Wednesday, November 16, 2011

dunia sekarang

Takut betul hidup di zaman sekarang nie. Macam-macam terjadi. Al-hamdullilah Acik Alyn dikurniakan keluarga yang paling best dalam dunia. Dengan didikan mak dan abah, masih lagi mengenal dosa dan pahala, masih tahu untuk membezakan dosa dan pahala.

Bila baca paper, tengok buang baby sana, buang baby sini. Senang betul. Kesian kat baby tu. Terfikir jugak macam mana la perasaan bila buang baby......x de mimpi yang buruk2 ke. Baby punye la comel dibuang merata-rata. Kalau x nak baby tu carikan la baby tu keluarga angkat. sekurang-kurangnya hidup baby tu akan terbela.....Ada orang punya la susah nak dapat baby, sampaikan buat macam-macam treatment. Sadis sungguh.

Acik Alyn pernah pergi melawat ke satu rumah perlindungan untuk anak-anak gadis yang mengandung anak 'unmaried'. Masa tu ada lebih kurang dalam 9 orang yang memboyot2. Tapi sory la nak cakap walaupun mereka tgh mengandung memboyot2 anak 'unmaried' perangai still kurang ajar sgt2. Macam x de perasaan menyesal pun. Acik Alyn punye le kesian tengok sebab mereka still muda belia lagi. Tak tahu la macam mana perasaan mereka. Balik rumah Acik Alyn siap nangis2 lagik sebab sedih sgt tengok keadaan mereka.

Tapi tu la kalau terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau dah terlajak perbuatan buruk padahnya.  


Untuk perempuan2 yang ada di luar sana, janganlah mudah sangat percaya lelaki kerana bagi Acik Alyn lelaki no hal, perempuan yang akan menanggung akibatnya. Lelaki boleh buat macam2....perempuan nie kalau dah jadik macam tu nak buat macam mana...menyesal pun dah x guna. Kalau lelaki tu nak kahwin dengan kita x pe jugak tapi kalau yang x bertanggungjawab macam mana....Tambah pulak kalau lelaki tu cerita yang bukan2 lagi la parah. Jaga maruah kita sebagai perempuan.


Lagi satu perempuan yang mudah sangat send photog yang bukan2. Macam-macam sekarang nie. Kalau dapat kat orang yang tidak bertanggungjawab, mereka akan sebarkan photog2 tu...sape yang malu. Bayangkan kalau mak ayah kita tetiba tertengok gambar anak macam tu macam mana....malu mereka. Mana nak letak muka.


Sekurang-kurangnya kalau buat sesuatu benda yang x senonoh tu, fikirlah MAK AYAH dulu. Jagalah hati dan perasaan mereka kerana MAK AYAH hanya ada SATU sahaja dalam dunia nie.


Family bahagia saya. Luv them forever.

Al-hamdullilah sgt2, Allah telah menganugerahkan Acik Alyn anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit atau harta benda di dunia ini,  hadirnya Muhammad Adam Harith. Buah hati ibu sampai bila-bila. Buah hati Atuk dan nenek jugak ek.
 
Post a Comment