Wednesday, September 2, 2009

++terkejut sgt2++

Salam....

Hari Sabtu lepas masa aku sedang duty kat bilik saringan H satu N satu, Noly call n bagi tau pasal Kak Ina xcident kat Gua musang. Terkejut aku sebab kejadian tu melibatkan kehilangan satu nyawa iaitu adik lelaki Kak Ina. Hari nie bila aku call Noly tanya pasal keadaan Kak ina n aku diberitahu bahawa Kak Ina kehilangan seorang lagi adik beliau. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

Petikan dari berita hariaon online Sabtu 29 Ogos 2009
5 parah nahas pulang berbuka
Oleh Ramli Ibrahimmailto:Ibrahimbhkb@bharian.com.my

KERETA Produa Kelisa remuk berlanggar dengan van muatan barang ekspres KTMB di KM 12.5 Jalan Gua Musang - Kuala Lipis, semalam

Kereta bertembung lori ketika hendak pulang kampung bertemu keluarga

GUA MUSANG: Lima beradik dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga, cedera parah apabila kereta Perodua Kelisa yang mereka naiki bertembung dengan lori hantaran ekspres Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kilometer 12.5 Jalan Gua Musang - Kuala Lipis, dekat sini, petang semalam. Kejadian jam 4.10 petang itu juga menyebabkan pemandunya, Mohd Riza Mohamad, 29, tersempit hampir setengah jam di tempat duduknya dalam keadaan berlumuran darah sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota bomba.

Mohd Riza dan empat adik-beradiknya iaitu Roslina, 37; Siti Rohayu, 24; Suhada, 20 dan Azureen yang tidak diketahui umurnya kini dirawat Hospital Gua Musang. Semua mangsa berasal dari Pasir Mas. Bagaimanapun, pemandu lori, Mohd Nor Daud, 41, tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika ditemui di tempat kejadian, Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai di kawasan menuruni bukit sebelum kenderaan yang dipandunya bertembung dengan kereta dinaiki lima mangsa.
“Saya memandu lori menaiki bukit dan terpaksa memberhentikan kenderaan apabila melihat Perodua Kelisa yang dinaiki lima beradik itu terbabas ketika menuruni bukit dan memasuki laluan saya. “Selepas itu, van yang saya pandu itu terus dirempuh kereta terbabit hingga kenderaan saya bergerak ke tepi jalan sementara kenderaan dinaiki mangsa pula berpusing ke tepi penghadang jalan,” katanya. Mohd Nor berkata, beliau mengucap panjang apabila melihat kelima-lima beradik itu berlumuran darah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta bantuan orang ramai yang kebetulan melalui laluan berkenaan bagi mengeluarkan mangsa. “Saya seperti tidak berdaya untuk memberi bantuan kerana trauma melihat kemalangan ngeri itu depan mata,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan semua lima beradik terbabit kini menerima rawatan di HGM termasuk pemandu kereta yang kritikal. Beliau berkata, lima beradik itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas sebelum bertembung dengan lori membawa barang ekspres KTMB yang dalam perjalanan dari Wakaf Bharu, Tumpat ke Kuala Lumpur. “Pemandu kereta itu dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit menyebabkan terbabas memasuki laluan bertentangan hingga bertembung dengan lori berkenaan,” katanya.

** Diharap Kak Ina dan keluarga tabah menghadapi segala-galanya**