Monday, December 5, 2011

Banyak cerita dalam satu hari

Buat masa nie, Acik Alyn x nak ulang baca novel 'Ombak Rindu' tu lagi sebab Acik Alyn nak pergi tengok kat wayang dulu. Tiket sudah berada di tangan cuma tinggal nak tengok aje. Dah tengok review kawan-kawan kat blog masing-masing, ada yang kata OK dan ada jugak yang kata X OK. Nak buat review sendiri.....#mood tergedik-gedik nak g tengok.


Kekadang Acik Alyn geram jugak dengan sebilangan supplier catering kat tempat keje Acik Alyn nie. Macam hari nie  my big2 bos memang big pun nak makan soto ayam++  maka Acik Alyn telah order la dengan salah satu supplier catering nie...rasanya Acik Alyn inform dengan clearnya...tup...tup hari nie yang sampai lain pulak. Apalagi mengamuk la my big boss tu. Kalau Acik Alyn dah bagi job tu tolong la buat dengan cemerlang....Kita nie nak tolong orang Melayu tapi kalau dah macam nie kan susah. Jawapannya kita sama-sama susah. Acik Alyn susah jugak sebab kene menjawab dengan dia. Terpaksa la Acik Alyn buat keputusan potong payment sikit. Bukan sekali dua buat perangai tapi dah banyak kali dah. Acik Alyn cover jugak..terpaksa. Ala Acik Alyn x dapat apa-apa manafaat pun. Jangan sampai my boss suruh black list sudah. Kalau sampai keadaan yang macam tu, memang Acik Alyn angkat tangan 'serender' x dapat nak tolong sesangat. Sementara di beri peluang nie, buatlah elok-elok. Sekurang-kurangnya syarikat sendiri jugak yang akan mendapat nama.

Teringat kata-kata seseorang kat office tadi...bila awak dah sign setuju terima jawatan tu awak kene la terima dan buat keje sewajarnya. Walaupun bukan di tujukan untuk Acik Alyn sebab Acik Alyn curi-curi dengar perbualan orang lain. Bagi Acik Alyn setiap pekerjaan ada pro dan kontranya. Walau apa pun kene terima sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita ada pendapatan sendiri berbanding orang lain yang berada di luar sana yang masih mencari pekerjaan tetap. Acik Alyn bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang warga kerajaan. Semua kerja ada yang susah dan ada yang senang. Bagi Acik Alyn kawan-kawan se'office' merupakan salah satu faktor utama untuk menjadikan pekerjaan tu BEST. Kita kena la bekerja dalam suasana yang hapi barulah mood kerja dapat diseru-seru. Bila kita stress, ada kawan-kawan yang sudi memberi telinga untuk mendengar masalah kita. Syukur kerana unit Acik Alyn semua best-best walaupun unit kitaorang mempunyai 4 orang boss yang kepalanya lain-lain.Kalau rasa nak awet muda jom la join unit kitaorang.



Nota Betis:
-Usahlah menilai dengan mata, nilailah dengan hati dan perasaan.

 
Post a Comment