Saturday, December 31, 2011

N3 terakhir di tahun 2011

Hari ini merupakan hari terakhir di dalam tahun 2011 - 31 Disember 2011. Al-hamdullilah setelah meng'drive' selama 2 1/2 jam akhirnya Acik Alyn telah sampai ke kampung untuk menggomol budak kecik di bawah. Ibu miss u la sayang.

Suka duka dalam tahun 2011 akan tersimpan dalam lipatan kenangan. Semoga semuanya akan menjadi pengalaman dan pengajaran yang paling berharga di dalam diri Acik Alyn dan keluarga. 

Azam tahun nie nak jadik insan yang terbaik dari tahun sebelumnya. Semoga Allah sentiasa bersama Acik Alyn. Doa Acik Alyn semoga Allah sentiasa bukakan pintu hati ini untuk mengingatiNya.  

Semoga tahun 2012 akan memberikan seribu kerahmatan dari Allah untuk hidup Acik Alyn dan family. Amin ♥♥




Nota Betis:
-Rebutlah 5 perkara sebelum datang lima perkara - masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebelum dilanda sakit, masa kaya sebelum masa miskinmu, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk dan MASA HIDUP SEBELUM DATANGNYA SAAT KEMATIAN.

MLM

Best2 sebab Osbon yang menang. Acik Alyn like sgt2.

Friday, December 30, 2011

Makan free di hari Jumaat

Setiap hari Jumaat makan free ja. Minggu nie memasing sibuk nak wat jamuan akhir tahun ish macam budak sekolah lak. Maka terhasillah menu seperti di bawah. Memasing bawak pot luck. 

Acik Alyn bawak telur dadar boleh tahan la tebalnya dan kerabu daging. Gigih Acik Alyn bangun pepagi memasak kat dapur. Al- hamdullilah memasing kenyang.




My peberet - bubur kacang hijau+roti. Makan 3 keping macam nie tadik....fuh seeh perut Acik Alyn.


Nota Betis:
-Esok pepagi mau pulang ke Kuantan...jumpa sayang ibu.
-Pandangan matamu tadi begitu menikam kalbu...he...he

Thursday, December 29, 2011

#mood frust gle beb

Acik Alyn sangat frust hari nie. Tapi Acik Alyn redha je kerana Acik Alyn dah berjanji dengan diri sendiri bahawa Acik Alyn akan jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Walau apa pun yang terjadi kerja tetap akan kene buat jugak...biarlah orang nak menilai kita macam mana pun janji kerja beres.

Ingat Acik Alyn nie bukannya orang yang kuat nak pegang kipas besar2 nak kipas2 orang. Be myself. Cukuplah air mata yang keluar hari ini tanda yang memang Acik Alyn nie betul2 sedih.

My MIL

Acik Alyn sayang mak mertua 'dunia akhirat' Acik Alyn sama dengan Acik Alyn sayang mak Acik Alyn sendiri. Terima kasih atas nasihat mak minggu lepas. Acik Alyn akan ingat sentiasa ingat nasihat mak itu.....Walau apa pun yang terjadi Acik Alyn tetap anak mak kan

Minggu lepas masa Acik Alyn call mak, mak cerite pasal mak pergi 'cek' darah tinggi kat klinik. Sebenarnya mak 'cek' kencing manis tu sebab mak kene minum air gula. Tinggi betul. Terkejut Acik Alyn mendengarnya.

Mak, jaga kesihatan, jaga makan yang paling penting. Ubat jangan lupa makan. Makan tu kena pantang jugak. Kalau nak cek kat klinik...mak kena puasa dulu. 

My MIL memang suka simpan sume gambar2. Kalau g ke No 135 tu memang banyak la frame2 gambar kat rumah. Kalau dalam album gambar tu, mak banyak simpan gambar2 lama. Suit sangat. Gambar Acik Alyn tunang, nikah dan sanding pun mak simpan cantik2 dalam album. Terima kasih mak. Acik Alyn tetap sayangkan mak dunia dan akhirat.

#Teringat pulak laksa mak yang sedap itu...he...he

Nota betis:
-Saya dalam usaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Saya tidak akan 'zalim' terhadap diri sendiri lagi. Doakan saya ya kawan2. 
-Ada orang offer pergi umrah tahun depan tapi buat masa sekarang saya belum bersedia lagi. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Insa'allah nak pergi jugak ke sana satu hari nanti. 
-Semoga tahun 2012 akan menjanjikan 'sesuatu' yang terbaik untuk saya dan keluarga. Saya sentiasa berdoa untuk 'sesuatu' itu.
-Biarlah waktu yang menentukan segalanya kerana saya amat yakin Allah akan bersama dengan orang-orang yang sentiasa bersabar.
-♥ page Sham kamikaze,Ustaz Amin, iluvislam.com n genta-rasa.com. Bak kata seorang 'sahabat' ilmu itu hendaklah dicari, kerana ianya bertebaran merata2. Jgn sia2kan peluang yg ada kerana kita tidak tahu ble masa kita akan di jemputNya. Terima kasih 'sahabat' kerana sering mengingatkan aku yg sentiasa lalai ini. Semoga kita sama2 akan beroleh hidayah dan petunjuk dariNya. Doakan aku menjadi lebih baik dari hari semalam.........Amin.
-Ya Allah, teguhkan imanku dan kesabaranku untuk mencari keredhaanmu. Sentiasalah bukakan pintu hatiku untuk mengingatiMu.
-Akan ku jaga amanahMu sebaik mungkin sesungguhnya itulah satu2nya cahaya dalam hidupku.

Wednesday, December 28, 2011

Mengenang kisah lalu-part ONe

Hari nie dapat berbual panjang dengan my best frenz masa kat Akaun Mindef. Kami sama2 meluah perasaan. Rindu kamu sebenarnya Noly. Walaupun KL ngan Serdang cuma sekangkang kera aje tapi tu la nak jumpa kene cari time yang sesuwei jugakan.


Rindu nak ke Mindef terutamanya ke tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja...he...he. 9 tahun kat Akaun tu banyak memorinya. Tapi ramai dah kawan-kawan seangkatan meninggalkan Mindef semenjak dapat jadik guna sama nie. Jeles i tau. Kanda ku sayang pun dah jauh ke Utara nun.


X pe la sekali-sekala kalau nak lepas rindu lalu je la depan Mindef tu...x dapat nak masuk, dapat tengok MP kat pagar depan tu pun jadi la.

Rindu kat tingkat 1 itu...hu...hu. Opsss kawasan lapang depan bangunan nie x boleh lalu sembarangan tau. Kalau lalu kat situ memang dapat malu la sebab MP akan tiup wisel.



cerita ini akan ada part by part
#mood rindu kawan-kawan lama

Wordless Wednesday

Tuesday, December 27, 2011

Hari makan sedunia

Selamat hari Isnin

Hari nie kat office adalah hari makan sedunia. Dari pagi asyik makan - makan aje. Habis la diet Acik Alyn. Cam ne nak turun lagik 5 kg nie.

Memula my officemate bawak nasi goreng+sambal ayam penyet+kek coklat. Dah membedal dah Acik Alyn pepagi lagi masa breakfast. Pas tu tengok plak sorang lagi officemate bawak durian...ha...ha memang ngau-ngau baunya. Lunch time baru la Acik Alyn berani nak bantai durian tu.

Dalam pukul 10 gitu ada lagi, my officemate pikul seguni rambutan la pulak....melantak lagi. Sampai 'seeh' la perut Acik Alyn hari nie. Diet entah ke mana...makan je melebih-lebih.

Tak kira esok kene kurangkan makan jugak. Mulai esok mau breakfast ngan oat aje. Sila percaya.

Walaupun hapi2 ngan hari makan sedunia, ada jugak dukanya hari nie. 

My boss kecik email staff dia termasuk la Acik Alyn. Boss kecik Acik Alyn bagitahu bahawa boss besar sket  aka penilai kedua SKT  email beliau yang merupakan penilai pertama SKT kitaorang. Boss besar sket  menyatakan rasa x puas hati dia terhadap boss kecik Acik Alyn kerana memberikan markah yang tinggi kepada staff bawahan dia di Unit Pentadbiran termasuklah Acik Alyn. Bukannya apa,....kekadang bengang jugak, kita nie bagai nak "MAMPUS" buat kerja yang disuruh tapi hasilnya......hu...hu

Kalau la kita x buat kerja, Acik Alyn x kisah pun kalau nak nilai dengan markah yang tidak sepatutnya kita dapat. Yang ayat tak boleh blah dalam email yang telah diforwardkan oleh boss kecik kitaorang tu ialah "bukan ke staff awak tu semua banyak menyusahkan awak sepanjang tahun 2011 nie"....hu...hu. Memang sadis la kitaorang, seolah2 kitaorang nie x de function pun kat situ.

Sebelum nie pun dah dapat cerita yang boss besar sket nie sound my boss kecik memberitahu yang tiada seorang pun kitaorang kat Unit Pentadbiran nie layak mendapat markah 90% ke atas. Kekadang rasa nak boikot je "kami nak cuti satu Unit boleh tak?. Lepas tu nak tengok apa tindakan boss besar sket tu seterusnya....mampu x nak buat sume keje kitaorang. Yang pastinya memang akan dapat sorang satu la surat tunjuk sebab memang dah trend dia cam tu.

Memang la kitaorang nie x de la belajar tinggi la sangat tapi sekurang2nya kami mampu nak buat kerja yang diarahkan. Kalau belajar tinggi2 pun tapi x boleh nak buat kerja sikit pun  x guna jugakan. Asyik nak arahkan orang aje, pas tu carik silap orang.....baik letak jawatan.

Sebagai boss besar2, nilailah sikit kerja orang bawahan nie....tak mintak dijulang2 atau dibagi anugerah cemerlang pun, tapi sekurang2nya ucaplah terima kasih. Besar nilainya ucapan terima kasih tu.

Nota Betis:
-Aku gembira ble kau gembira
-Jgn di tanya tentang rindu itu kerana ianya tidak akan ada jawapan....



Monday, December 26, 2011

Yang datang dan yang pergi

Copy from http://www.iluvislam.com


Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.

Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.

Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.

Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.

Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.

Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.

Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.

Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.

Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.

Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.

Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?

Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.

Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.

Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.
 Terima kasih kepada mereka2 yang sentiasa berada di sekeliling Acik Alyn ketika Acik Alyn susah dan senang. 

Nota Betis:
-Hadiah birthday dah beli dah....

 

Birthday Cik Erol

25 Disember setiap tahun

Hapi birthday untuk adik lelaki Acik Alyn yang sorang nie. dah umur 28 tahun pun...ble la lagik nak bagi akak ko yang sorang nie adik ipar pompuan. Calon dah ada kan?

#Mood - sabar menanti

Sunday, December 25, 2011

Smiles :)

Senyuman Adam yang sentiasa membuat hati ibu girang gumbira.
#nampak sangat malas nak mengarang citer panjang². Mood ke laut nak buat macam mana. Nanti timbul N3 merapu la pulak...ngeeee

Buat dengan jayanya

#Selamat hari Ahad

Asyik tengok editing orang aje...akhirnya Acik Alyn berjaya jugak.

Saturday, December 24, 2011

Lot of ♥

Kak Ashi dan Nina

#Selamat pagi Sabtu.


Nie je la anak buah Acik Alyn yang pompuan...yang lain sumenya lelaki.


Friday, December 23, 2011

Ringgit Malaysia yang baru

 Bahagian Hadapan Wang Kertas

Semua denominasi wang kertas siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.

Bahagian Belakang Wang Kertas 

Bahagian belakang setiap wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas.

sumber dari halaman Bank Negara Malaysia


 Nota Betis:
-saya x akan mengalah tau..ingat tu. Walaupun pengakhirannya akan mengecewakan tapi sekurang2nya saya terus mencuba. Saya bukan orang yang mudah untuk menyerah kalah walau dalam apa jua situasi.

kongsi rasa

Assallamualaikum di pagi Jumaat yang mulia ini. Mood gedik2 sebab minggu nie cuti 3 hari. Apa nak bikin hari cuti nie ek?Esok la baru fikir *___*


Nie nak berkongsi tentang satu artikel kat http://genta-rasa.com. Acik Alyn memang suka betul dengan semua tulisan Ustaz Pahrol bin Mohd Juoi nie sampaikan semua buku tulisan dia Acik Alyn dah beli. Memang menarik sangat dan mengajar banyak tentang kehidupan.

Artikel BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR


Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”


Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.


Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!


Gambar sekadar hiasan

Nota Betis:
-Mengingatimu satu kewajipan


Thursday, December 22, 2011

Miss dye la

Ibu rindu Adam sgt².

Cerita Khamis saya

Sekejap je pun dah sampai hari Khamis, esok Jumaat lak. Dari pagi sampai sekarang hujan+mendung. Hari Khamis macam biasa la pakai baju batik....bila la nak tambah koleksi batik lagi nie. Rasa² nak g Jalan TAR la nak tambah koleksi lagi. Kalau boleh nak carik batik yang tak payah gosok beriya². Ish pemalas betul ibu Adam nie..ngeeee

Tengahari tadi dapat makluman bahawa SBPA ditangguhkan buat sementara waktu. Acik Alyn dah siap sign cuma belum hantar ke Unit Sumber sahaja. Tunggu dan lihat la apa yang akan jadi seterusnya.


Mood keje hari nie sama taraf ngan cuaca. Perut pun asyik mintak isi aje nie...camne la nak turunkan lagi 5 kg. Chaiyok²....kene kuatkan hati dan tanamkan tekad untuk berjaya turunkan 5 kg lagik. Semoga usaha Acik Alyn berjaya kerana nak sahut cabaran 'someone'. TQ la bagi semangat.



Nota betis:
-Strong people know how 2 keep their life in order. Even with tears in their eyes, they still manage 2 say i'm ok with a smile.
-Semoga selamat sampai ke sana dan kembali ke sini semula
-Akan miss dia.

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday

ajaib betul.....

port kat tepi Petronas USJ 14

Al-hamdullilah selepas beberapa hari ngidam, lepas jugak hajat nak makan durian. Acik Alyn pergi kat USJ 14...makan kat sana. Layanan memang tip top la. Dari segi harga ok aje, siap boleh pilih² lagi nak harga berapa ringgit sekilo. Ada yang murah dan ada yang mahal. Tepuk dada tanya selera. Acik Alyn ambik yang mahal sket 3 biji dan yang 1 biji yang murah. Habis bedal kat situ jugak. Memang puas hati la makan durian. Paling suka durian nie kalau ada yang kucing melingkor..ha...ha.

Family Acik Alyn semuanya memang hantu durian. Pantang nampak mesti habis membedal aje. Baru nie masa Deq La kawin pakcik ada bawak durian dari Perak...ada la dalam 5-6 biji. Acik Alyn dan adik ipar siap sorok dalam stor lagik. Bukannya apa nak bukak gerai, alang kepalang..orang ramai masa kenduri tu takkan la nak pelawa semua. Memang dapat celah gigi aje.

Masa malam lepas kenduri baru la Acik Alyn dan adik ipar bocor rahsia. Pas tu mak Acik Alyn cakap "patut la semua orang tegur bau durian....tapi mak cakap mana ada durian". Malam tu dapat la kitaorang satu family membedal durian yang 5-6 biji tu.

 Kualiti gambor kurang memuaskan sebab malas nak angkut kamera yang gedabak itu....


Tuesday, December 20, 2011

Motivasi untuk diri sendiri


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Nota Betis:
-Do not give up, d beginning is always d hardest!!!!
-Orang yang tidak pernah GAGAL adalah orang yang tidak pernah MENCUBA.....
-Sudah saya katakan saya tidak akan menyerah kalah sebelum berjuang habis2an......biarlah sampai ke titisan darah yang terakhir....walaupun tidak mampu lagi mengangkat senjata namun masih boleh berdoa kepadaNya....semoga Allah sentiasa bersama saya ♥♥
 

kakak depa

Syukur kepada Allah walaupun kami adik beradik tak ada la ramai sangat hanya 6 orang sahaja 4 perempuan dan 2 lelaki namun ikatan kekeluargaan antara kami masih kuat. Sebagai kakak yang sulung Acik Alyn harap ianya akan berkekalan sampai bila². Masing-masing dah berkeluarga dan duduk jauh² pulak tu walaupun masih di dalam Malaysia.

Kadang² orang tak percaya yang Acik Alyn nie anak sulung..he...he. Itu yang paling Acik Alyn suka. May b sebab muka Acik Alyn nie kurang mecet sket kot....ha...ha.


Monday, December 19, 2011

Marhaban perempuan la pulak

Oleh kerana Adam nangis dan ngamuk masa majlis akikah malam tu maka mak decide nak suh kitaorang bawak anak masing2 keliling2 masa marhaban perempuan sebelah pagi kenduri hari tu. 

Bukan setakat 3 orang cucu mak yang kecik2 nie yang ikut, yang dah besar2 pun sibuk jugak mengikut. Acik Alyn bawak Adam, dadie bawak Nina dan mak bawak Niaz sebab Cdah ditugaskan untuk memphotog kitaorang. Al-hamdullilah masa nie Adam dah tak menangis dah tapi tu la asyik membotol aje.

Oleh kerana nak mengikut tema, gigih Acik Alyn mencari baju kelabu untuk Adam. Nasib baik jumpa walaupun sizenya besar sikit. Ala boleh pakai lama sikit kan sayang.....




Tragedi kek

Nie nak stori mori sikit pasal tragedi kek sebelum majlis Deq La.  Macam biasa tugas Acik Alyn memang tukang beli barang² untuk masak lauk pengantin dan jugak mengambil kek.

Acik Alyn pergi dengan adik Acik Alyn yang polis tu. Memula Acik Alyn pergi ambik kek kat kedai kek resipi rahsia....pas tu barulah Acik Alyn pergi ke kedai kek yang satu lagi nak ambik kek yang dua tingkat. Pengantin tempah kek dua tingkat untuk majlis dia. Dah la hujan masa tu. Acik Alyn pergi la tanya kat kedai kek tu sambil tunjuk resit. Pekerja kat kedai tu cari dekat 10 minit jugak la. Acik Alyn dah panas nie. Pas tu ada ke patut pekerja kat situ bagi tahu Acik Alyn 'boleh tak datang pukul 5 petang? Kek tu tak siap lagi la"...dah la dengan nada yang kasar. Kalau say sori Acik Alyn x kisah pun. Bayangkan time tu baru pukul 4.oo petang. 


Sejam lagi Acik Alyn kene tunggu. Apalagi masuk kereta Acik Alyn bagitahu kat adik Acik Alyn yang polis tu....Acik Alyn dah bengang dah.. Kat resit siap-siap dah tulis siap pukul 3.oo petang. Susah sangat ke nak mintak maaf ngan customer. Berapa kerat sangat la kedai kek kat Kuantan tu..


Pas tu adik Acik Alyn yang polis tu pulak yang pegi kat kedai tu. Bayangkan tak sampai 15 minit kek tu dah siap. Memang adik Acik Alyn bambu je staff kat situ.... Adik Acik Alyn tu polis memang la nampak ganas sikit berbanding Acik Alyn nie. Adik Acik Alyn siap bagitau memang pekerja kat situ kurang hajar sikit.....


Tolong la jaga customer kalau nak maju.

Sunday, December 18, 2011

Review filem Ombak Rindu

Lupa la pulak nak buat review pasal filem yang di sebut-sebut orang nie. Akhirnya dapat jugak Acik Alyn pergi tengok filem nie walaupun banyak kali bertangguh. Bagi Acik Alyn yang peminat tegar novel-novel sentero alam nie, cerita ombak rindu nie OK la. Baca novel lagi syahdu syahdan. 

Bang Aaron Aziz Acik Alyn salute la....watak yang sesuai dengan dia. Romantik habis. Cuma Acik Alyn tak berapa minat ngan Maya Karin sebagai watak Izzah...he..he. Setiap orang lain dia punye pandangan kan. Lagu kat dalam filem ombak rindu nie memang best. Ada jugak bab yang sedih tapi tak de la sampai kuar ayaq mata.

Lepas nie Acik Alyn nak baca novel ombak rindu untuk ke sekian kalinya...nak sedih²..nak nangis²...nak kuar air mata sebab tengok wayang acik Alyn x nangis pun.





Lirik Lagu Lara Lagi - Adira

Hanya sampai di sini sahaja

Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini

Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu

Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu

Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita

Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia... 

Nota Betis: 
-saya nak ikut awak pergi sana la. Ada sesuatu yang mengamit rasa....hati bagai di gamit2 nak ke sana. Saya pun x tahu kenapa tapi saya nak ikut jugak. Semoga Allah mendengar niat hati saya...he...he

i ♥ Sunday

Kalau hari Ahad hari-hari, rasanya senyum sampai telinga. Bukannya apa boleh rilek-rileks macam la hari lain tak boleh nak rilek-rilek. Masa nie la nak buat aktiviti yang kita suka.  

Macam Acik Alyn nie memang suka baca novel. Masa nie la nak golek-golek baca novel. Berlambak lagi stok novel yang kena habiskan....Asyik membeli aje, bab membaca pending dulu, tapi bila baca review kawan-kawan geng novel kat Facebook mula hati nie gedik-gedik nak habiskan baca semua novel2 tu. Itu pun ada hati lagi nak tambah stok baru.

 rindu budak nie...


Nota Betis:
-Nak tengok wayang ari nie...

Saturday, December 17, 2011

aplikasikan ilmu

Dulu2 masa Acik Alyn kerja kat tempat lama Mindef with luv, Acik Alyn join puspanita. Hari tu Puspanita ada anjurkan kelas jahitan langsir selama beberapa minggu. Ingat lagi masa tu Acik Alyn ajak member-member Acik Alyn join sama tapi diaorang sume  x nak, tapi Acik Alyn tekad nak belajar jugak. Sebabnya kalau belajar menjahit kat luar memang kena bayar mahal sesangat. Oleh kerana masa tu jadik ahli Puspanita maka bayar pun separuh saja dari harga kos. Dah la bayar separuh,ansuran pulak tu.


Al-hamdullilah sekarang ilmu tu berguna jugak untuk diri sendiri. Buat setakat nie Acik Alyn tak pernah lagik la tempah langsir ngan orang. Acik Alyn buat langsir untuk family dan diri sendiri sahaja....untuk orang sori la memang Acik Alyn x sanggup. Acik Alyn nie menjahit ikut mood.

Majlis akikah Niaz dan Adam

Lepas majlis nikah Deq La malam tu, family buat majlis akikah untuk Niaz dan Adam. Niaz ok je diam....Adam lak melalak. Adam demam nak buat macam mana. Kesian anak ibu kan.... 

Friday, December 16, 2011

Deq La nikah

Pada hari Sabtu bersamaan 10 Disember 2011, adik bongsu Acik Alyn telah selamat bernikah dengan kekasih hati dia Yang Khaidir bin Nasir. Al-hamdullilah selamat semuanya...Walaupun hujan lebat namun majlis telah berlangsung dengan jayanya.....Dapat adik ipar orang jauh pulak kali ni Acik Alyn..nun jauh di utara...orang Padang Besar.

Semoga berbahagia hingga akhir hayat

Demam SBPA

Hari nie kat office dah macam pasar malam...Diaorang reramai ambik borang untuk Opsyen SBPA dan opsyen umur 60 tahun. Acik Alyn belum sign lagik tapi keputusan dah buat pun. Tunggu mood nak sign. Keputusan Acik Alyn muktamad sebabnya dah siap kira berapa kenaikan gaji lagi. Al-hamdullilah rezeki Adam la tu....

Macam-macam spekulasi kat office nie...ikut la kata hati. Kalau rasa itu yang  terbaik untuk diri kita maka buatlah keputusan yang sewajarnya dan pastikan yang terbaik untuk diri sendiri. Tak ada orang akan memaksa. 

Namun bersyukur dengan apa yang ada....bukannya senang sekarang nak berkhidmat dalam 'gomen'. Barangsiapa yang dah dapat kerja ngan 'gomen' tu buatlah kerja betul2. Pastikan rezeki yang kita dapat adalah rezeki yang halal. Amin.


Thursday, December 15, 2011

M besar-besar

#mood kemalasan untuk meng'hapdet' blog sedang melanda....tersangat2 la malasnya...ngeeeee

 my lil Adam.....ibu sayang Adam sokmo-sokmo


Nota Betis:
-kadang-kadang jadik keliru, jadik x faham...entahlah
-so close and still so far...ermmmmmmm

 

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday

Tuesday, December 13, 2011

*_____*

Lagi beberapa hari lagi  dah sampai ke tahun 2012. Usia pun akan makin bertambah. Nak buat macam mana, itu memang dah ketentuan. X kan nak selamanya muda kan...sekurang-kurangnya kene tingkatkan amal ibadat lagi.


Dah kembali ke kota batu ini semula dan akan memulakan rutin harian kembali esok. Mengenang saat2 berkumpul bersama family...memang best la. Nanti akan cerita ceriti tentang majlis yang telah berlangsung.

Tinggal sorang je lagi adik Acik Alyn yang belum naik pelamin....lelaki pulak tu. Bila la masanya akan tiba. Semua ahli keluarga menanti saat itu :)


Nota Betis:
-Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkanlah, pasakkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya. Jangan sekali-kali Kau biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu dan melupakan-Mu. Kuatkan hati ini wahai Tuhan.

Monday, December 12, 2011

selesai sudah

#Mood penat sesangat


Al-hamdullilah majlis perkahwinan adik Acik Alyn telah selamat berlangsung semalam. Di tambah dengan my 'handbag' yang tidak sihat ..fuh mencabar betul.

Friday, December 9, 2011

Salam Pagi Jumaat

Acik Alyn sangat sibuk minggu nie.....semalam dah kene p ambik bahulu kat Ulu Langat. Dah la hujan lebat+jauh pulak tu, memang mencabar kesabaran betul. Hari nie nak balik ke kampung dengan membawa muatan yang memenuhi kereta....nak buat macam mana adik yang nak kawin, terpaksa la buat ek.....


Susah hati my lil Adam x sihat...may b nak beralih bulan. Harap2 Adam cepat sihat. Malam esok nak buat cukur jambul dengan baby Niaz. Luv u anak ibu.

Nota Betis:
-masih x selesai pasal isu SBPA lagik.....sign opsyen dari 16-31 Disember 2011. Semoga dipermudahkan segala-galanya.

Thursday, December 8, 2011

Birthday Tuan Pengarah

# Malas nak menulis :(


Semalam birthday big boss...jadiknya big boss banjer semua kitaorang kat Bahagian Pengurusan. Like...like



 

Nota Betis:
-Taklimat SBPA.....syukran