Thursday, June 30, 2011

Asyik luahan perasaan aje :(

Assalalmualaikum

Kekadang rasa macam dah tak mampu nak menghadapinya. Dugaan yang diberikan semua ini sungguh menyesakkan dada, sungguh mengelorakan jiwa. Sampai bila nak biarkan orang ambik kesempatan ke atas diri. Tidak faham dengan orang-orang ni, sekurang-kurangnya dengan gelaran "HAJJAH' di depan nama haruslah lebih baik sikit. Tapi tu la dah jadi macam-macam pulak. Sesungguhnya manusia tu sama sahaja...... Kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata dah tak nampak. Macam mana nak 'salute' dengan orang-orang yang macam nie. May b salah aku jugak tapi jangan la sampai mendesak sangat. Haruslah bagi 'sebijik'. Pas tu siap mengadu bagai. Nasib baik memikirkan dia itu 'orang tua' walaupun macam orang muda....aku masih hormat lagi. Ada pulak yang menuduh tanpa usul periksa.....Aku sedar aku hanya "KULI BATAK" tapi tanpa "KULI BATAK" ini kerja tak jalan jugak......

Ingin lari tapi ke mana...sejauh mana kaki mampu melangkah, sejauh mana kaki mampu berlari. Kalau terlebih fikir akan menyebabkan stress aje. Nak buat bodo tak boleh jugak....kena jugak ambik 'port'. 


Hanya mampu berdoa -----------> semoga akan terus diberikan tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadapi semua ini. Biarlah apa orang nak cakap, orang nak mengadu bagai...buat je kerja sendiri. X kisahlah x dapat anugerah Khidmat Cemerlang dah dapat pun dulu, biarlah tanpa ucapan terima kasih.....life must go on.


Apa yang terjadi hari ini akan dijadikan pengalaman yang paling berharga di masa hadapan. Kalau satu hari nanti ditakdirkan jadik boss, jangan contohi diaorang.


Rasanya dah banyak suka duka yang aku lalui di tahun 2011 ini....masih mampu lagi senyum dan bergumbira. Yang sedih2 tu lepas luah perasaan kat blog nie atau pun nangis puas-puas sekurang-kurangnya akan sedikit lega. Tak semua orang akan faham perasaan kita kan dan juga tak semua yang bergelar kawan akan sanggup untuk menyimpan kisah suka duka kita serahsia-rahsianyakan. Adik-adik terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati kakak manjamu yang sorang nie.....ngeeee. 

Nota Betis:
*Esok mau pulang ke kampung...pas tu nak berphotog kat Teluk Cempedak ngan budak debab

Tuesday, June 28, 2011

+____+

Assallamualaikum

-Kadangkala Tuhan hilangkan sekejap mentari, lalu Dia datangkan kilat dan guruh. Puas kita mencari dan menanti di mana mentari, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelanginya yang indah-
 Nota Betis:
*Biarlah ape yang orang buat kat kte....doakan aje semoga orang itu diberikan tahap KESEDARAN yang tinggi..nggeeeee

Tuesday, June 21, 2011

Bila umur itu bertambah lagi satu


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assallamualaikum


Sebenarnya banyak nak story mory tapi x tau nak mule dari mne......Iya lah dah bersawang2 blog Acik Alyn nie tapi  dek kerana amat sayangkan blog nie muah muah Acik Alyn akan tetap menulis. Kat sini lah tempat luah perasaan sedih ke gumbira ke.Nak tulis diary cam dah ketinggalan zaman la plak.
Umur pun dah bertambah satu angka lagi. Terima kasih kat kawan2 yang wish. Many TQ jugak 2 Gedik yg bersusah payah delivery cuppies kat office hasil kerja tangannya. I loike sebab cuppies tu warna pepel..my favvy colour. Luv u my dear. Tahun depan sponsor lagi *___*

 Kekadang umur nie tanpa sedar ianya meningkat, sedangkan diri masih lagi di takuk lama. Acik Alyn la tu....ngeeee 

X kisah la macam mana pun janji Acik Alyn tetap bergumbira dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah. Semoga hari2 yang mendatang akan menjanjikan kebahagian untuk Acik Alyn. Terima kasih kat 'family' yang memahami Acik Alyn dan sentiasa memberikan semangat untuk Acik Alyn terutamanya mak Acik Alyn. Mak Acik Alyn adalah tempat Acik Alyn mengadu suka duka....banyak kali nangis ble luah perasaan kat mak. Sayang mak kuat2.

Nota Betis:
*Kecik hati tau ngan korang....tapi x pe la sebab ???????...tet

Monday, June 20, 2011

Andai

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assallamualaikum

Sekadar berkongsi....tapi Acik Alyn dah x henggat dari mne artikel ini didapati....


Andai lelaki tahu..apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andai lelaki tahu..apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.  

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.  

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.  

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.  

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.  

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Sunday, June 19, 2011

Dia abah kite


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assallamualaikum

Selamat hari Abah Acik Alyn ucapkan kepada abah Acik Alyn iaitu Encik Kadari yang kini berada di FLH3, Kuantan Pahang...ish cam tuju lagu la pulak...Boleh tuju lagu?
Terima Kasih abah atas jasa2mu.Tak ternilai rasanye.


senyum tawa gembira sedih nangis

 
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assallamualaikum

Orang kte 'bakpe la mu nie keras hati sangat'...Acik nie bukannye pendendam pun tapi kalau orang buat yang bukan2 kat Acik Alyn, memang Acik Alyn sampai sudah x leh nak tengok muke orang tu bercakap apatah lagik. Acik Alyn cube jugak tapi tak boleh la....tapi sesungguhnya Acik nie amat susah nak benci kat orang wei tapi kalau melampau tu ' lu fikirlah sendiri'. Acik Alyn pun ada hati dan perasaan jugak.....Anyway forget lah. "Behind my smile is a hurting heart..behind my laugh i'm falling apart".....hurm Acik Alyn tetap riang jugak, tetap bergelak ketawa menggilai jugak.

Sepanjang x berblogging selama berminggu2 nie banyak betul xtvt yang dibuat. Akan story mory sket2 demi kenangan di masa hadapan. Dengan sindrom 'Nora Elena' yang telah berakhir....like Seth Tan ish romantik gle la. Luv it. 

Kat office dapat sorang lagik kawan baru...Ija welcome join kami kat Admin. Untuk 'orang tu' selamat bertugas di tempat baru.



Nota Betis:
*baru selesai bce novel 'Dr.Cinta'...banyak lagik yang menanti....
*Sye sedar sape saye..tapi sekurang2nya....urmmmmm entahlah dah lpe sye kot. X pe la....

Wednesday, June 1, 2011

I'm back!!!

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Assallamualaikum

Akhirnya Acik Alyn menulis kembali setelah membiarkan 'my sweet' blog nie sepi mentar. Bukannya x nak menulis tapi kalau asyik menulis pasal luahan hati dan perasaan tu nanti akan menyebabkan jiwa semakin sentap....hu...hu

Kini kembali dengan semangat baru "hidup nie x mudah tapi aku bangun semula setelah jatuh tersungkur"...Yang lepas tu biarkan lah lepas, usah dikenang2 lagik. Buat2 lupe la sume perkara BODO yang telah berlaku, sebab memikirkan x sume orang SEMPURNA.
Sekarang nie Acik Alyn cepat sangat sentap, sikit2 sentap....adakah sebab Acik Alyn nie dah semakin tua berusia maka hormon2 di dalam badan nie dah len macam..he...he



Nota Betis
*ada janji ngan Tie nak ajar cam ne nak wat gambor besor2...nanti ek. Acik Alyn ngat tu....