Wednesday, December 29, 2010

Malaysia menang

Salam

Walaupun Lyn kurang minat sangat ngan bola2 nie tapi Al-hamdulillah akhirnya Malaysia menang …


Esok kat office mesti kecoh gle budak-budak nie berstori-mori. Ingatkan dapat la cuti free satu ari esok…ngeeeeeee



kredit 2 pcik google
 
Nota Betis :

*Ble nak sambung packing nie……..

Tuesday, December 28, 2010

Nasi Ayam Penyet Wong Solo Bangi

Salam

Wong Solo kat Bangi nie merupakan salah satu kedai peberet aku makan. Menu cam biasa la Set Ayam Bakar. Memang x pernah jemu pun. Dalam sebulan kadang2 sampai 5-6 kali. Bangkrup mcik…… Asal tension aje mesti nak makan kat cni. Agaknya member2 Lyn pun bengang jugak kot asyik2 makan kat Wong Solo. Sebab 2 kalau di suruh Lyn yang pilih tempat makan, memang Wong Solo la jawapannya.

Entahlah may be sambal dy yang sedap kot. Dah banyak kedai ayam penyet yang Lyn jelajahi tapi yang kat Wong Solo nie jugaklah yang menjadi pujaan adinda hati. Rasa dy memang merveles+tangkap leleh. Lyn dah bawak my mak n abah datang makan kat cni n diaorang memang kata sedap. Nasi dy pun lembut. Berbanding dengan makan nasi Ayam Penyet kat d'Curve hari tu memang jauh macam langit dan bumi rasanya. Wong Solo ada lagi cawangan dy iaitu kat Kampung baru dan Seksyen 7,Shah Alam. 



 



Nota Betis:

*Lagi berapa hari dah nak masuk tahun 2011 maka akan bertambahlah satu lah lagi umurku. Itu hanya angka je kan…Welcome 2 new world!!!!
*Azam lama pun x tercapai…..azam yang sama je tiap2 tahun.

Monday, December 27, 2010

Verifikasi Stok

Salam

Nie nak citer pasal verifikasi stok…..ini adalah satu keje yang amat melemahkan,melemaskan,membuat kepala otak buntu dan letih jugak. Adoyai napa la dalam ramai orang kat Pengurusan tu namo den jugak yang naik. Jadik Pegawai Verifikasi Stok nie untuk 2 tahun 2009-2010. Mintak2 tahun depan nama dah x naik dah. Bagi la orang lain pulak yang rasa bertapa nikmatnya meng'check' stok. Naik juling bijik mata den dengan ubat2 yang berlambak ribu raban lagik dan jugak kecik2. Terima kasih la kat geng kat stor Perubatan yang sudi menolong kakak korang yang sorang nie. Dah la buta x tau nama ubat2an tu sume. 



 

Nota betis:

*Yang terindah hanya sementara…


*Dah settle kan tadi….habis jugak 2K…fuh

Sunday, December 26, 2010

Minah dulang lagik ek!!!

Salam

Kat Sepital telah berlangsung satu majlis pengagihan zakat untuk 10 buah hospital di sekitar Selangor dan Lembah Klang. Majlis ini telah diadakan pada 13 Disember 2010 bersamaan hari isnin. Ayat penyata dan ayat budak sekolah lagik.

Oleh kerana telah dilantik menjadi Urus yang x setia majlis tersebut maka terlantik lah kami sebagai orang yang menjaga pendaftaran peserta dan juga merangkap pembawa dulang-dulang naik ke pentas utama. Ingat suka sangat ke jadik orang yang membawa dulang i2…..ish sebenarnya x ske sangat tapi mengenangkan tanggungjawab yang diberi gigihkan jua. 

Bayangkan kalau kaki tersadung kat pentas tu macamana? Malu la mereka dan kluarga mereka kan. Dah la kne dressing molek2+cantik2+chumek2…cantik ke? Dan juga memakai kasut ber'heel'. 

Tapi walaubagaimanapun majlis tersebut telah berjaya di adakan di sepital. Hari tu bajet2 masuk paper ke, tv ke bcoz ade press…ala lpe plak nak ngeneng2 kat kamere i2….*wink. Ada orang gelakkan aku mse majlis tu…katenye control ayu sangat. Iyala kan dah majlis orang x moooo la nak buat muke stoye…he..he







Nota Betis:
*Akhirnya, al-hamdulilah dapat jugak.
*kne start packing lorrr…banyak sangat benda nak buat. Anyone can help me?

Friday, December 24, 2010

Al-Fatihah

Salam

Terima SMS dari Kak Nor



[K zah musa mninggal accident kt Kelantan tghari tadi]



Al-Fatihah untuk Arwah Kak Zah dan Anak beliau

Semoga roh mereka dicucuri rahmat



Petikan dari Utusan Online



Pelajar maut bersama ibu selepas ambil keputusan PMR

23/12/2010 8:06pm



Oleh AZRAN FITRI RAHIM dan YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU 23 Dis. – Seorang pelajar yang dalam perjalanan pulang bersama ibunya selepas mengambil keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dihempap lori pasir di lampu isyarat Kok Lanas dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, lori tersebut turut menghempap tiga buah kereta. Bagaimanapun, penumpang serta pemandu tiga kenderaan terbabit terselamat.

Siti Aisyah Zakaria, 15, dan ibunya, Aziza Musa, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas dihempap lori tersebut yang keluar dari simpang arah Selising ke Machang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Osman berkata, kejadian berlaku ketika Aziza menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Maahad Shamsul Maarif (P) yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya selepas mengambil keputusan PMR yang diumumkan hari ini.

Allahyarham Siti Aisyah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR. – Utusan

Thursday, December 23, 2010

Kekanda dan Adinda ♥

Salam

Teringin nak makan Meatball kat IKEA…..tu yang gagahkan diri jugak pergi ke sana. Tetapi alangkah hampanya hatiku apabila tibanya di tempat kejadian terbanyak sesangat la gerombolan manusia. Ish pening nie….Parking pun kat d'curve aje.

Nape la kalau g IKEA je mesti ramai orang, agak2nya masa ble ek IKEA x de orang. Jangan korang jawab mse IKEA tutup udah lah ek. Lyn suka sangat g IKEA nie sebab dy punye deko simple + cute + cantik + menarik. Ble la nak dapat beli umah sendiri [ sambil terbayang2 umah style+design sama ngan yang display kat IKEA]. Wardrobe dy cantik sungguh. Mesti bestkan kalau dapat nie, mesti dapat menampung kebanyak2an baju2 ku ini. Pas tu Lyn kan minat ngan benda2 comel kat IKEA nie…rse nak beli semua hatta tong sampah sekalipun…warna merah lagik tu.

Hari tu kuar ngan Kanda Lyn la….dah la berjanggut tunggu kat KJ station (jgn marah Kak Mas). Sekurang2nya lepas gak hajat nak g jale'2 ngan adinda kesayangan nie kan….uwek. Ingatkan makan Nasi Ayam penyet kat d'Curve tu sedap dan dapat menandingi kehebatan tempat makan peberet Lyn kat Wong solo, Bangi tu tapi………………..sungguh hampa memang x best langsung. X kene ngan selera Lyn nie. Apa daaa korang cadangkan Lyn makan kat d'Curve hancur…..upenyer selera kite x sme ek. Deko krismas kat d'Curve cantik sangat ngan kale' yang sweet itu biru+pink+pepel. I like ♥♥♥ so much.

 

Kak Mas kte nak beli meja makan cam nie…..he2. Jangan lpe ajak yang sebelah jadik tukang rasmi ek!!!

 Sape lagik cute......ha...ha

sweet je kan design krismas kat d'Curve nie....thumb up


n see d person kat bawah nie......














              

  Sme je kan [SWEET]

Nota Betis:        
*Setelah 2 hari demam, hari nie kembali ke kantor menjalankan tugas seperti biasa.
*Melangkah terpaksa kah aku…….kne redha kan. Learn something yang berguna dalam hidup nie.
 

Wednesday, December 22, 2010

Wedding Paan @ Tanjung Karang


Salam
Bila la nak ubah tulisan kat blog nie….x puas hati ngan tulisannya. Nie Lyn gne MS Words n terus publish kat blog. Boleh la pilih font cute2 sikit tapi tu la kadang-kadang karang terus via blog x de pilihan font pun. Nanti la nak wat tukar menukar .

Hari tu bersamaan ngan 4 disember 2010 kitaorang g wedding Paan kat Tanjung Karang. Cute sangat Paan n Emmy dengan persalinan pink karer. Cantik la pulak kombinasi kaler tu. Ish…..adakah nak tukar minat kaler pepel ngan pink kaler pulak nie? Ouh….mungkin tidak.  Dengan pelamin pun warna pink. Makan usah cakap la memang marveles habis……ayam goreng macho. Tapi x de sampai makan menambahkan……

Untuk Paan Emy…semoga jodoh berpanjangan hingga akhir hayat ek.


 


 Nota Betis:
*Tabah menghadapi segalanya…..walaupun seribu kesukaran di depan mata namun kita x tahu mungkin ada banyak hikmah yang terselindung di sebalik semua itu.
*Fever la plak…..got MC 4 2days.
*Orang berlagak kite kene ajar…..biar dy tahu langit nie tinggi ke rendah. Kekadang bengang tahap GABAN dah!!!! Jangan la berlagak sangat wahai manusia, ingat sikit yang ko pijak tu bumi….