Wednesday, December 21, 2011

port kat tepi Petronas USJ 14

Al-hamdullilah selepas beberapa hari ngidam, lepas jugak hajat nak makan durian. Acik Alyn pergi kat USJ 14...makan kat sana. Layanan memang tip top la. Dari segi harga ok aje, siap boleh pilih² lagi nak harga berapa ringgit sekilo. Ada yang murah dan ada yang mahal. Tepuk dada tanya selera. Acik Alyn ambik yang mahal sket 3 biji dan yang 1 biji yang murah. Habis bedal kat situ jugak. Memang puas hati la makan durian. Paling suka durian nie kalau ada yang kucing melingkor..ha...ha.

Family Acik Alyn semuanya memang hantu durian. Pantang nampak mesti habis membedal aje. Baru nie masa Deq La kawin pakcik ada bawak durian dari Perak...ada la dalam 5-6 biji. Acik Alyn dan adik ipar siap sorok dalam stor lagik. Bukannya apa nak bukak gerai, alang kepalang..orang ramai masa kenduri tu takkan la nak pelawa semua. Memang dapat celah gigi aje.

Masa malam lepas kenduri baru la Acik Alyn dan adik ipar bocor rahsia. Pas tu mak Acik Alyn cakap "patut la semua orang tegur bau durian....tapi mak cakap mana ada durian". Malam tu dapat la kitaorang satu family membedal durian yang 5-6 biji tu.

 Kualiti gambor kurang memuaskan sebab malas nak angkut kamera yang gedabak itu....


Post a Comment