Thursday, June 30, 2011

Asyik luahan perasaan aje :(

Assalalmualaikum

Kekadang rasa macam dah tak mampu nak menghadapinya. Dugaan yang diberikan semua ini sungguh menyesakkan dada, sungguh mengelorakan jiwa. Sampai bila nak biarkan orang ambik kesempatan ke atas diri. Tidak faham dengan orang-orang ni, sekurang-kurangnya dengan gelaran "HAJJAH' di depan nama haruslah lebih baik sikit. Tapi tu la dah jadi macam-macam pulak. Sesungguhnya manusia tu sama sahaja...... Kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata dah tak nampak. Macam mana nak 'salute' dengan orang-orang yang macam nie. May b salah aku jugak tapi jangan la sampai mendesak sangat. Haruslah bagi 'sebijik'. Pas tu siap mengadu bagai. Nasib baik memikirkan dia itu 'orang tua' walaupun macam orang muda....aku masih hormat lagi. Ada pulak yang menuduh tanpa usul periksa.....Aku sedar aku hanya "KULI BATAK" tapi tanpa "KULI BATAK" ini kerja tak jalan jugak......

Ingin lari tapi ke mana...sejauh mana kaki mampu melangkah, sejauh mana kaki mampu berlari. Kalau terlebih fikir akan menyebabkan stress aje. Nak buat bodo tak boleh jugak....kena jugak ambik 'port'. 


Hanya mampu berdoa -----------> semoga akan terus diberikan tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadapi semua ini. Biarlah apa orang nak cakap, orang nak mengadu bagai...buat je kerja sendiri. X kisahlah x dapat anugerah Khidmat Cemerlang dah dapat pun dulu, biarlah tanpa ucapan terima kasih.....life must go on.


Apa yang terjadi hari ini akan dijadikan pengalaman yang paling berharga di masa hadapan. Kalau satu hari nanti ditakdirkan jadik boss, jangan contohi diaorang.


Rasanya dah banyak suka duka yang aku lalui di tahun 2011 ini....masih mampu lagi senyum dan bergumbira. Yang sedih2 tu lepas luah perasaan kat blog nie atau pun nangis puas-puas sekurang-kurangnya akan sedikit lega. Tak semua orang akan faham perasaan kita kan dan juga tak semua yang bergelar kawan akan sanggup untuk menyimpan kisah suka duka kita serahsia-rahsianyakan. Adik-adik terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati kakak manjamu yang sorang nie.....ngeeee. 

Nota Betis:
*Esok mau pulang ke kampung...pas tu nak berphotog kat Teluk Cempedak ngan budak debab
Post a Comment