Sunday, December 12, 2010

Majlis Bersama Pemimpin

Salam
Program Pemimpin bersama Warga Hospital telah diadakan pada 23.11.2010. Ini merupakan salah satu  aktiviti Ahli Lembaga Pelawat. 

Serba sedikit tentang Ahli lembaga Pelawat Hospital dan pada kebiasaanya mereka dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dikalangan ahli politik setempat.

Latarbelakang Penubuhan Lembaga Pelawat
Lembaga Pelawat ditubuhkan dengan tujuan memberi nasihat kepada pihak berkuasa hospital tentang kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang perlu diperbaiki. Di samping itu, ianya juga merupakan satu-satunya cara pihak hospital dapat menjalinkan perhubungan yang lebih rapat di antara pesakit, orang awam, pegawai-pegawai dan kakitangan hospital.

Tugas Dan Fungsi Yang Perlu Dilaksanakan Oleh Ahli Lembaga Pelawat

(a)

Penghubung Antara Hospital Dan Komuniti
 
Bertindak sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara Hospital dan Komuniti. Ahli Lembaga boleh memainkan peranan perhubungan awam yang positif dengan memberi penerangan jelas kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Dengan cara ini imej dan peranan sesebuah hospital akan dapat diperbaiki dan perkhidmatan Lembaga Pelawat akan disanjung tinggi.

(b)

Mengadakan Lawatan Ke Hospital
 
Mengadakan lawatan ke hospital yang akan mendapat maklum mengenai perkhidmatan yang diberikan di Hospital, masalah-masalah yang dihadapi oleh hospital berkaitan perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris. Ahli Lembaga hendaklah menyediakan laporan mengenainya selepas setiap rawatan dan membincangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat.

(c)

Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit Dan Hospital
 
Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan hospital umpamanya dengan mengumpul buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin serta mengumpul dan menghadiahkan barang-barang permainan kepaa pesakit kanak-kanak. Selain daripada itu, Ahli Lembaga juga boleh secara peribadi menyumbangkan atau mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, menyediakan seni taman, tempat pesakit berehat dan sebagainya. Perkhidmatan sebegini akan dapat memberikan sumbangan positif daripada Ahli Lembaga Pelawat.

(d)

Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital
 
Melibatkan diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah, kempen anti merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program-program yang membina.
 
copyright from HKL



 
Nota Betis:
*esok jadik gadis (7.30pagi-4.30 petang-cik)  dulang lagik...hu...hu
*Setahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat untuk melupakan segalanya......
Post a Comment