Monday, October 27, 2008

[jom try]

47 words



my result:
177 points, so you achieved position 432301 of 878953 on the ranking list
You type 227 characters per minute
You have 47 correct words and
you have 0 wrong words

Friday, October 24, 2008

[romantik ke]

*nie email dari sorang member ku yang SENGAL*

Isteriku ,jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasaakan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanetlain...

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau
berikan sinaranmu
kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga
seperti aku perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan
dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya
sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!please lah....!!!
jangan la nak berangan.........

Thursday, October 23, 2008

[cube try n test :)}]


Tuesday, October 21, 2008

[nak share tips]



KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK

+Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh
terbakar.
+Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu
+Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu
terkena hentaman yang kuat.

KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH

+Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca.
+Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu "kelip-kelip".
+Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan
basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.
+Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar.

KABEL KARAN
+Jangan menyentuh kabel kuasa - anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk.
+Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa.
+Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang menghampirinya

TANDA AMARAN
+Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum terjadinya renjatan dan kebakaran. +Perhatikan perkara-perkara berikut :-
• Masalah berulang seperti flus terputus atau bekalan terputus.
• Terdapat kejutan karan apabila anda menyentuh perkakasan elektrik.
• Berbau getah terbakar yang datang dari perkakasan elektrik.
• Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak
berkuasa Tenaga Nasional Berhad atau juruteknik yang berkelayakan


STATISTIK RENJATAN ELEKTRlK
+Setiap tahun renjatan elektrik dan kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan
beribu-ribu m~ngalami kecederaan. Beberapa asas keselamatan elektrik dapat mengurangkan
risiko kepada anda.


KEROSAKAN FlUS DAN LITAR
+Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus,
jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan
tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut.
+Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung
beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan
litar.
+Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan
gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.

PEMUTUS LIT AR (ELCB)
+ Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan hendaklah dibuat dengan menekan 'butang ujian'.

SOKET ELEKTRIK
+ Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
+ Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik.
+ Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan

PERKAKASAN ELEKTRIK
+ Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.
+ Simpan perkakasan elektrik yang menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurang-kurangnya 1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar.
+ Pastikan plug tidak dipasang pada perkakasan kecil seperti 'toaster', 'coffeemakers' apabila tidak digunakan.
+ Mengadakan ruang udara yang mencukupi di sekitar komponen elektrik seperti komputer, stereo system untuk mencegah bahang panas yang berlebihan

my asben ketika Opp Gambut baru-baru nie

Monday, October 20, 2008

[butterfly swap]

Hari 2 kat lovescrap we all ader buat butterfly swap, jadi lyn pun masuk ler...walaupun tangan nie keras bebenor nak membuat paper craft nie but inilah hasilnyer...selalu wat bunga telur jer... kali nie buat butterfly...walaupun tak secreatif maner namun terselit jugak ler rasa bangga coz berjaya membuatnyer... :) sampai luke ler jari memulas dawai tu. Buat butterfly nie masa bulan posa kat office....(curi tulang jap). sampaikan budak office tertanyer-tanyer " kau nak buat ape pas tu siap tanyer nak antar untuk tadika mana.... ???????"ahak...ahak.....

Sunday, October 19, 2008

[metrojaya sales]


Friday, October 17, 2008

[sentimental value again]


Suker sangat tengok gambar nie....walaupun dah lama tapi sentimental value kn.... tudung kuning 2 adik ipar Lyn Ina, yang lain semuanyer adik-adik...Lyn nie anak 1st tau...tapi selalu orang x cayer kalau Lyn kater Lyn anak sulung dari 6 beradik, n yang bestnyer diaorang akan kata Lyn anak bongsu (bangga jap). Actually Lyn nie manja sket...memang cepat kluar air mata. Tudung biru(pakai cermin mata tu) adik Lyn no 3 :Sidah: akauntan kat Al Iksan JB, tudung coklat (aka selendang) :Dadi: polis kat Segamat nak kawin bulan 3 nie...... tudung biru satu lagi, adik bongsu Lyn :Deq La: assist acc kat Kilang Mamee baru grad KUSTEM, duduk ngan Lyn sekarang kat Subang. Yang lain-lain adik beradik lelaki 2 orang jer..........................Rizal dan Erol. Dulu masa kecik2 rasa cam ramai nor family Lyn tapi bila dah besar nie rasa macam x de la pulak. Sekarang nie mak abah Lyn tinggal dua orang jer kat umah kat Lepar.

Tuesday, October 14, 2008

[Jiwang yang berkarat]

Entahlah kenapa bila dengar lagu nie....macam best sesangat.Terasa jiwang berkarat :)
Actually Lyn tengok citer nir kat TV3 baru nie...best jugak pas tu member Lyn bagi tau novel dia lagi best sangat daripada citer tu...bila ekkk nak terjah Minerva beli novel tu..dan punyer ler lama Lyn x buat LO....dengan idea yang karat tu maka inilah hasilnyer



Baru-baru nie SESUATU telah terjadi dalam hidup Lyn...sesuatu yang amat memeritkan untuk dikenang kembali namun apakan daya benda tu telah berlaku dan kesimpulannyer BE STRONG...sebab tu lah biler dengar lagu nie hati bertambah-tambah pilunyer