Wednesday, December 31, 2008

bila tagged itu terjawab....

Here are the rules*
-List these rules on your blog.
-Share 7 facts about yourself on your blog.
-Tell 6 unspectacular quirks of yours.
-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
-Link the person who tagged you.
-Leave a comment for each blogger.

7even facts 'bout me:
1. Merupakan anak sulung dlm family (kakak sulung tau) dari 6 adik beradik 4 pompuan dan 2 je lelaki dan yang paling rendah dan chubby dalam family… adik-adik lain semuanyer slim melim jer.
2. Seorang yang begitu obsess dengan kaler purple dari dulu, kini dan selamanya.
3. Seorang yang sangat sensitive, keras hati, manje jugak.berbintang Gemini memang gitu kot….he..he…he
4. Sgt suker membaca samaada novel ataupun majalah…..
5. Suker habiskan masa depan komputer
6. Suke shopping, shopping dan shopping
7. Friendly

6ix unspectacular quirks about me:
1. Suker nangis..pantang sedih sket
2. Geli ngan ulat, ular, cacing dan seangkatan denganya
3. X suker lipat baju…boring
4. kadang-kadang cepat bosan (teruknyer aku)
5. Malas nak study kalau nak exam…….
6. Malas nak g kerje tapi duit nak….

7even people to be tagged:
(Sapa yang kene pulak)

Zai (x kira nak suruh wat jugak)
kapten
Mus
ct
ibukumbang
T
Oh Jasmine
*** as usual, kepada sesapa yg dah pernah buat tag ni, sila abaikan...***

Link the person who tagged you:
Aimi (TQ)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
SEMOGA TAHUN-TAHUN YANG MENDATANG AKAN MENJANJIKAN
YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN SEMALAM.

Tuesday, December 30, 2008

streamyx......ooooo.......streamyx



Lega rasanye bila dah tukar modem nie, sebelum nie gune modem yang tm bagi. Dah 2 bulan internet asyik problem jer....dah lebih 20X tel dia punyer khidmat pelanggan.HAMPAS SANGAT..... sampaikan Lyn bawak laptop g kedai suruh cek, tapi my laptop ok. Jadi mesti modem yang x ok.....Semalam g Plaza Alam Sentral g beli Modem Aztech N yang bestnyer my internet dah OK.



My Latest LO.....lepas nie dah boleh buat LO balik..YAHOO

Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru

Friday, December 26, 2008

sepi itu best

Hari nie sebenarnya malas nek kejer....tapi ramai yang cuti jadik terpaksa ler gagahkan diri g office..tup-tup kak Nor pun cuti gak, alamak tinggal sorang jer kat office nie. Tapi nasib baik SEPI ITU INDAH....dan yang bestnyer cepat jer waktu berlalu. Pagi-pagi lagi dah spoil my mood, coz office x bukak lagi apalagi sebelum orang lain ngamuk cepat-cepat Lyn g ambik kunci kat MP, nasib baik no pin yang ingat-ingat luper tu betol kalau x naya den oiii. Minggu lepas minggu busy sesangat dengan my MIL datang, my family datang x sempat nak hapdet....Banyak citer nak hapdet...esok arrrr

Friday, December 19, 2008

when i miss my mom




Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But only one mother the wide world over.
~George Cooper

*Leganyer result exam dah kuar.....alhamdulilah
******************************************************************

Tadi Kak Mar call

Kak Mar : kau dah tengok result
Me : Dah
Kak Mar : Ok ke
Me : Ok beres
Kak Mar : sem depan kau nak ambik subjek aper
Me : Entah kene tengok lecturer dulu arr
Kak Mar : Tu la pasal...
Me : X nak arr dapat lecturer yang x best (i mean yang kerek-kerek)
Kak Mar : Akak pun sama

*nak ambik law - tapi mengikut kata member2 seclass ku, lecturer yang ajar subject tu kerek gler langsung x bertolak ansur pun...sepatah haram ayat bahasa melayu pun x boleh.... Nasib baik selama nie aku jawab paper exam dalam BI jer coz nak biasakan... aku pun x tau lecturer yang mark paper aku faham ke x...tapi mengikut pengamatan aku diaorang faham kot, kalau x takkan diaorang bagi mark yang ok2 jer..

Thursday, December 18, 2008

Puas Ku tunggu

Semakan Keputusan Peperiksaan
Pelajar-Pelajar Universiti Teknologi Mara
Harap Maaf
Keputusan peperiksaan tidak dapat di paparkan buat masa ini.

Semua keputusan peperiksaan pelajar-pelajar UiTM sedang di proses / kemaskini,
dengan itu anda tidak dapat melihat keputusan tersebut.
Sila layari semula laman ini di lain masa.
Sekian Terima Kasih.

http://istudent.uitm.edu.my

*BENCINYER DENGAN AYAT NIE :(

Wednesday, December 17, 2008

result uitm postpond

geram tul la...punyer ler excited nak tau result exam..tup-tup result ditunda esok pulak. Kan haru tu, kita nie dah arr berdebar gler.

Tuesday, December 16, 2008

..............................

2day aku gembira... gembira yang amat2 sangat. Di harap semoga impian ku (my vision 10 tahun) itu akan tercapai. Di tambah pulak minggu nie my family nak datang.....hooray





.................................................................................

Monday, December 15, 2008

Perhimpunan Bulanan

Ini merupakan rutin bulanan my department. Bagi bulan Disember nie weol buat pada12.12.2008 dan setiap seksyen dikehendaki buat pot luck..my unit kene buat meehoon goreng, apalagi order je la coz my boss hulur duit belanja.Thanx Tuan Haji...bulan depan belanja lagi.



Sunday, December 14, 2008

hari mingguku

Lyn nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Maizun dan pasangannyer Aris semalam...Selamat Menempuh alam baru dan semoga berkekalan hingga hujung nyawa.




Di hari minggu yang mulia ini, Lyn telah memasak lauk-lauk seperti di bawah... :) :)





Saturday, December 13, 2008

kursus lagi

Hari Khamis yang lalu, Lyn telah menghadiri Kursus Etika & Protokol yang diadakan di Auditorium je.......wah sudah melimpah ruah kursus ku tahun nie.....bestnyer kalau boleh bawa ke hadapankn x payah susah-susah memang confirm dah cukup 7 hari untuk tahun depan......
Kursus nie amat berguna sekali.....Thax Unit Latihan yang menganjurkan Kursus nie untuk warga Bahagian Akaun.Tapi tahun depan my unit pulak yang kene handle internal kursus...huwaaaaa...huwaaa...kene kerja keras tu


antara yang begitu berkesan dihati


Penceramah 1-Kapt Razak dari KAGAT


Penceramah 2 Puan Siti Meriam dari INTAN


me.... Batik Day

Friday, December 12, 2008

hujan o hujan

sekarang nie tiap-tiap
hari asyik hujan je....
bila balik keje asyik
ujan je n dimaklumkan
jalan memang jem
sesangatnye
Sian kat Lyn tau...
raya Haji hari tu
raya sorang-sorang
sebab hubby
kene g bertugas di
Bukit Antarabangsa.
Ini adalah antara
gambar-gambar
yang sempat hubby Lyn ambik.


my hubby




Wednesday, December 10, 2008

Pengalaman itu amat bernilai



Ini merupakan pengalaman yang amat2 berhargai bagi Lyn, dapat menyertai pelayaran MV Fajar Samudera dari Lumut ke Langkawi.Walaupun dalam masa yang singkat namun ianya best .....

More here

Monday, October 27, 2008

[jom try]

47 words



my result:
177 points, so you achieved position 432301 of 878953 on the ranking list
You type 227 characters per minute
You have 47 correct words and
you have 0 wrong words

Friday, October 24, 2008

[romantik ke]

*nie email dari sorang member ku yang SENGAL*

Isteriku ,jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu
kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasaakan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanetlain...

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau
berikan sinaranmu
kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga
seperti aku perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan
dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya
sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!please lah....!!!
jangan la nak berangan.........

Thursday, October 23, 2008

[cube try n test :)}]


Tuesday, October 21, 2008

[nak share tips]



KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK

+Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh
terbakar.
+Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu
+Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu
terkena hentaman yang kuat.

KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH

+Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca.
+Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu "kelip-kelip".
+Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan
basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.
+Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar.

KABEL KARAN
+Jangan menyentuh kabel kuasa - anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk.
+Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa.
+Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang menghampirinya

TANDA AMARAN
+Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum terjadinya renjatan dan kebakaran. +Perhatikan perkara-perkara berikut :-
• Masalah berulang seperti flus terputus atau bekalan terputus.
• Terdapat kejutan karan apabila anda menyentuh perkakasan elektrik.
• Berbau getah terbakar yang datang dari perkakasan elektrik.
• Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak
berkuasa Tenaga Nasional Berhad atau juruteknik yang berkelayakan


STATISTIK RENJATAN ELEKTRlK
+Setiap tahun renjatan elektrik dan kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan
beribu-ribu m~ngalami kecederaan. Beberapa asas keselamatan elektrik dapat mengurangkan
risiko kepada anda.


KEROSAKAN FlUS DAN LITAR
+Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus,
jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan
tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut.
+Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung
beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan
litar.
+Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan
gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.

PEMUTUS LIT AR (ELCB)
+ Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan hendaklah dibuat dengan menekan 'butang ujian'.

SOKET ELEKTRIK
+ Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
+ Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik.
+ Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan

PERKAKASAN ELEKTRIK
+ Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.
+ Simpan perkakasan elektrik yang menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurang-kurangnya 1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar.
+ Pastikan plug tidak dipasang pada perkakasan kecil seperti 'toaster', 'coffeemakers' apabila tidak digunakan.
+ Mengadakan ruang udara yang mencukupi di sekitar komponen elektrik seperti komputer, stereo system untuk mencegah bahang panas yang berlebihan

my asben ketika Opp Gambut baru-baru nie

Monday, October 20, 2008

[butterfly swap]

Hari 2 kat lovescrap we all ader buat butterfly swap, jadi lyn pun masuk ler...walaupun tangan nie keras bebenor nak membuat paper craft nie but inilah hasilnyer...selalu wat bunga telur jer... kali nie buat butterfly...walaupun tak secreatif maner namun terselit jugak ler rasa bangga coz berjaya membuatnyer... :) sampai luke ler jari memulas dawai tu. Buat butterfly nie masa bulan posa kat office....(curi tulang jap). sampaikan budak office tertanyer-tanyer " kau nak buat ape pas tu siap tanyer nak antar untuk tadika mana.... ???????"ahak...ahak.....

Sunday, October 19, 2008

[metrojaya sales]


Friday, October 17, 2008

[sentimental value again]


Suker sangat tengok gambar nie....walaupun dah lama tapi sentimental value kn.... tudung kuning 2 adik ipar Lyn Ina, yang lain semuanyer adik-adik...Lyn nie anak 1st tau...tapi selalu orang x cayer kalau Lyn kater Lyn anak sulung dari 6 beradik, n yang bestnyer diaorang akan kata Lyn anak bongsu (bangga jap). Actually Lyn nie manja sket...memang cepat kluar air mata. Tudung biru(pakai cermin mata tu) adik Lyn no 3 :Sidah: akauntan kat Al Iksan JB, tudung coklat (aka selendang) :Dadi: polis kat Segamat nak kawin bulan 3 nie...... tudung biru satu lagi, adik bongsu Lyn :Deq La: assist acc kat Kilang Mamee baru grad KUSTEM, duduk ngan Lyn sekarang kat Subang. Yang lain-lain adik beradik lelaki 2 orang jer..........................Rizal dan Erol. Dulu masa kecik2 rasa cam ramai nor family Lyn tapi bila dah besar nie rasa macam x de la pulak. Sekarang nie mak abah Lyn tinggal dua orang jer kat umah kat Lepar.

Tuesday, October 14, 2008

[Jiwang yang berkarat]

Entahlah kenapa bila dengar lagu nie....macam best sesangat.Terasa jiwang berkarat :)
Actually Lyn tengok citer nir kat TV3 baru nie...best jugak pas tu member Lyn bagi tau novel dia lagi best sangat daripada citer tu...bila ekkk nak terjah Minerva beli novel tu..dan punyer ler lama Lyn x buat LO....dengan idea yang karat tu maka inilah hasilnyer



Baru-baru nie SESUATU telah terjadi dalam hidup Lyn...sesuatu yang amat memeritkan untuk dikenang kembali namun apakan daya benda tu telah berlaku dan kesimpulannyer BE STRONG...sebab tu lah biler dengar lagu nie hati bertambah-tambah pilunyer

Tuesday, September 30, 2008

[sunyi][sepi]

Pepagi lagi dah sampai kat office......nak balik awal 2day..pukul 10 dah nak cabut .... :) :) :) alahai kat office sunyi sungguh, dah ler sunyi sepi pulak 2. Esok dah raya, petang nie nak balik kampung....semua belum kemas lagi.
[BYE BYE KL]

Sunday, September 28, 2008

[selamat hari raya][maaf zahir batin]

Lyn ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua....mintak maaf banyak-banyak yer. Semoga persahabatan kita di alam maya ini akan berkekalan untuk selamanya.


Kad raya dari ....... my frenz n thanz u

Sunday, September 21, 2008

[Ramadhan 21]

Sekejap je dah Ramadhan yang ke 21..... sekarang nie tengah siapkan asignment yang kene submit lepas raya..naik poning kepala den nie ha....mesin jahit plak rosak. x siap baju raya tahun nie :(:( next week kene g PKNS ler jawapnyer cari yang ready made.

Friday, September 19, 2008

[Good Bye]

[2 day kat off ader majlis perpisahan ngan YBTPM merangkap Menteri Pertahanan]



Kawalan kehormatan Utama Sempena Perbarisan Perpisahan Sebagai Menteri Pertahanan
Timbalan Perdana Menteri , Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak melambai kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan sempena Perbarisan Perpisahan sebagai Menteri Pertahanan bertempat di Wisma Pertahanan pada 19 September 2008 (Jumaat).

Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak turut menerima tabik hormat dan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) semasa perbarisan tersebut.

Credit to Portal Kementerian

Thursday, September 18, 2008

[bos baru]

start semalam Lyn dapat boss baru 'pak Lah'...

Wednesday, September 17, 2008

[aku lebih tahu]

[Lyn memang layan habis lagu nie, entahlah kenapa tapi dia punyer lirik
memang best bangat...]


Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu
Bukan mahu

Cuba dabik dada denganmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu
Luar dan dalam

Tiada rahsia
Lafaz dan diam
Dah pun ku bacanya
Langkah dan ragam
Hanya mencinta bahagia
Dalam cinta harus saling percaya

Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa
Dalam cinta harus saling percaya

Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa
Saling percaya
Ku tahu

Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu
Bukan mahu

Cuba dabik dada dgnmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu

erm.....terkini.... den dapat boss baru

Sunday, September 14, 2008

[selamat berpuasa]

Lyn ucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan yang mulia,
semoga kita sama-sama mendapat keberkatannya......


[Lyn suka betul ngan gambar nie......i like ]


[little gurl...Ashi]

untuk renungan...di manakah kita

'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...' Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS. 6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT' Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...'

Monday, July 28, 2008

oppppsss....

Nie Lieza antar email 4 me.....


Before the marriage:


He: Yes. At last. It was so hard to wait.

She: Do you want me to leave?

He: NO! Don't even think about it.

She: Do you love me?

He: Of course!

She: Have you ever cheated on me?

He: NO! Why you even asking?

She: Will you kiss me?

He: Yes!

She: Will you hit me?

He: No way! I'm not such kind of person!

She: Can I trust you?

He: Yes.



Now after the marriage you can read it from below to up !!!!









re:thanx abang belanja makan pizza.....

Saturday, July 26, 2008

sweet


i luv d memory [zaman bebudakku]
zaman yang x mungkin akan berulang lagi.

Thursday, July 24, 2008

aku hari ini adalah kerana hari semalam

Ari nie 1 hari berseminar tentang Kesihatan yang meliputi tentang pemakanan, penyakit dan cara pengurusan stress
1 benda yang boleh Lyn kongsikan ialah cara menguruskan stress.......cuma diri sendiri sahaja yang boleh menangani stress itu sendiri tidak boleh mengharapkan orang lain bcoz stress bagi setiap individu itu berbeza.....

Monday, July 21, 2008

like@crazy

sejak dua menjak nie...memang habis menjelajah kedai scrap craft haven OU, tanggo mango n papier The Curve, art friend kat The Garden, Scrapville kat BSC,popular, jusco n jugak sampai ke Chow Kit, beli reben yang cun2....cari barang2 4 scrap .... bermula dari '0' tu yang teruk... :) :) paling best g papier :) abis jugak ler RM+++ but i like tapi biler balik umah tengok balik barang2 yang dibeli arggghhhh.........kebanyakkan (almost 80% warna purple) terutamanya tang reben.....












Sunday, July 20, 2008

1st entry

1 yahoo....i have a own blog
bukannyer aper semua orang ader blog jadik Lyn
pun nak ader blog jugak....
nak isi tentang my scrap and my life too

scrap nie boleh menjadikan 1 person 2 crazy :) :)