Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday

++senyum saja++

Tuesday, November 29, 2011

Ombak Rindu

Bagi peminat TEGAR novel macam Acik Alyn cerita adaptasi dari novel Ombak Rindu nie memang di nanti2kan walaupun x berapa nak minat dengan Maya karin yang melakonkan watak Izah tu...harap2 menjadi la Maya karin bawak watak Izah. Asalkan ada bang Aaron Aziz pun dah kira OK la. Tapi kan Acik Alyn nak ajak spe ek nak layan citer nie. Dulu kalau Acik Alyn layan novel nie memang berjurai-jurai air mata....Acik Alyn kan sangat menghayati watak, siap membayangkan diri sendiri jadik Izah lagik..ngeeee



 LAGU OST OMBAK RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Nota Betis:
-Tadi ada sambutan Maal Hijrah kat Sepital. Al-hamdullilah sempat jugak nak menghadirkan diri.

baru sampai :)

#Mood baru sampai dari kampung dan ada hati nak apdet blog memalam buta.

Setelah drive 3 jam x henti akhirnya Acik Alyn sampai kembali ke kota batu ini. Semoga tahun baru hijrah ini akan memberi 1000 kerahmatan dan keberkatan dalam hidup Acik Alyn dan family. Harap2 apa yang Acik Alyn impikan akan tercapai di tahun 1433H ini. Amin Ya Rabal Alamin.

"pada jalan yang berliku, moga Allah luruskan langkahku, tika langit dunia runtuh, moga Allah teguhkan akidahku, tika kesusahan datang, moga Allah kuatkan hatiku, tika hati dilanda gelisah, moga Allah curahkan ketenangan dalam diriku."

Monday, November 28, 2011

Bila anak ibu dah semakin bijak

Semalam kat umah mak buat bacaan Yasin dan mesyurat untuk kenduri kawin Deq La. Kene la masak2 sikit. dari hari Sabtu dah sibuk beli-beli barang. Anak ibu dah semakin bijak...1 hari x tido, asyik nak berkepit aje ngan ibu. Puas nak bagi tido tak nak dia. sampai ke malam cam gitu. Agaknya dia dengar bising2 suara orang kot. Semakin bijak anak ibu yang sorang nie. Kalau gelak mengekek2.

-hu..hu ambik gambar via my phone. X boleh nak transfer ke lappy. Adakah itu petanda akan membeli phone baru. Teringin nak beli tapi biarlah dulu...tunggu $ turun-

Nota Betis:
-Petang karang dah nak pulang ke KL..sob...sob

Sunday, November 27, 2011

1st n3 kat tahun baru

Saturday, November 26, 2011

Hari terakhir di 1432H

Al-hamdullilah Acik Alyn dah sampai ke kampung dan dah hilang rindu pun kat my lil Adam. Nasib baik hari nie cerah je tapi jem sikit kat Karak tadi...ada lori terbalik.



My lil Adam..dah pandai menerap pun anak ibu. Nanti cepat2 jalan pulak ye sayang


Hari nie merupakan hari terakhir dalam tahun 1432H.

 -azam Acik Alyn nak jadik muslimah yang terbaik. Cuba untuk memperbaiki diri, muhasabah diri.....-


DOA AKHIR TAHUN
 
Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:
 
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:


Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
 




muka suci di akhir tahun 1432H

Mari melipat kain

#Selamat pagi


Pagi2 lagi selepas subuh acik Alyn dah memulakan misi 'melipat kain' yang setimbun tu. Banyak betul, maklumlah baru balik kursus hari tu mendobi baju+hari-hari hujan. Lega rasanya dah siap. Lepas nie boleh la bersenang hati balik ke kampung. Miss my lil Adam soooo much. Tunggu ibu balik jap g ek.

Friday, November 25, 2011

Aku kakak dia adik


Berhubung dengan perkara tajuk dimaklumkan bahawa Acik Alyn adalah kakak sulung kepada 5 orang adik. 3 pompuan dan 2 lelaki tapi Acik Alyn adalah kakak yang paling mithali masuk bakul angkat sendiri. Gambar di atas merupakan gambar Acik Alyn dengan adik bongsu Acik Alyn yang berbeza usia 9 tahun...sori la orang selalu cakap yang 'my face' nampak muda, may be Acik Alyn nie jenis orang yang hapi go lucky sokmo. 2 minggu lagik adik bongsu ku ini akan bertukar status menjadi 'bini orang'. Jangan di tanya kenapa Acik Alyn rendah dan adik Acik Alyn semuanya tinggi2...dah kejadian Allah, Acik Alyn terima dengan redha :).


kami adik beradik
-adik ipar Acik Alyn ina-Acik Alyn-adik no 3 Cdah-adik no 4 Dadie-adik bongsu Deq La-



Rutin tahunan

Rutin tahunan kali yang ke 12 dah. Setiap tahun mesti di WAJIBKAN isi borang SKT nie...kalau x alamat x naik gaji la jawabnya. Walaupun dah mengisinya untuk kali 12 tapi still lagi blur2 apa yang nak diisi, apa yang ditulis...hu...hu.

still lagik x siap walaupun tarikh nak hantar pada 30 November 2011. Kene isi secara berjemaah dengan kawan2 yang lain baru la cepat siap. :)

Thursday, November 24, 2011

Tenang yang dicari

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelma. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!
Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat.  Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

CARILAH HATI YANG SEJAHTERA

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah 'syurga dunia' sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.

IMAN MAMPU MENAMPUNG KEKURANGAN

Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.

Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya.  Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.

Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.

Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.

Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!

KUALITI HATI

Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.


artikel from------->http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/2193-tenang-yang-dicari.html


"Tidak ada ketenangan kecuali dengan menyendiri (uzlah). Tidak ada rasa aman kecuali dengan kepatuhan. Tidak ada rasa sayang kecuali dengan menepati janji. Tidak ada kepercayaan kecuali dengan kejujuran."

Nota Betis:
-Allah Maha Mendengar, Maha Mengabulkan doa dgn cara yg dikehendaki-Nya, dalam bentuk yg dikehendaki-Nya dan dalam waktu yg dikehendaki-Nya. Amin-amin Ya Rabal Al amin.
-Tahun baru hijrah adalah masa yang sesuai untuk berubah.
-Ya Allah, jadikanlah aku, keluargaku, zuriatku dan keturunanku hamba2Mu yang taat serta beristiqmah dalam mencari redha Mu.

Al-Fatihah

Tetiba Acik Alyn teringat dengan arwah FIL. Semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah. Paling best tentang arwah abah nie ialah mee bandung dia. Memang sedap.....dah x dapat rasa dah sekarang.

-semuanya hanya tinggal kenangan-


Wednesday, November 23, 2011

Kau bernama kekasih

 photog di atas photo masa hari raye hari tu.
Baru balik dari umah my MIL tu yang mata bengkak....My MIL buat Acik Alyn sedih sangat2. Tetap sayang mak sampai bila2.


KAU BERNAMA KEKASIH BY SALEEM

jelingan di matamu
senyuman di bibirmu
keayuan wajahmu
sopan santun tingkahmu

merasuk dan menggoda
meracau dan menjelma
melambai dan membelai
asyiknya tak terkata

[chorus]
tidur malamku tak lena
tidur siang wajahmu menjelma
lelap mata terkejut terjaga
entah mengapa

larut ku dalam pesona
hanyut aku didalam igauan
makan minum tiada keruan
aduh sakitnya

ingin hati denganmu berdua
hidup bersama
dalam suka dan indah berdua
kekal bahgia

merdunya suaramu
manja gurauanmu
eloknya bahasaamu
lembutnya bicaramu

tiada yang kedua
ataupun yang ketiga
hanya kau selamanya
satu dan selamanya

tidur malamku tak lena
tidur siang wajahmu menjelma
lelap mata terkejut terjaga
entah mengapa

larut ku dalam pesona
hanyut aku didalam igauan
makan minum tiada keruan
aduh sakitnya

ingin hati denganmu berdua
hidup bersama
dalam suka dan indah berdua
kekal bahgia

♥♥♥♥♥♥
-kekasih hati ibu- 
Muhammad Adam Harith
♥♥♥♥♥♥

Wordless Wednesday

Rindu mau BBQ same my family..

Tuesday, November 22, 2011

Wafi Naufal

#dalam hujan yang lebat dengan siaran Astro -services currently not available-

Teringat hari tu, perbualan Acik Alyn ngan anak buah sayang Acik Alyn yang sorang nie via phone


Acik Alyn: Ogy buat ape tu
Ogy: Main dengan Adam la
Acik Alyn :Main ape
Ogy : Main muzik2 la, main menari
Acik Alyn :Ape
Ogy :Iye la Cik Lyn Ogy main ngan Adam
Acik Alyn: Adam gelak x?
Ogy:Mesti la Adam gelak
Acik Alyn: Baby Niaz mne
Ogy :Ala baby Niaz tu asyik tido aje. Ogy suke main ngan Adam
Acik Alyn: Ok la bai bai

nie la anak buah Acik Alyn yang selalu buat Acik Alyn geram aje...banyak betul bercakap. Ogy nie memang suke sangat main ngan Adam...meng'kekek' budak Adam tu gelak. Anak buah Acik Alyn nie namenya Wafi Naufal tapi deq kerana abang dia suka sangat tengok katun yang nama OGY kat TV9 tu maka lekat nama panggilan OGY kat wafi Naufal nie.

Nota Betis:
-Meeting tadi dapat satu pertambahan tugas hakiki....x pe la cube buat yang terbaik untuk my self.


you're on candid camera


Senyum sorang2 ble Acik Alyn tengok gambar2 candid nie. Like sangat-sangat.


Monday, November 21, 2011

syukur sangat2

Al-hamdullilah Acik Alyn telah kembali  dari pertapaan selama 4 hari kat Impian Morib. Jauh sangat p kursus pun...ngeeee. Entah cam ne kali nie x de mood sgt2 nak berswim2 bagai apatah lagik nak berphotog. Ala-ala sibuk berkursus. Dapat jugak banyak ilmu pengetahuan yang selama nie memang zero to hero....sudah tahu nak bezakan KEW-PA dan KEW-PS. Walaupun selama nie jadik pemverifikasi stor setiap tahun memang tapi dia punye step memang x tahu.


Kat kursus nie kitaorang buat grouping. Memang setiap masa ada kerja berkumpulan. Nasib baik ahli group semuanya mebeles. TQ atas kerjasama korang. Kursus nie siap ada test bagai. Yang hapinya Acik Alyn dapat markah yang paling tinggi vangga dengan diri sendiri. 

Tapi ada perkara yang sangat2 Acik Alyn bersyukur sangat....ada kakak tu cerita keje2 yang dia buat. Melopong sekejap Acik Alyn sebab akak tu buat kerja macam2. Berat sangat dan pelbagai aka macam-macam. Terasa sangat akak tu kene buli dengan bebudak kat tempat keje dia. Memang kesian sgt2. Ada 10 tahun lagik nak service tapi kalau kene buli buat keje macam2 macam tu Acik Alyn x sanggup, sampaikan Acik Alyn bagitau akak tu suh aply posting aje. Syukur dengan keje Acik Alyn kat sepital, sekurang-kurangnya x de la kene buli....Kawan2 seunit Acik Alyn pun memang sekepala...


Esok nak kembali ke tempat kerja dengan semangat baru...ngeeeeee


Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati..
Ya Allah Ya Tuhanku tetapkanlah hatiku untuk sentiasa mengingatiMu. Amin. 
 

kembali ke tempurung itu

Sudah kembali dari pertapaan....



Sunday, November 20, 2011

Sama-sama sengal

Sebenarnya kita menghabiskan separuh dari masa kita bersama-sama kawan2 di office. Macam Acik Alyn nie masuk office pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.30 petang. Breakfast, lunch, gossip, luah perasaan semuanya bersama kawan-kawan. Kekadang kalau salah sorang kawan2 kita x datang office MC ke EL ke cuti ke rasa sangat kesunyian hilang seorang kawan pada hari itu. Al-hamdullilah hidup Acik Alyn di kelilingi kawan-kawan yang baik. Sayang korang. Sengal tapi beh sgt.

Kalau Acik Alyn posting mesti rindu kat korang sangat-sangatkan...ngeeeee.



paling best bile time kutuk TP kaw-kaw...opssss


Saturday, November 19, 2011

Inai kontrovesi

Acik Alyn pakai inai nie masa Deepavali hari tu. Masa tu Acik Alyn teman adik p beli something untuk  wedding dia....maka ternampak la satu kiosk kat Jalan TAR yang buat inai nie. Maka dengan rela hati Acik Alyn menyerahkan tangan sebelah kiri untuk didesignkan. Iyalah masa nikah dolu-dolu tak pernah nak rasa jadi perasaan 'TERINGIN' tu ada. Rasa macam jari tu cun aje :)

semasa inai belum kering

hasilnya

TETAPI

bile Acik Alyn naik kat Office, Acik Alyn dapat ceramah free dari seorang sahabat. Acik Alyn sedar akan kekhilafan Acik Alyn, lepas nie dah x buat dah.  Terima kasih sahabat kerana mengigatkan Acik Alyn.....

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu'alam...

* Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .


Friday, November 18, 2011

:P

Hati bertenanglah kamu walau menghadapi dugaan yang sebesar lautan. Semoga kesabaran akan mengiringi segala-galanya.


Gambar hiasan - PeaceNoWar
"ketika berkelah kat Hulu Langat ngan my officemate"

Thursday, November 17, 2011

Akhirnya keluar dari bawah tempurung jugak

Dah lama x berjalan sambil menarik beg merah itu yang beli kat Langkawi sedondon dengan bebudak office Akaun Mindef. Akhirnya esok akan menarik beg itu sambil menaiki kereta Jabatan menuju ke Morib dengan tujuan menghadiri kursus selama 4 hari.
Nie namanya kursus habiskan budget. Kalau x kene jugak menghadirkan diri selama beberapa jam pada hari Sabtu kat sepital untuk mendengar sambil mengantuknya mata ke Kursus Refresh MS ISO.

Selamat ye kawan-kawan seoffice kat department Pengurusan, kita dah odekan makanan best punye yang confirm lepas makan mata pun akan stim lepas tu LELAP.  Jumpa korang hari Selasa ek....Jgn rindu Acik Alyn.

50-50

Kak Da sudah booking Acik Alyn  mau training netball.....Waduh2, macam mana nie....still fikir lagik. Kene buat keputusan yang terbaik. Insaayallah Kak Da adikmu nie still mau main netball lagik, itupun kalau berat badan ini tidak bertambah kilo lagik...ngeeeee. Nak jersey warna pepel itu ek. Nanti kite nak tempah.

 
Pelawat dari Hospital Jawa Barat Indonesia itu sudah datang hari ini. Mengikut jadual sepatutnya kedatangan mereka akan disambut secara besar-besaran VIP esok pagi tup-tup hari nie waktu lunch sudah sampai. Gimana gitu pak....Kelam kabut sume orang. Itu la kan menyusahkan sume orang kalau plan asal tidak difollow.

Nota Betis:
-Hapi birthday Kak L. Semoga terus ceria2.

Wednesday, November 16, 2011

dunia sekarang

Takut betul hidup di zaman sekarang nie. Macam-macam terjadi. Al-hamdullilah Acik Alyn dikurniakan keluarga yang paling best dalam dunia. Dengan didikan mak dan abah, masih lagi mengenal dosa dan pahala, masih tahu untuk membezakan dosa dan pahala.

Bila baca paper, tengok buang baby sana, buang baby sini. Senang betul. Kesian kat baby tu. Terfikir jugak macam mana la perasaan bila buang baby......x de mimpi yang buruk2 ke. Baby punye la comel dibuang merata-rata. Kalau x nak baby tu carikan la baby tu keluarga angkat. sekurang-kurangnya hidup baby tu akan terbela.....Ada orang punya la susah nak dapat baby, sampaikan buat macam-macam treatment. Sadis sungguh.

Acik Alyn pernah pergi melawat ke satu rumah perlindungan untuk anak-anak gadis yang mengandung anak 'unmaried'. Masa tu ada lebih kurang dalam 9 orang yang memboyot2. Tapi sory la nak cakap walaupun mereka tgh mengandung memboyot2 anak 'unmaried' perangai still kurang ajar sgt2. Macam x de perasaan menyesal pun. Acik Alyn punye le kesian tengok sebab mereka still muda belia lagi. Tak tahu la macam mana perasaan mereka. Balik rumah Acik Alyn siap nangis2 lagik sebab sedih sgt tengok keadaan mereka.

Tapi tu la kalau terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau dah terlajak perbuatan buruk padahnya.  


Untuk perempuan2 yang ada di luar sana, janganlah mudah sangat percaya lelaki kerana bagi Acik Alyn lelaki no hal, perempuan yang akan menanggung akibatnya. Lelaki boleh buat macam2....perempuan nie kalau dah jadik macam tu nak buat macam mana...menyesal pun dah x guna. Kalau lelaki tu nak kahwin dengan kita x pe jugak tapi kalau yang x bertanggungjawab macam mana....Tambah pulak kalau lelaki tu cerita yang bukan2 lagi la parah. Jaga maruah kita sebagai perempuan.


Lagi satu perempuan yang mudah sangat send photog yang bukan2. Macam-macam sekarang nie. Kalau dapat kat orang yang tidak bertanggungjawab, mereka akan sebarkan photog2 tu...sape yang malu. Bayangkan kalau mak ayah kita tetiba tertengok gambar anak macam tu macam mana....malu mereka. Mana nak letak muka.


Sekurang-kurangnya kalau buat sesuatu benda yang x senonoh tu, fikirlah MAK AYAH dulu. Jagalah hati dan perasaan mereka kerana MAK AYAH hanya ada SATU sahaja dalam dunia nie.


Family bahagia saya. Luv them forever.

Al-hamdullilah sgt2, Allah telah menganugerahkan Acik Alyn anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit atau harta benda di dunia ini,  hadirnya Muhammad Adam Harith. Buah hati ibu sampai bila-bila. Buah hati Atuk dan nenek jugak ek.
 

Wordless Wednesday

Bila hati kata sayang

Tuesday, November 15, 2011

sabar je la!!!!!

ISLAM menuntut umatnya supaya sentiasa bersabar. Setiap dugaan dan halangan hidup seharian perlu ditempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Umpamanya apabila ditimpa kemalangan atau musibah, hendaklah menyerahkan diri dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Sikap sabar akan memberi ganjaran kepada manusia baik di dunia atau akhirat. Ini dijelaskan dalam al-Quran bahawa setiap kebaikan itu walaupun sebesar zarah akan mendapat balasan dan ganjaran baik. Begitu jugalah ganjaran terhadap sifat sabar kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT dan membuat kebajikan. Allah menjanjikan balasan yang baik dan kemenangan yang besar bagi orang-orang yang sabar.

Sabar adalah antara sifat orang-orang Mukmin dan menjadi salah satu amalan soleh. Orang yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Ini seperti firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikit pun...” (QS An-Nisa:124).

Justeru, hendaklah kita berlumba-lumba membuat kebaikan seperti bersedekah, menolong orang dan ringan dalam mengerjakan amal ibadat. Begitu juga dalam hal berkaitan sifat sabar, terutama ketika berhadapan dengan masalah seharian. Pergaulan dengan jiran, rakan dan saudara mara perlu dijaga dengan baik. Sekiranya timbul perbalahan, ianya perlu ditangani dengan adil, saksama dan penuh kesabaran. Kehilangan sifat sabar hanya akan mengeruhkan keadaan, bukan menyelesaikan masalah. Sifat sabar membuktikan kewibawaan, peribadi dan ciri Muslim sejati serta mulia. Belajarlah menghormati jika kita mahu diri dihormati dan disegani orang lain.
Ganjaran sabar di dunia ialah mendapat kemenangan dan kejayaan hidup dalam menegakkan kebenaran Allah. Firman Allah bermaksud: “Ya, cukuplah jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka akan datang menyerang kamu seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.” (QS Ali Imran: 125).

Orang bersabar terhadap ujian Allah SWT dan sebarang kesusahan dalam mempertahankan keimanan amat dikasihi Allah serta diberikan kurnia yang banyak. Akhirnya hidup kita akan dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan sepanjang masa. Begitu juga orang yang kuat dalam kesabaran kerana mempertahankan keimanannya juga akan mendapat keuntungan. Firman Allah bermaksud: “Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka...” (QS Ali Imran: 170).

Sebenarnya pelbagai ganjaran dan balasan akan diberikan oleh Allah kepada orang bersabar. Ini kerana melalui sifat sabar akan membentuk jiwa yang kuat dan mental yang berani untuk menghadapi segala cabaran dan peristiwa yang boleh mengganggu gugat keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Ganjaran besar seterusnya menunggu orang yang sentiasa sabar dengan ujian Allah pada hari akhirat. Diketahui bahawa keuntungan, kesenangan, harta benda dan wang yang banyak yang diperoleh di dunia hanyalah sementara. Sebaliknya keuntungan dan kebahagiaan pada akhirat akan kekal dan abadi. Perkara inilah yang akan dinikmati oleh golongan beriman dan sabar dalam keimanannya. Ini dapat dihayati melalui maksud firman Allah: “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS Ali Imran: 200).

Allah menyediakan tempat kembali yang mulia dan mengangkat kedudukan hambaNya yang sabar dan beriman ke tempat yang terpuji beserta para anbiya dan salaf al-soleh. Mereka inilah yang akan menerima catatan amal di sebelah kanan dan mendapat layanan sempurna pada akhirat kelak iaitu dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran.
Hikmah sifat sabar dapat kita pelajari melalui ayat-ayat Al-Quran sepertimana berikut:

“Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kelak akan kami masukkan ke dalam syurga...” (QS An-Nisa: 122)

“Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya...” (QS Al-An'am: 160)

“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (QS Hud: 11)

Jelaslah, sabar adalah sifat yang membawa kebajikan. Malah Allah SWT memberikan pahala bagi orang yang membuat kebajikan dengan ganjaran berkali-kali ganda. Orang yang sentiasa bersabar akan mendapat keampunan daripada Allah SWT terhadap segala dosa yang pernah mereka lakukan dengan pahala yang besar. Oleh itu, sentiasa ingat bahawa sabar itu sebahagian besar dari iman agar hidup kita sentiasa bahagia dan sejahtera.

copy from------>http://www.one-ummah.net/kuliah/akhlak/190-hikmah-disebalik-kesabaran.html


Selagi Acik Alyn boleh bersabar, Acik Alyn akan bersabar tapi tolonglah janganlah mereka2 cerita yang bukan2 tentang Acik Alyn.... janganlah oleh kerana nak menutup kesalahan yang dilakukan, habis mengaitkan Acik Alyn sekali. Sampai bila.......Acik Alyn sentiasa berdoa..sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha mengetahui segala-galanya. Semoga satu hari nanti kebenaran akan terbukti.#mood kecik hati sangat2

Monday, November 14, 2011

dah nak kene tukar dah....

Dah lama dah Acik Alyn guna header nie....rasanya sejak berblogging sejak Oktober tahun 2008 walaupun sekejap ON sekejap OFF berblogging rasanya baru 2X Acik Alyn tukar header kat blog nie. Nanti la nak godek Adobe Photoshop nak buat header baru. Yang pasti still lagi mengekalkan my faveret kale' pepel forever.

header dulu

header sekarang


rindu kat zaman berfotopages dulu-dulu ------------>http://shazlyndz.fotopages.com
banyak sangat kenangan kat sane. Sekali-sekala ada jugak la Acik Alyn jenguk. MISS ALL. 

Ibu rindu ♥ lagik

Hari ni Acik Alyn kene wat verifikasi stok. Dah jadik tugasan setiap tahun kat stor perubatan. Yang peliknya asyik nama Acik Alyn aje yang naik, dah 3 tahun berturut2. May be rezeki kot...

Berpinar bijik mata kalau nak verifikasikan ubat2an yang bermacam bagai tu. Tapi nasib baik hari nie kawtim ngan Kak shikin Acik Alyn dapat verifikasi aset bukan perubatan..lega sikit. x la banyak sangat. Tadi dah buat sikit dan esok sambung lagik. Lagipun Acik Alyn nak p kursus Jumaat nie, takut tak sempat nak siapkan semuanya.

Asyik2 rindu anak aje.....sesungguhnya rindu sangat nie nak dengar Adam nangis dan gelak. Adam, maafkan ibu ek, ibu x balik jenguk Adam minggu nie...ibu kene pegi Kursus. Next week ibu balik yek sayang. Adam jaga diri baik2 doq ngan atuk ngan nenek tu ek.

Adam.....anak sayang ibu. X pe orang tu buat kita cam niekan. Adam, ibu doakan orang tu berubah....really hope sangat2. Semoga kasih sayang kita berpanjangan.

Nota betis:
-Apalagi yg budak tu nak ngan aku...please la jgn ganggu aku lagi. Kan aku dah bagitau kalau aku rasa aku nak maafkan ko aku akan maafkan, jangan la risau dan berhadis bagai dengan aku......Please la!!!!!

Sunday, November 13, 2011

Serdang Night 11-11-11

Sambungan Edisi Serdang Night 11-11-11

First nak citer pasal tempat duduk. Acik Alyn dapat table No 5 aka meja orang buat keje...memang dekat gle ngan stage. Meja tu khas untuk Urusetia yang x setia like me. Tapi sempit sangat la. May be last minute banyak table yang kene tambah. Nak jalan dari table ke table pun seksa.



Makanan chinese style....ok la. My favvy dish tentulah ikan kerapu yang ternganga tu. Loike





Persembahan.....Bakat diaorang dicungkil melalui malam bakat yang telah diadakan di sepital. Spe yang menang buat persembahan kat cni. Tahniah untuk korang.


Banyak lagik gambo org lain..."M" nak isi.

Selain tu ada jugak permainan untuk VVIP dan sambuatan birthday untuk yang lahir dalam bulan November.


Last
 Muka sedey tak dapat sebarang cabutan bertuah......x de ong....
 senyuman orang se'table' yang dapat cabutan bertuah. Jeles wei!!!
Member2 se'admin'

-TAMMAT-