Tuesday, September 30, 2008

[sunyi][sepi]

Pepagi lagi dah sampai kat office......nak balik awal 2day..pukul 10 dah nak cabut .... :) :) :) alahai kat office sunyi sungguh, dah ler sunyi sepi pulak 2. Esok dah raya, petang nie nak balik kampung....semua belum kemas lagi.
[BYE BYE KL]

Sunday, September 28, 2008

[selamat hari raya][maaf zahir batin]

Lyn ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua....mintak maaf banyak-banyak yer. Semoga persahabatan kita di alam maya ini akan berkekalan untuk selamanya.


Kad raya dari ....... my frenz n thanz u

Sunday, September 21, 2008

[Ramadhan 21]

Sekejap je dah Ramadhan yang ke 21..... sekarang nie tengah siapkan asignment yang kene submit lepas raya..naik poning kepala den nie ha....mesin jahit plak rosak. x siap baju raya tahun nie :(:( next week kene g PKNS ler jawapnyer cari yang ready made.

Friday, September 19, 2008

[Good Bye]

[2 day kat off ader majlis perpisahan ngan YBTPM merangkap Menteri Pertahanan]



Kawalan kehormatan Utama Sempena Perbarisan Perpisahan Sebagai Menteri Pertahanan
Timbalan Perdana Menteri , Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak melambai kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan sempena Perbarisan Perpisahan sebagai Menteri Pertahanan bertempat di Wisma Pertahanan pada 19 September 2008 (Jumaat).

Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak turut menerima tabik hormat dan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) semasa perbarisan tersebut.

Credit to Portal Kementerian

Thursday, September 18, 2008

[bos baru]

start semalam Lyn dapat boss baru 'pak Lah'...

Wednesday, September 17, 2008

[aku lebih tahu]

[Lyn memang layan habis lagu nie, entahlah kenapa tapi dia punyer lirik
memang best bangat...]


Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu
Bukan mahu

Cuba dabik dada denganmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu
Luar dan dalam

Tiada rahsia
Lafaz dan diam
Dah pun ku bacanya
Langkah dan ragam
Hanya mencinta bahagia
Dalam cinta harus saling percaya

Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa
Dalam cinta harus saling percaya

Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa
Saling percaya
Ku tahu

Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu
Bukan mahu

Cuba dabik dada dgnmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu

erm.....terkini.... den dapat boss baru

Sunday, September 14, 2008

[selamat berpuasa]

Lyn ucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan yang mulia,
semoga kita sama-sama mendapat keberkatannya......


[Lyn suka betul ngan gambar nie......i like ]


[little gurl...Ashi]

untuk renungan...di manakah kita

'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...' Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS. 6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT' Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...'