Sunday, December 18, 2011

Review filem Ombak Rindu

Lupa la pulak nak buat review pasal filem yang di sebut-sebut orang nie. Akhirnya dapat jugak Acik Alyn pergi tengok filem nie walaupun banyak kali bertangguh. Bagi Acik Alyn yang peminat tegar novel-novel sentero alam nie, cerita ombak rindu nie OK la. Baca novel lagi syahdu syahdan. 

Bang Aaron Aziz Acik Alyn salute la....watak yang sesuai dengan dia. Romantik habis. Cuma Acik Alyn tak berapa minat ngan Maya Karin sebagai watak Izzah...he..he. Setiap orang lain dia punye pandangan kan. Lagu kat dalam filem ombak rindu nie memang best. Ada jugak bab yang sedih tapi tak de la sampai kuar ayaq mata.

Lepas nie Acik Alyn nak baca novel ombak rindu untuk ke sekian kalinya...nak sedih²..nak nangis²...nak kuar air mata sebab tengok wayang acik Alyn x nangis pun.





Lirik Lagu Lara Lagi - Adira

Hanya sampai di sini sahaja

Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini

Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu

Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu

Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita

Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia... 

Nota Betis: 
-saya nak ikut awak pergi sana la. Ada sesuatu yang mengamit rasa....hati bagai di gamit2 nak ke sana. Saya pun x tahu kenapa tapi saya nak ikut jugak. Semoga Allah mendengar niat hati saya...he...he

Post a Comment