ada strong faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang.  Dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.

Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih. Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada.  Dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal.

Sementara itu, saya ada lagi satu soalan.

Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya.?

Ya, sudah tentu Rasulullah bukan.? Jom kita perhati kembali kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan penulisan saya kali ni.

Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa kasih sayang seorang bapa, Abdullah. Pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. Nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. Tidak lama selepas itu, datuk kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda.  Tinggallah baginda bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat, Khadijah. Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.

Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan.? Jelas untuk mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang baginda sayangi. Sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab itu juga, hati baginda menjadi kuat. Menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah sebegini.

Justeru (justeru gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap dugaan.  Dan sentiasa remind diri, kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah. Annyong.!

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, December 4, 2012

X ke LEGOLAND, Puteri Harbour pun jadi la

Salam

Dah lepas g kenduri kat Pontian tu...mula2 memutuskan nak g jalan2 kat Legoland tapi alangkah hampanya sebab ramai sesangat orang n yang paling penting parking pun amat jauh. Tu yang terus CANCEL. X pe la kita g tengok kapal je la kat Puteri Harbour......









Lain kali la kite ke Legoland. Hu..hu anak buah Acik Alyn si Muaz nie siap call tadi 2 minggu lepas bagitau Cik Lyn kita orang dah pergi LEGOLAND...best. Jom la kita pergi lagi. Iyala nanti Cik Lyn kumpul $ banyak2 dulu yek...he..he






Monday, December 3, 2012

Sekali sekala membawa diri:kenduri kawin kat Pontian

Salam

Selamat Hari Isnin, Selamat datang Disember 2012, Selamat tinggal November 2012...selamat, selamat dan selamat

Pepagi dah lemau je rasa badan nie. Malam tadi sampai umah pukul 1.00 pagi. Bertolak dari KL 9.00 lebih + jem kat MRR2.....adus tu yang melambatkan perjalanan. Dah budget sampai pukul 12.00 tapi terbabas jugak. Sebenarnya menyeramkan jugak drive mlm2 nie sebenarnya...#memang dasar penakut.

Hari tu (dah lama dah pun) pergi kenduri kawin kat Pontian. Makanan memang best dan yang paling best adalah acar dia seperti gambar di bawah. Memang sedap dan Acik Alyn tak pernah jumpa lagi kat tempat lain. Bertambah-tambah makan sebab Acik Alyn nie kan pengemar acar buah yang agak tegar jugak. Like tapi entah bila nak dapat makan lagi....Orang Pontian tolong jemput saya makan kenduri yek :)


sedang menikmati makanan
Acar yang diperkatakan itu...Acik Alyn sangat suka

Friday, November 30, 2012

I ♥ Friday


Cukup hanya sekali

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya. “Apabila saya meletakkan kata-kata ini dalam FB saya, ada yang bertanya samada secara terus atau melalui sms, bagaimana jika kita sudah dianiaya oleh orang yang sama berulangkali. Patutkah kita terus bersangka baik kepadanya?
 
Soalan yang sukar dijawab jika diserahkan kepada akal dan rasa hati untuk menilainya. Maklum sahaja, akal dan rasa hati kita masih tidak kebal daripada bujukan nafsu dan tipu daya syaitan. Kita manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, kekurangan dan kelemahan itu pun hakikatnya suatu kelebihan dan kekuatan jika kita mahu belajar dan mengambil iktibar daripadanya.
Tidak ada jalan keluar, melainkan kita pasrah berdoa dengan memohon taufik dan hidayah Allah selalu. Agar Allah pandu dan pacu hati kita ke arah kebenaran. Dan jika tersalah juga, mudah-mudahan Allah buka pintu hati kita untuk bertaubat. Kita mesti bergaul dengan manusia yang berbagai ragamnya ini. Kita mesti sabar dengan karenah mereka sepertimana mereka pun bersabar dengan karenah kita.

Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya.

Pegang prinsip ini  selalu…  jangan cuma melihat ‘gerakan’ tetapi lihatlah pada ‘Penggeraknya’. InsyaAllah, jika itu yang tersemat di hati, akan redalah sedikit kemarahan, akan teduh sementara  jiwa yang bergoncang. Jika kita sudah sayang kepada Pencipta, tentu kita akan sayang segala ciptaanNya. Majnun akan terasa indah, sekalipun hanya dengan melihat bumbung rumah Laila. Dia tahu, Laila kekasihnya sedang berada di bawah bumbung itu…
Salam buat semua yang berada di akhir Ramadan ini. Semoga kita terus bersama Roh Ramadan yang sentiasa  menyala di hati kita buat menyuluh seluruh dan sepenuh kehidupan dunia yang penuh ujian ini. Dalam kegelapan fitnah akhir zaman kita mengharapkan akan sentiasa ada ‘Lailatul Qadar’ yang membawa sinar iman dan taqwa di hati kita. Biarlah zaman gelap, jangan digelapkan lagi oleh dosa-dosa kita. Biarlah malam-malam kita… sentiasa ditemani oleh iman kepada ‘Pencipta Lailatul Qadar’ itu. Jika demikian, ya Allah… setiap malam adalah Malam Al Qadar!
Untuk mereka yang bertanya, ku gagahi jua menulis, cuma sekadarnya..

CUKUP HANYA SEKALI!  
  
“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!”  Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita. InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang itu petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun, jika sebaliknya, berhati-hatilah… itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan orang yang kita lihat.

Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri. Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang baik-baik. InsyaAllah, lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa AS melalui seekor bangkai kambing bersama-sama para pengikutnya. Ketika para pengikutnya, memalingkan muka dan menutup hidup kerana jijik dan terhidu bau busuk, Nabi Isa sebaliknya berkata, “aku lihat bangkai kambing ini mempunyai gigi yang putih.”


Mengapa penting kita bersangka baik dalam hidup? Ini kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat atau menilai sesuatu perkara, seseorang atau kejadian.  Dan bagaimana kita melihat akan sesuatu atau seseorang, akan menentukan apa yang akan kita dapat daripadanya. Ungkapan terkenal dalam bahasa Inggeris, “ what you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat.”
Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi daripada seseorang, bermulalah dengan bersangka baik kepadanya. Mana mungkin kita akan mendapat apa yang baik-baik daripada jika kita mula dan terus bersangka buruk kepadanya. Jangan ‘menghukum’nya awal-awal lagi. Itulah préjudis. Satu sikap yang negatif yang merosakkan perhubungan yang baru bermula atau yang telah lama terjalin. Tidak sewajarnya kita merasa tidak suka akan seseorang tanpa asas yang kukuh dan jelas.

Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang yang bijak pandai. Kekadang, belum pun mula berkenalan, apalagi bercakap-cakap… baru melihat wajahnya sahaja, terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya. Acapkali kita menghukum orang lain dengan ‘fail’ lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan yang kita telah kita perbaiki berkali-kali?

Ya Allah, jahatnya hati kita. Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan? Dengan ilmu dan maklumat yang sangat terbatas kita berani melampaui batas seorang hamba Allah, yang kaya dengan kelemahan dan kejahilan. Tuhan yang Maha Sempurna itupun pun tidak kejam. Allah Maha Adil, Maha Sayang… sentiasa membuka ruang untuk hambaNya memperbaiki diri dan membuka ‘fail’ baru. Bukankah selepas Ramadan yang Mubarak, Haji yang Mabrur… seseorang dijanjikan bersih dari segala dosanya yang lampau lalu menjadikannya seperti seorang  bayi yang baru dilahirkan?
Justeru, Allah SWT dengan tegas melarang kita bersangka buruk sesama manusia.  Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

Ada orang yang sering mengeluh, malah mengutuk nasib dirinya yang malang, “mengapa yang buruk-buruk, sedih, gagal dan malang sering menimpa hidupku?” Lalu sibuklah dia menyalahkan sipolan dan sipolan, itu dan ini… semuanya tidak kena. Padahal, yang tidak kena itu acap kali dirinya sendiri. Dia yang memandang gelap, buruk dan busuk dalam hidup… lalu dia terpaksa menuai apa yang disemai!

Saya teringat satu cerita lucu bagaimana seorang perompak yang telah merompak  sebuah rumah. Kejadian itu disedari oleh tuan punya rumah yang tidur di tingkat atas. Walaupun begitu dia tidak berani melawan kerana perompak itu bersenjata. Cuma sebelum perompak itu keluar dengan barang-barang rompakannya, tuan rumah berkata, “ sebelum kamu pergi jenguklah isteri saya yang berada di tingkat  atas… dia telah menunggu kamu selama 15 Tahun.”

Apa maksudnya lelaki itu? Maksud lelaki itu, selama 15 tahun isterinya dalam keadaan bimbang, takut dan sentiasa bersangka buruk yang rumah mereka akan dirompak. Dan kali ini apa yang disangkanya itu telah benar-benar telah terjadi. Ya, walaupun itu sekadar sebuah cerita… tetapi realitinya memang berlaku dalam hidup ini.

Allah mengingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi: “Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).”

Namun, perlu diingat bahawa sangka baik perlu diimbangi oleh sikap berhati-hati. Sepertimana perlunya bersangka baik, begitulah juga kita perlu berhati-hati. Jangan lurus bendul. Kita mesti bijak agar sifat sangka baik itu tidak dieksploitasi dan dimanupulasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan. Apa itu sikap berhati-hati? Itulah usaha kita mencari fakta, dalil, ilmu dan bukti yang berkaitan dengan seseorang, sesuatu perkara atau peristiwa.

Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung maka terbinalah sikap matang dalam bersangka baik. Kita bersangka baik, tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman ini sangat penting agar sikap bersangka baik kita tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang yang berniat jahat.

Jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berilah peluang untuk dia dipercayai, dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang  sama dua kali atau berkali-kali. Ingatlah pesan Nabi: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”

Santapan jiwa ini from HERE

Hanya sekangkang kera:Bukit Gambang Water Park

Salam

Hari nie merupakan hari terakhir dalam bulan November 2012 dan esok dah 1 Disember. Kesimpulannya hanya tinggal 31 hari sahaja lagi untuk berada di tahun baru 2013. 

Minggu lepas bersamaan 24 November, Acik Alyn n family g bermandi manda kat Bukit Gambang Water Park. Dah ada orang nak sponser apalagi....zasssss laju aje gayanya. Memandangkan Bukit Gambang Water Park itu hanyalah 10 minit sahaja dari rumah maka kami pergi ke sana x mandi pagi pun..opppppssss. Sewa pondok kat depan Coco Beach....ingatkan nak sewa yang area pool tu..nan hado la pulak. Masa pergi tu, x de la ramai sangat orang. May be awal pagi kot.

Anak-anak sungguh x-cited nak bermandi-manda termasuklah my sikenit MAQ tu. Memandangkan ini kali pertama Acik Alyn membawa sikenit ke Bukit Gambang nie, al-hamdullilah sikenit MAQ tidak takut air. Lagi suka ada la :). Nanti ibu bawak lagi yek.




 Penuh stroller ngan barang2
 Ibu dan sikenit MAQ
 Bersama my hero n my heroin. Bravo Nina dah tak takut air dah. Lain kali g Bukit Gambang lagi yek ngan Adam.




 Si tukang sponsor. TQ lain kali banjer lagi


Nota Betis:
-Petang nie nak g KL. Banyak aktiviti nak buat. Nak g MAHA 2012, nak g jualan gudang Karangkraf, nak g KWC, nak g Mid Valley.....dan macam2 lagi. Dalam hati pun tingin gak nak g Fareeda tengok tudung baru 2hb tapi x moo la beratur panjang berjela.