Monday, December 19, 2011

Tragedi kek

Nie nak stori mori sikit pasal tragedi kek sebelum majlis Deq La.  Macam biasa tugas Acik Alyn memang tukang beli barang² untuk masak lauk pengantin dan jugak mengambil kek.

Acik Alyn pergi dengan adik Acik Alyn yang polis tu. Memula Acik Alyn pergi ambik kek kat kedai kek resipi rahsia....pas tu barulah Acik Alyn pergi ke kedai kek yang satu lagi nak ambik kek yang dua tingkat. Pengantin tempah kek dua tingkat untuk majlis dia. Dah la hujan masa tu. Acik Alyn pergi la tanya kat kedai kek tu sambil tunjuk resit. Pekerja kat kedai tu cari dekat 10 minit jugak la. Acik Alyn dah panas nie. Pas tu ada ke patut pekerja kat situ bagi tahu Acik Alyn 'boleh tak datang pukul 5 petang? Kek tu tak siap lagi la"...dah la dengan nada yang kasar. Kalau say sori Acik Alyn x kisah pun. Bayangkan time tu baru pukul 4.oo petang. 


Sejam lagi Acik Alyn kene tunggu. Apalagi masuk kereta Acik Alyn bagitahu kat adik Acik Alyn yang polis tu....Acik Alyn dah bengang dah.. Kat resit siap-siap dah tulis siap pukul 3.oo petang. Susah sangat ke nak mintak maaf ngan customer. Berapa kerat sangat la kedai kek kat Kuantan tu..


Pas tu adik Acik Alyn yang polis tu pulak yang pegi kat kedai tu. Bayangkan tak sampai 15 minit kek tu dah siap. Memang adik Acik Alyn bambu je staff kat situ.... Adik Acik Alyn tu polis memang la nampak ganas sikit berbanding Acik Alyn nie. Adik Acik Alyn siap bagitau memang pekerja kat situ kurang hajar sikit.....


Tolong la jaga customer kalau nak maju.
Post a Comment