Saturday, October 29, 2011

Sabtu yang beh!!!!!

Selamat pagi Sabtu. I loike sesangat. X sabar nak balik next week, balik raya Korban.... Oleh kerana raya Korban jatuh pada hari Ahad maka Isnin pun cuti umum jugak. Sebenarnya bercinta nak balik Kuantan, confirm Karak Highway jem gle2 sangat. Biasa kalau balik Kuantan 3 jam confirm jadik double pye. Adam sayang tunggu ibu balik tau...miss u like crazy. ♥♥♥. Jap g nak sambung jahit langsir untuk umah my mak. Harap dapat disiapkan segera sebab 2 minggu lagik nak p berkursus kat Morib...hu...hu. Takut x sempat siap sebelum majlis.

Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah swt mengira air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Sesungguhnya Allah swt Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Post a Comment