Saturday, November 19, 2011

Inai kontrovesi

Acik Alyn pakai inai nie masa Deepavali hari tu. Masa tu Acik Alyn teman adik p beli something untuk  wedding dia....maka ternampak la satu kiosk kat Jalan TAR yang buat inai nie. Maka dengan rela hati Acik Alyn menyerahkan tangan sebelah kiri untuk didesignkan. Iyalah masa nikah dolu-dolu tak pernah nak rasa jadi perasaan 'TERINGIN' tu ada. Rasa macam jari tu cun aje :)

semasa inai belum kering

hasilnya

TETAPI

bile Acik Alyn naik kat Office, Acik Alyn dapat ceramah free dari seorang sahabat. Acik Alyn sedar akan kekhilafan Acik Alyn, lepas nie dah x buat dah.  Terima kasih sahabat kerana mengigatkan Acik Alyn.....

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu'alam...

* Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .


Post a Comment