Thursday, December 29, 2011

My MIL

Acik Alyn sayang mak mertua 'dunia akhirat' Acik Alyn sama dengan Acik Alyn sayang mak Acik Alyn sendiri. Terima kasih atas nasihat mak minggu lepas. Acik Alyn akan ingat sentiasa ingat nasihat mak itu.....Walau apa pun yang terjadi Acik Alyn tetap anak mak kan

Minggu lepas masa Acik Alyn call mak, mak cerite pasal mak pergi 'cek' darah tinggi kat klinik. Sebenarnya mak 'cek' kencing manis tu sebab mak kene minum air gula. Tinggi betul. Terkejut Acik Alyn mendengarnya.

Mak, jaga kesihatan, jaga makan yang paling penting. Ubat jangan lupa makan. Makan tu kena pantang jugak. Kalau nak cek kat klinik...mak kena puasa dulu. 

My MIL memang suka simpan sume gambar2. Kalau g ke No 135 tu memang banyak la frame2 gambar kat rumah. Kalau dalam album gambar tu, mak banyak simpan gambar2 lama. Suit sangat. Gambar Acik Alyn tunang, nikah dan sanding pun mak simpan cantik2 dalam album. Terima kasih mak. Acik Alyn tetap sayangkan mak dunia dan akhirat.

#Teringat pulak laksa mak yang sedap itu...he...he

Nota betis:
-Saya dalam usaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Saya tidak akan 'zalim' terhadap diri sendiri lagi. Doakan saya ya kawan2. 
-Ada orang offer pergi umrah tahun depan tapi buat masa sekarang saya belum bersedia lagi. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Insa'allah nak pergi jugak ke sana satu hari nanti. 
-Semoga tahun 2012 akan menjanjikan 'sesuatu' yang terbaik untuk saya dan keluarga. Saya sentiasa berdoa untuk 'sesuatu' itu.
-Biarlah waktu yang menentukan segalanya kerana saya amat yakin Allah akan bersama dengan orang-orang yang sentiasa bersabar.
-♥ page Sham kamikaze,Ustaz Amin, iluvislam.com n genta-rasa.com. Bak kata seorang 'sahabat' ilmu itu hendaklah dicari, kerana ianya bertebaran merata2. Jgn sia2kan peluang yg ada kerana kita tidak tahu ble masa kita akan di jemputNya. Terima kasih 'sahabat' kerana sering mengingatkan aku yg sentiasa lalai ini. Semoga kita sama2 akan beroleh hidayah dan petunjuk dariNya. Doakan aku menjadi lebih baik dari hari semalam.........Amin.
-Ya Allah, teguhkan imanku dan kesabaranku untuk mencari keredhaanmu. Sentiasalah bukakan pintu hatiku untuk mengingatiMu.
-Akan ku jaga amanahMu sebaik mungkin sesungguhnya itulah satu2nya cahaya dalam hidupku.
Post a Comment