skip to main |
skip to sidebar
Semakin mau posting, semakin banyak la plak keje kat office. Biasa la tu, bulan depan lagik banyak keje. Minggu depan misi nak mengajor orang yang akan menggantikan tempat aka mengambil alih sume kerja yang akan Acik Alyn tinggalkan. Ada lebih kurang 2 minggu aje lagik yang tinggal untuk menyetelkan sume keje2 yg ada. Harap2 sempat la nak settlekan semuanya.
Pas tu nanti sessi menghulur tangan memohon maaf kat sume orang...hu..hu. Confirm mengalir pye air mata Acik Alyn nie, maklumlah Acik Alyn nie kan cenggeng. Cepat sangat nak mengalirkan air mata. Marah pun menangis tau. Oh my office mate, nanti jangan buat jamuan untuk Acik Alyn yek tapi hadiah Acik Alyn mau. X moo la nak berucap bagai kat depan Pengarah...malu..he...he.
Ala kalau Acik Alyn x de kat Unit Pentadbiran tu sunyi sekejap aje..entah2 pengganti Acik Alyn lagi havoc dari Acik Alyn, sapa yang tau. harap2 korang x lupa la kat akak korang yang sorang nie....oppppss Facebook kan ade.
Nota Betis:
-Aku ikhlas yek...jgn ragu2.
-Rindu Adam la sgt2.
Kurus......Acik Alyn sudah kurus. X sabar nak menunggu angka 5* kg. May b dalam 2 week lagi kot. Semoga tercapai. My MIL siap cakap ' Ya Allah kurusnya ko sekarang nie, dah macam Deq La dah. mesti baju tikah dah muat'. Apa daaa.....banyak lagi lemak2 yang kene di buang. Semoga Acik Alyn kurus secara sihat.
Rindu nya kat my lil Adam....
Oleh kerana ada orang nak blanje makan tutti frutti kat Sunway maka dengan gagahnya membawa Adam ke sana. Apalagi budak kecik tu terliur jugak nak mamam tutti frutti. Ibu nye bagi la sket2. Hasilnya balik dari Sunway malam tu, my lil Adam dah boleh merangkak secara laju2.....he...he. Sayang anak ibu sangat2.
Hari nie masuk kerja semula setelah melaporkan diri di JKN Pahang semalam. Al-hamdullilah Acik Alyn akan ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Maran. X kisah la di mana2 pun, asalkan pandai bawak diri mesti OK kan. Semoga di tempat baru nanti Acik Alyn akan bekerja dengan lebih cemerlang lagi.
Sekarang nie masa nak settlekan semua kerja2 yang tertunggak walaupun banyak kerja yang menanti. Fuh...memasing terkejut bila tahu Acik Alyn akan posting dan diaorang semuanya mengeluh susah la nak kerja dengan orang lain nanti sebab diaorang kata kerja ngan Acik Alyn nie senang aje. Bagi Acik Alyn kalau sesuatu perkara tu boleh dipermudahkan eloklah dipermudahkan, jadik orang yang berurusan dengan kita senang, hati kita yang nak buat kerja tu pun senang jugak, jadik sama2 senang. ada 2 minggu aje untuk selesaikan semuanya. Acik Alyn akan mula bekerja di PKD Maran mulai 5 Mac 2012.
Setelah 12 tahun merantau di Kuala Lumpur, akhirnya Acik Alyn akan meninggalkan suka duka di Kuala Lumpur nie. Tapi mana tau di masa akan datang Acik Alyn akan kembali. Member Acik Alyn kat IKN pun dah reserved 1 tempat untuk Acik Alyn kat sana 2013 nanti. Berdoa dipermudahkan untuk plan yang seterusnya. Semoga cepat la memperolehinya. Amin.
Nanti kene nform semua supplier tentang posting Acik Alyn...sekarang x boleh nak bagitau lagi sebab pengganti masih x confirm. Kesian pulak kalau Shikin kene buat semua kerja Acik Alyn + kerja dia tu. Dah la kerja Acik Alyn nie perlu tahap kesabaran yang agak tinggi jugak walaupun kekadang Acik Alyn pun jadik orang yang x sabar.
Jika kita gunakan saat ini utk kenang perkara lalu dan rasa dendam dan marah bersedialah untk hilang ketenangan dan hidup menjadi mangsa kepada tindakan orang lain. Bila kita percaya kita bertanggung jawab atas hasil kehidupan kita, kita tenang kerana kita tahu kita boleh ubah diri kita. Kalau kita rasa orang lain yang bertanggung jawab dan selagi kita tak dapat ubah mereka hidup kita tak akan berubah, bayangkan kehidupan kita bergantung pada tindakan dan penghargaan manusia lain. Alangkah rugi umur kita yg sedikit. Masa habis dgn sakit hati dan dendam dan dalam usia muda bermacam penyakit , eg. Mirgarine, ulcer, back pain,. Bukan dunia dan orang ramai yang membuat kita tidak gembira tapi cara kita proses apa yg blaku menentukan kehidupan kita. Sama fikirkan------from Prof Muhaya
Gambar hiasan semata2
Nota Betis:
-Akan terus mencuba untuk membawa ke arah kebaikan dan perangi kemungkaran