Thursday, December 9, 2010

buat baik berpada, buat jahat jangan sekali

Salam
Orang dulu2 selalu cakap ' buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali'. Apa maknanya 2?
 Peribahasa ini bermaksud..eceh macam cikgu la plak. Dalam hidup nie kalau nak berbuat baik pun biarlah jangan melampau. Buatlah apa yang difikirkan terbaik tapi hendaklah pada kadar yang tertentu. Pas tu buat jahat jangan sekali sebab sekali je buat jahat orang akan kenang sampai ble2. Dalam dunia sekarang nie ramai sangat orang jahat...hu..hu. Pastikan jugak anda jangan tertipu....maklumlah dunia semakin maju, teknologi semakin canggih, moral manusia semakin menurun. Fikir-fikirkan lah. Cuma diharap pandai2lah jaga diri sendiri. Sikit je alpa memang la kne aje.

Macam baru-baru nie my office mate kne  tipu dengan hanya melalui panggila telefon aje. Orang yang menipu tu buat panggilan telefon secara random kat office. Aku pun dapat jugak panggilan telefon tu tapi aku abaikan aje. Memang ramai kat office aku yang dapat panggilan gitu. Orang tu bagitau yang kite ada hutang sekian-sekian di bank nie. Office mate aku tu kne tipu RM6k tau. Bayangkan memula dy bagitau memang dy x rase ape2 pun walaupun hilang RM6k cume di hari kejadian selepas Isyak baru dy sedar dan dy menangis. Aku rasa pihak yang menipu nie memang terror habis dan menggunakan pukau. Orang boleh cakap macam2 kan tapi kalau kite pun mengalami benda yang sama mesti kite rase sedih sesedihnya. Iyalah duit sebanyak tu memang lama la nak kumpul, hilang sekelip mata aje. bayangkan sorang penipu tu dapat RM6k kalau ramai lagi yang kne ....memang kayo la pakcik.

kan best kalau dalam dunia nie hanya ada orang yang baik2 aje.....tambahan pulak dalam hidup aku. Aku nak dikelilingi oleh orang-orang yang baik sahaja, bertanggungjawab dan ada sikap menghargai orang lain. Huwaaa sapa nak jawab? 

Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kat "ORANG TU" sebab x menghargai aku dan aku akan ingat sampai akhir hayat aku. Walaupun aku sedih tapi x pe la nak buat macam mana.....may be satu hari nanti ko akan rasa apa yang pernah aku rasa. Mujurlah ada family disisi yang sentiasa mendinginkan menyejukkan dan memahami hati ini. Tapi seseungguhnya aku memang terkilan sangat2 dengan "ORANG TU" may b sampai ble2.
 

Nota Betis:
Tapi bersediakah aku nak keje kat Kuantan? Dah lebih 10 tahun doq kat KL/Subang nie......orang kata dah sebati dah ngan macam2 perkara. kalau balik xtiviti soping mesti dah kurang pas tu member2 pun kurang jugak ek. Tapi kalau balik kampung dekat ngan family aku...sian mak ayah aku tinggal berdua aje.
Pikir lagi la kot. Pas tu nak beli umah kat Kuantan ke kat KL nie....kalau kat Kuantan dapat umah bertingkat2 ngan budjet aku tu, tapi kalau kat cni dapat umah kotak aje.....ish macam-macam tapi la pulak aku nie.....kne wat sembahyang lebey nie. Kekadang sayang sangat nak tinggalkan KL nie. macam-macam ada tapi......................................???????



Post a Comment