Monday, December 19, 2011

Marhaban perempuan la pulak

Oleh kerana Adam nangis dan ngamuk masa majlis akikah malam tu maka mak decide nak suh kitaorang bawak anak masing2 keliling2 masa marhaban perempuan sebelah pagi kenduri hari tu. 

Bukan setakat 3 orang cucu mak yang kecik2 nie yang ikut, yang dah besar2 pun sibuk jugak mengikut. Acik Alyn bawak Adam, dadie bawak Nina dan mak bawak Niaz sebab Cdah ditugaskan untuk memphotog kitaorang. Al-hamdullilah masa nie Adam dah tak menangis dah tapi tu la asyik membotol aje.

Oleh kerana nak mengikut tema, gigih Acik Alyn mencari baju kelabu untuk Adam. Nasib baik jumpa walaupun sizenya besar sikit. Ala boleh pakai lama sikit kan sayang.....




Post a Comment